[go: up one dir, main page]

Azlan Sani "Lando" Zawawi (lahir 6 Ogos 1975) ialah seorang penyelidik entiti, aktivis dan pelakon lelaki Malaysia.[1]

Lando Zawawi
Kelahiran
Azlan Sani bin Zawawi

(1975-08-06) 6 Ogos 1975 (umur 49)
Pusat pendidikanUniversiti Tasmania, Australia
PekerjaanPelakon, penyelidik entiti, aktivis
Tahun aktif1996–kini

Kerjaya

sunting

Lando memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan telah membintangi puluhan filem, drama dan telefilem. Pada tahun 2004, beliau menulis buku bertajuk Entiti Bukti.[2]

Sebagai aktivis, beliau ialah pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood.[3]

Lando juga pernah bertanding sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Karang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 atas tiket Parti Pejuang Tanah Air tetapi tewas ditangan calon dari Barisan Nasional.[4] Selain itu, Lando turut aktif bersuara dalam isu penyelengaraan jalan raya.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau juga memiliki hobi berminat dengan motosikal.[5] Lando telah berkahwin dengan isterinya.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Embun Pegawai Jepun Filem pertama
2003 Paloh Pengawal Kapten Kim Jung
Janji Diana Lando
MX3 Konco II
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Lan Juga sebagai pengurus penerbitan
2011 Aku Bukan Tomboy Lando
2013 KL Gangster 2 Pelakon tambahan
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Janji Diana Botak TV2
2009-2013 Roda-Roda Kuala Lumpur (Musim 2-7) Lans Koperal Mamat
2010 Gerak Khas (Musim 12) Amri Episod: "Hari-Hari Terakhir"
2011 Serapah Darah Bulan Madu Astro Prima Sebagai pengarah
2013 Sopi Sekuriti Astro Warna Sebagai penerbit penyelaras
2015 Gerak Khas (Musim 14) Danny TV2 Episod: "Ops Tinjau"
2022 Gerak Khas Undercover (Musim 2) Orlando TV3 Episod: "Krisis"

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997 Rekah di Muara Astro Ria
2001 Boboy: The Movie VCD
2002 Pendekar: The Movie
2003 Jamban 606 Director Botak
2004 Seriau Kudin

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Warung Sepahtu 2 Artis Jemputan Astro Warna

Rujukan

sunting
  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (27 Disember 2022). "Sikap 'gila-gila', 'over' hanya di media sosial - Lando". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  2. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (20 Disember 2004). "Tiru idea Entiti Bukti". Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2019.
  3. ^ Hafidzul Hilmi Mohd Nor (11 November 2017). "Lando kena tahan". Harian Metro. Dicapai pada 2 Februari 2018.
  4. ^ "Bertanding PRU15, berikut 20 fakta tentang Lando Zawawi Brotherhood". Sinar Plus. Sinar Harian. 14 November 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  5. ^ Azhanyzam Zakaria (3 Julai 2009). "Motosikal ilham Lando". Berita Harian. Dicapai pada 2 Februari 2019.

Pautan luar

sunting