Lim Lip Eng
Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng merupakan seorang ahli politik dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Kepong, Kuala Lumpur atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Lim sebelum ini merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Segambut selama dua (2) penggal dari tahun 2008 hingga 2013. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya memenangi kerusi kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Beliau menggantikan kepimpinan Yang Berhormat Tan Seng Giaw yang telah bersara dalam arena politik.
Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng | |
---|---|
林立迎 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kepong Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Tan Seng Giaw |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Segambut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Tan Kee Kwong |
Digantikan oleh | Hannah Yeoh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lim Lip Eng 25 Julai 1972 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (2015 - kini) Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Laman web | limlipeng |
Pada 16 Mac 2023, Lim Lip Eng telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada sebuah firma e-dagang MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Datuk Seri Jessie Lai. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Lim Lip Eng bertanggungjawab memfitnah Lai dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Pembangkang | Undi | Pct | Kerajaan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | P117 Segambut, Kuala Lumpur | Lim Lip Eng (DAP) | 25,046 | 59.13% | Ma Woei Chyi (Gerakan) | 17,314 | 40.87% | 43,531 | 7,732 | 72.93% | ||
2013 | Lim Lip Eng (DAP) | 41,383 | 65.10% | Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan) | 22,184 | 34.90% | 64,052 | 19,199 | 84.69% | |||
2018 | P114 Kepong, Kuala Lumpur | Lim Lip Eng (DAP) | 56,516 | 92.04% | Ong Siang Liang (Gerakan) | 4,888 | 7.96% | 61,812 | 51,628 | 85.03% |
Rujukan
sunting- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
Pautan luar
sunting- Biodata di Parlimen Malaysia Diarkibkan 2008-05-03 di Wayback Machine