Mandala (model politik)
Sistem mandala adalah model penyebaran pengaruh kekuasaan politik yang lazim dilaksanakan sepanjang zaman purba Asia Tenggara yang meriak atau melingkar (seperti mana bentuk mandala itu sendiri) di mana kuasa pemerintahan tempatan lebih penting berbanding kepimpinan pusat. Konsep ini menyeimbangkan kuasa yang ada dalam pemilikan tanah-tanah sejajar dengan berkembangnya pengetahuan ilmu peta setempat pada abad ke-15.[1] Sejarawan Inggeris O. W. Wolters menyebutkan gagasan ini pada 1982:
"Peta sejarah purba Asia Tenggara berevolusi dari jejaring permukiman prasejarah yang muncul dalam catatan sejarah sebagai serpihan-serpihan yang membentuk mandala yang kadang saling tumpang tindih."[2]:27
Maka, sistem mandala menggambarkan struktur politik yang bersifat terpusat seperti persekutuan beberapa kerajaan yang dipersatukan oleh suatu kerajaan induk, atau kelompok kerajaan-kerajaan kecil atau bawahan yang tunduk pada suatu pusat kekuasaan.
Sejarah
suntingSecara sejarah, kekuatan mandala utama antara lain Kerajaan Khmer di Kemboja, Sriwijaya di Sumatera, rangkaian kerajaan-kerajaan di Jawa (Medang, Kadiri, Singhasari dan Majapahit), Ayutthaya di Thailand, Champa dan Dai Viet di Vietnam dan China.[2]:27-40, 126-154 China mempunyai kedudukan istimewa kerana sering kali mandala utama Asia Tenggara memberi persembahan ke China untuk mendapatkan keistimewaan ekonomi berupa hubungan dagang dengan China, meskipun syarat persembahan ini umumnya sangat minimal. Beberapa negara bawahan dalam perlindungan China misalnya Kemboja, Lan Xang (dilanjutkan oleh Vientiane dan Luang Prabang) serta Lanna. Kemboja secara khusus pernah digambarkan Maharaja Gia Long penguasa Vietnam sebagai suatu "negara merdeka yang diperhambakan dua tuan [negara berkuasa lebih besar]".[3]
Kedatangan Islam di Nusantara menyaksikan penerapan sistem ini yang masih bersambung dalam pembentukan kerajaan, misalnya pembentukan gabungan Negeri Sembilan abad ke-18 yang bertumpukan kepada Seri Menanti sebagai pusat yang diapit empat luak serambi di dalam dan empat daerah luar.[4]
Sistem ini berakhir dengan kedatangan kekuasaan Eropah pada pertengahan abad ke-19. Secara budaya mereka memperkenalkan amalan geografik Eropah yang beranggapan setiap wilayah hanya dikuasai satu penguasa; penerapan ini dilaksanakan secara penjajahan di Indochina Perancis, Tanah Melayu dan Burma British, serta Hindia Belanda memaksa penguasa kolonial ini untuk menetapkan batas wilayah koloni milik mereka. Wilayah kerajaan bawahan ini lalu dibahagi-bahagikan antara kuasa-kuasa penjajah Eropah ini dan kerajaan Siam.
Lihat pula
suntingRujukan
sunting- ^ "How Maps Made the World". Wilson Quarterly. Summer 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2011. Dicapai pada 28 Juli 2011.
Source: 'Mapping the Sovereign State: Technology, Authority, and Systemic Change' by Jordan Branch, in International Organization, Musim Sejuk 2011.
Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ a b Wolters, O. W. (1999). History, Culture and Region in Southeast Asian Perspectives (ed. kemas kini). Institute of Southeast Asian Studies..
- ^ Chandler, David (1983). A History of Cambodia. Westview Press. m/s. 119. ISBN 0-8133-3511-6.
- ^ Tambiah, Stanley Jeyaraja (2013). "The galactic polity in Southeast Asia". HAU: Journal of Ethnographic Theory. University of Chicago Press. 3 (3): 504–506.
Bacaan lanjut
sunting- Chandler, David. A History of Cambodia. Westview Press, 1983. ISBN 0-8133-3511-6
- Chutintaranond, Sunait, "Mandala, segmentary state, and Politics of Centralization in Medieval Ayudhya," Journal of the Siam Society 78, 1, 1990, p. 1.
- Lieberman, Victor, Strange Parallels: Southeast Asia in Global Context, c. 800-1830, Volume 1: Integration on the Mainland, Cambridge University Press, 2003.
- Stuart-Fox, Martin, The Lao Kingdom of Lan Xang: Rise and Decline, White Lotus, 1998.
- Tambiah, S. J., World Conqueror and World Renouncer, Cambridge, 1976.
- Thongchai Winichakul. Siam Mapped. University of Hawaii Press, 1984. ISBN 0-8248-1974-8
- Wolters, O.W. History, Culture and Region in Southeast Asian Perspectives. Institute of Southeast Asian Studies, 1982. ISBN 0-87727-725-7
- Wolters, O.W. History, Culture and Region in Southeast Asian Perspectives. Institute of Southeast Asian Studies, Revised Edition, 1999.
- Wyatt, David. Thailand: A Short History (2nd edition). Yale University Press, 2003. ISBN 0-300-08475-7