Lang Buana
Lang Buana merupakan filem komedi sejarah Malaysia 2003 yang dibintangi kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000. Filem ini hanya satu-satunya filem yang tidak menampilkan Yassin Yahya dan juga menampilkan Shamsul Ghau Ghau, di mana sebelum ini beliau pernah berlakon dalam filem Senario The Movie.
Lang Buana | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Lakon layar | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Disunting oleh | Kamaruddin Abu |
Muzik oleh | Mamat Khalid |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingFilem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda - Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Azlee Jaafar sebagai Bercabang / Baginda Sultan
- Wahid Mohd sebagai Daik
- Saiful Apek sebagai Gunung
- Lan Pet Pet sebagai Kiambang
- Kuswadinata sebagai Dato' Merewang
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Orang Kaya Seri Bentan
Pelakon pembantu
sunting- Tengku Sariwani sebagai Kesuma
- Adza Tutyrianti sebagai Cik Pah
- Tan Sue Len sebagai Xin Xin
- Loloq sebagai Tauke Wong Pak Eu
- S. Amin Shahab sebagai Diponingrat Pemanahan Berapoeke Kiyemau
- M. Rajoli sebagai Abang Haji
- Hasnul Rahmat sebagai Saga
- Dewa Sapri sebagai Waja
- Zul Huzaimy sebagai Wira
- Bront Palarae sebagai Perdana
- Rosnah Johari sebagai Isteri Dato' Merewang
- Datuk Chi Gayat sebagai Tentera Samurai
- Din Kapten @ Ceme sebagai Penembak Meriam
Trivia
sunting- Filem terakhir dimana Saiful Apek tampil sebagai anggota Senario. Selepas filem ini dia bergerak solo dan dalam filem berikutnya Senario XX dia dan Yassin Yahya membuat kemunculan semula tetapi bukan sebagai ahli kumpulan Senario
- Azlee melakonkan dua watak berbeza sebagai Bercabang dan Baginda Sultan.
- Filem ini bukan sekadar lawak jenaka seperti filem Senario sebelumnya. Ianya lebih pada kritikan masyarakat Melayu yang berpecah akibat faktor taksub politik dan kepentingan masing-masing. Juga mengangkat faktor terlalu tamak pada kuasa dan ingin mengukuhkan pengaruh sampai ada pembesar yang mendapatkan bantuan kuasa asing yang bakal merugikan bangsa sendiri.
- Filem pertama arahan Mamat Khalid.
Anugerah dan pencalonan
sunting- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik
- Anugerah Khas Juri 2 - Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum