[go: up one dir, main page]

Kuda kuda loreng atau zebra ialah haiwan berupa kuda terangkum dalam subgenus Hippotigris ahli keluarga Equidae[1] yang berasal dari Afrika Tengah dan Selatan yang mana kesemua spesies dalam subgenus ini mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan belang sendeng ke arah bahagian belakang badan haiwan.

Kuda belang
Kuda loreng
Kuda belang dataran (Equus quagga)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Hippotigris dan
Dolichohippus
Spesies

Equus zebra
Equus quagga
Equus grevyi
Lihat di sini untuk subspesies.

Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang tersebut berfungsi sebagai mekanisme penyamaran; sesetengah yang lain pula percaya bahawa ia memainkan peranan dalam interaksi sosial dan bertindak sebagai cara membezakan antara seekor dengan seekor yang lain melalui perbezaan corak belang.

Peristilahan

sunting

Menurut kamus A Malay-English dictionary dikarang Richard J. Wilkinson tahun 1901, istilah kuda belang didapatkan dari masyarakat Pulau Pinang yang sering melihat haiwan ini melalui pertunjukan sarkas.[2]

Istilah kuda loreng (loreng bermaksud "jalur" atau "belang") ditemukan dalam dua-dua perkamusan Malaysia dan Indonesia: ia dianggap kata baku bahasa Malaysia tetapi "cakapan" atau tidak formal dalam bahasa Indonesia (di mana "zebra" lebih digunakan secara formal).[3][4]

Spesies

sunting

Terdapat tiga spesies dan banyak subspesies. Populasi kuda belang jelas berbeza, dan hubungan antara dan status taksonomi beberapa subspesies adalah tidak jelas.

Kuda belang dataran

sunting

Kuda belang dataran (Equus quagga, dahulunya Equus burchelli) adalah paling biasa, dan mempunyai atau pernah mempunyai 5 subspesies tersebar sepanjang selatan dan timur Afrika. Ia, atau subspesies tertentu, juga pernah dikenali sebagai Zebra Biasa, Dauw, Zebra Burchell (sebenarnya subspesies yang pupus, Equus quagga burchelli), dan Quagga (juga subspesies yang pupus, Equus quagga quagga).

Kuda belang gunung

sunting

Kuda belang gunung (Equus zebra) di barat daya Afrika cenderung memiliki kulit licin sleek coat dengan perut putih dan belang halus berbanding dengan kuda belang padang rumput plain. Ia mempunyai dua subspesies yang dikelaskan sebagai terancam.

Kuda belang Grevy

sunting

Kuda belang Grevy (Equus grevyi) ialah jenis terbesar, serupa dengan zebra lain tetapi dengan bulu tengkuk tegak, dan kepala yang panjang kurus menjadikan ia kelihatan seperti keldai. Ia ialah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia, Somalia, dan utara Kenya. Ia juga merupakan haiwan terancam.

Sifat-sifat fizikal

sunting

Belang

sunting

Sebelum ini, ramai percaya[nyatakan menurut siapa?] bahawa kuda belang ialah haiwan berwarna putih dengan jalur hitam, lantaran beberapa kuda belang mempunyai perut putih. Bagaimanapun bukti embrio menunjukkan bahawa warna latar belakang haiwan ialah hitam dan jalur dan perut putih ialah tambahan.[5] Kemungkinan besar jalur disebabkan oleh gabungan faktor.[6]

Belang biasanya tegak di kepala, leher, dahi, dan badan utama, dengan jalur mendatar di belakang dan pada kaki haiwan.

Pelbagai hipotesis telah dicadangkan untuk menerangkan evolusi jalur menarik kuda belang. Yang lebih tradisional ini (1 dan 2, di bawah) berkaitan dengan penyamaran.

1. Belang yang menegak boleh membantu kuda belang sembunyi pada rumput dengan menganggu garisan luarannya. Di samping itu, walaupun pada jarak yang sederhana, penjaluran yang menarik bergabung kepada warna kelabu yang jelas.

2. Belang boleh membantu untuk mengelirukan pemangsa oleh gerakan mengagumkan sekumpulan kuda belang berdiri atau bergerak rapat bersama-sama boleh muncul sebagai satu jisim besar jalur kelipan, menjadikannya lebih sukar bagi singa untuk memilih sasaran.[7]

3. Belang boleh diguna pakai sebagai isyarat visual dan pengenalan.[5] Walaupun corak penjaluran adalah unik untuk setiap individu, tidak diketahui sama ada kuda belang dapat mengenali satu sama lain melalui jalur mereka.

 
Kuda belang di Ngorongoro: corak boleh mengurangkan daya tarikan terhadap gigitan lalat besar.

4. Eksperimen oleh pengkaji yang berbeza menunjukkan bahawa jalur berkesan dalam menarik lebih sedikit lalat, termasuk lalat tsetse dan lalat kuda tabanid yang menghisap darah.[6][8] Sebuah eksperimen 2012 di Hungary menunjukkan bahawa model kuda belang hampir minimum menarik lalat kuda tabanid. Lalat ini tertarik dengan cahaya linear polarisasi, dan kajian menunjukkan bahawa jalur hitam dan putih mengganggu pola yang menarik. Lebih lagi, daya tarikan meningkat terhadap lebar jalur, maka jalur yang agak sempit daripada tiga spesies hidup kuda belang harus tidak menarik kepada lalat kuda.[9][10]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rubenstein, D. I. (2001). "Horse, Zebras and Asses". Dalam MacDonald, D. W. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals (ed. 2nd). Oxford University Press. m/s. 468–473. ISBN 978-0-7607-1969-5.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "belang". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 110.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ "loreng". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "kuda loreng". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  5. ^ a b Prothero D.R, Schoch R. M (2003). Horns, Tusks, and Flippers: The Evolution of Hoofed Mammals. Johns Hopkins University Press.
  6. ^ a b Gill, Victoria (2012-02-09) Zebra stripes evolved to keep biting flies at bay, BBC News.
  7. ^ "How do a zebra's stripes act as camouflage?". How Stuff Works. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-08. Dicapai pada 2006-11-13.
  8. ^ Waage, J. K. (1981). "How the zebra got its stripes: biting flies as selective agents in the evolution of zebra colouration". J. Entom. Soc. South Africa. 44: 351–358.
  9. ^ Egri, Ádám; Miklós Blahó; György Kriska; Róbert Farkas; Mónika Gyurkovszky; Susanne Åkesson and Gábor Horváth (March 2012). "Polarotactic tabanids find striped patterns with brightness and/or polarization modulation least attractive: an advantage of zebra stripes". The Journal of Experimental Biology. 215 (5): 736–745. doi:10.1242/jeb.065540.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Knight, Kathryn (2012). "How the Zebra Got Its Stripes". J Exp Biol. 215 (5): iii. doi:10.1242/jeb.070680.