[go: up one dir, main page]

Mafilindo atau Mapilindo [1](singkatan kepada perkataan Malaysia, Pilipinas dan Indonesia) merupakan suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah negara yang terlibat. Tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.[1]

Mafilindo atau Mapilindo
(Malaysia, Pilipinas, Indonesia)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan pertahanan antarabangsa
Keanggotaan 3 negara ahli
Sejarah
DibentukJulai 1963
DibubarkanKonfrontasi Indonesia-Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut adalah kerana cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia adalah kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu bentuk neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut negeri Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, dari inisiatif Diosdado Macapagal dikenali sebagai the Macapagal Plan ditandatangani Persetujuan Manila,[1][2] sesuai lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), 4 Prinsip 9,[3] Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara tersebut telah mencapai kata sepakat dengan memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang berdaulat dengan memasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan itu. PBB melalui perwakilannya ke Malaysia telah menubuhkan United Nations Malaysia Mission (UNMM) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Misi Malaysia). UNMM secara rasminya telah dibentuk oleh Setiausaha Agungnya pada masa itu U Thant [3]dengan menghantar wakil diplomatnya pada tahun 1963 yang bernama Lawrence V. Michael More[4] untuk meninjau secara terperinci tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.[5]

Hasilnya Suruhanjaya Cobbold,[6] majoriti dari penduduk dan rakyat kedua-dua negeri berkenaan telah bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf hasil undian dan pandangan tersebut, kedua-dua negara tersebut terus memberi kecaman dan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

Akhirnya, Indonesia telah mengadakan konfrontasi dengan Malaysia melalui dua langkah iaitu melalui penyataan “Ganyang Malaysia” serta mengadakan tindakan separa-tentera. Namun kedua-dua perkara ini dapat dipatahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui rundingan aman dan bantuan dari askar British. Filipina pula sampai sekarang masih menuntut hak kedaulatan Sabah untuk dijadikan sebagai sebahagian dari wilayahnya.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c United Nations Treaty Registered No. 8029, Manila Accord between Philippnes, Federation of Malaya and Indonesia (31 JULY 1963)
  2. ^ United Nations Treaty Series No. 8809, Agreement relating to the implementation of the Manila Accord
  3. ^ a b UN General Assembly 15th Session - The Trusteeship System and Non-Self-Governing Territories (pages:509-510)
  4. ^ UN General Assembly 18th Session - the Question of Malaysia (pages:41-44)
  5. ^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. 1963. Dicapai pada 2010-07-29. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962 Diarkibkan 2012-09-04 di Wayback Machine (full report)]