Kucing batu
Kucing batu atau kucing kuwuk (Inggeris: leopard cat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama saintifiknya Prionailurus bengalensis.[2][3] Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya.
Kucing batu | |
---|---|
Kucing batu | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Subkeluarga: | Felinae |
Genus: | Prionailurus |
Spesies: | P. bengalensis
|
Nama binomial | |
Prionailurus bengalensis (Kerr, 1792)
| |
Taburan kucing batu, 2022[1] |
Ciri-ciri
suntingBahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Saiz kucing batu hampir sama dengan kucing biasa tetapi lebih langsing dengan kaki yang lebih panjang dan tapak kaki yang lebar. Kepalanya kecil dan ditandai dengan dua garisan hitam yang tebal hingga ke muncungnya yang pendek, kecil dan berwarna putih di hujungnya. Terdapat dua garisan hitam dari mata hingga ke telinga dan terdapat jalur terang mengelilingi matanya. Belakang telinganya yang panjang dan hampir bulat itu terdapat bintik putih yang cerah di tengahnya.
Badan dan kakinya penuh dengan bintik hitam dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Di belakang badannya, terdapat dua hingga empat baris bintik hampir bulat yang memanjang. Panjang ekornya kira-kira separuh dari saiz badannya dan ditandai oleh bintik-bintik hitam yang mengelilingi ekor seperti cincin. Warna asasnya adalah coklat kekuningan di mana dada dan perutnya pula berwarna putih. Warna kucing yang menetap di bahagian selatan adalah coklat kekuningan dan kelabu keperangan di bahagian utara.
Di kawasan tropika, beratnya dari 0.55 hingga 3.8 kg, panjang kepala-badan dari 38.8 hingga 66 cm dengan panjang ekornya 17.2 hingga 31 cm. Di utara China dan Siberia, beratnya boleh mencecah sehingga 7.1 kg dan panjang kepala-badan hingga 75 cm.
Taburan dan habitat
suntingIa boleh ditemui di kawasan Amur Oblast (Selatan Rusia) hingga ke Semenanjung Korea, China, Indochina, India dan Pakistan. Kawasan selatan pula merangkumi Malaysia, Filipina, Kepulauan Sunda dan Indonesia. Terdapat laporan menyatakan ia ditemui di kawasan pertanian, tetapi haiwan ini lebih cenderung memilih kawasan hutan sebagai habitat semula jadinya.
Di Taman Hidupan Liar Tabin di Sabah, kucing batu mempunyai habitat berkeluasan 3.5 km2 (1.4 bt2).[4] Di Taman Hidupan Liar Phu Khieu Thailand, sebanyak 20 ekor Kucing Batu telah dipasangkan kolar radio antara tahun 1999 hingga 2003. Keluasan purata habitat seekor jantan adalah dari 2.2 hingga 28.9 km2 (0.85 hingga 11.16 bt2) dan enam ekor betina dari 4.4 km2 (1.7 bt2) hingga 37.1 km2 (14.3 bt2).[5]
Taburan subspesies
suntingBerikut adalah subspesies yang berjaya dikenalpasti pada 2009:[1][6]
No | Nama Saintifik | Pelopor | Taburan Habitat |
1 | Prionailurus bengalensis bengalensis | Kerr, 1792 | India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indochina ke Yunnan (China)[7] |
2 | Prionailurus bengalensis javanensis | Desmarest, 1816 | Jawa dan Bali[8] |
3 | Prionailurus bengalensis sumatranus | Horsfield, 1821 | Sumatera dan Tebing Tinggi (Utara Sumatera)[8] |
4 | Prionailurus bengalensis chinensis | Gray, 1837 | Taiwan & China, kecuali Yunnan[7] |
5 | Prionailurus bengalensis horsfieldi | Gray, 1842 | Kashmir, Punjab, Kumaon, Nepal, Sikkim dan Bhutan[7] |
6 | Prionailurus bengalensis euptilurus | Elliott, 1871 | timur Siberia, Manchuria di Korea,[7] dan Pulau Tsushima (Korea)[9] |
7 | Prionailurus bengalensis borneoensis | Brongersma, 1936 | Borneo[8] |
8 | Prionailurus bengalensis travelyani | Pocock, 1939 | utara Kashmir dan Punjab, dan Selatan Baluchistan[7] |
9 | Prionailurus bengalensis alleni | Sody, 1949 | Pulau Hainan |
10 | Prionailurus bengalensis iriomotensis | Imaizumi, 1967 | Pulau Iriomote, Jepun[10] |
11 | Prionailurus bengalensis heaneyi | Groves, 1997 | Palawan (Filipina)[8] |
12 | Prionailurus bengalensis rabori | Groves, 1997 | pulau-pulau Negros, Cebu dan Panay di Filipina[8] |
Prionailurus bengalensis iriomotensis pernah dicadangkan menjadi satu spesies terasing sejak 1961, namun menurut analisis mtDNA pada tahun 1990, ia dianggap sebagai subspesies kucing batu juga.[11][1]
Manakala kucing batu Tsushima hanya tinggal di Pulau Tsushima. Pada mulanya ia dianggap sebagai subspesies harimau bintang China, tetapi sebenarnya ia adalah populasi terasing dan disenaraikan di bawah subspesies Prionailurus bengalensis euptilurus.
Ekologi dan kelakuan
suntingKucing batu jenis yang hidup bersendirian, kecuali semasa musim pembiakan. Ada yang aktif pada waktu siang walaupun kebanyakannya memburu pada waktu malam untuk mencari tikus, cencurut pokok dan arnab liar. Kucing batu juga pendaki yang tangkas. Mereka berehat di atas pokok, bersembunyi di dalam semak berduri tebal di atas tanah.
Dalam ladang kelapa sawit di Sabah, mereka pernah dilihat berada di atas pokok sehingga 4 m (13 kaki) tinggi untuk memburu tikus dan kumbang. Kucing batu jantan mempunyai keluasan wilayah yang lebih besar daripada betina secara puratanya antara 3.5 km2 (1.4 bt2) dan 2.1 km2 (0.81 bt2) masing-masing. Julat setiap wilayah jantan bertindih satu atau lebih berbanding betina.[12]
Kucing batu boleh berenang, walaupun jarang berbuat demikian. Ia boleh menghasilkan pelbagai bunyi kucing domestik. Kedua-dua jantina menandakan wilayah mereka dengan semburan air kencing, meninggalkan najis di lokasi terdedah, menggosok atau menggarukan kepalanya di sesuatu kawasan.
Diet
suntingKucing batu adalah haiwan karnivor yang makan mamalia kecil seperti cicak, amfibia, burung dan serangga. Kebanyakannya menjadikan tikus kecil dan mencit sebagai diet utama. Tidak seperti kebanyakan kucing lain, kucing batu tidak "bermain" dengan makanan mereka, dimana ia akan hanya terus mencengkam mangsa dengan kukunya sehingga mati.
Pembiakan dan Pertumbuhan
suntingTempoh bunting bagi kucing batu adalah selama 60-70 hari. Biasanya dua hingga empat ekor anak dilahirkan pada satu-satu masa dan dibesarkan oleh induknya selama sebulan. Berat purata bagi anak kucing batu biasanya antara 75-300 gram ketika dilahirkan dan bertambah dua kali ganda selepas seminggu kemudian. Mata anak kucing batu akan terbuka pada hari kesepuluh dan mereka akan makan makanan pejal pada hari ke 23 selepas kelahiran. Manakala selepas minggu keempat, gigi taringnya muncul dan ia akan makan makanan pejal sepenuhnya.[13]
Pengekalan
suntingPrionailurus bengalensis disenaraikan dalam CITES pada Apendix II. Di Hong Kong, ia dilindungi di bawah Bab Ordinan Perlindungan Haiwan Liar 170. Walaupun populasinya 50,000 ekor dan semakin berkurangan, ia tidak dianggap sebagai haiwan diancam kepupusan oleh negara tersebut.[1]
Manakala di Jepun, kucing batu Tsushima disenaraikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan dan kerajaan negara berkenaan telah menyediakan program pemeliharaan haiwan tersebut sejak 1995.[1]
Ulasan
suntingPada masa kini, sebagaimana haiwan mamalia besar yang lain di bumi ini, kucing batu berhadapan dengan ancaman kepupusan sekiranya tiada usaha dijalankan untuk menyelamatkannya.
Catatan penerangan
sunting
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kucing batu |
- ^ a b c d e f g Ghimirey, Y.; Petersen, W.; Jahed, N.; Akash, M.; Lynam, A.J.; Kun, S.; Din, J.; Nawaz, M.A.; Singh, P.; Dhendup, T.; Marcus, C.; Gray, T.N.E. & Phyoe Kyaw, P. (2022). "Prionailurus bengalensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T18146A212958253. doi:10.2305/IUCN.UK.2022-1.RLTS.T18146A212958253.en. Dicapai pada 22 Julai 2022.
- ^ Protection of Wild Life Act 1972
LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76 - ^ Kepelbagaian biologi & ekologi fauna di Malaysia, Shukor Md. Nor, Neeta D. Sinnappah-Kang, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003 - Science - 227 pages
- ^ Rajaratnam, R. (2000) Ecology of the leopard cat Prionailurus bengalensis in Tabin Wildlife Reserve, Sabah, Malaysia. PhD Thesis, Universiti Kabangsaan Malaysia.
- ^ Grassman Jr, L. I., Tewes, M. E., Silvy, N. J., Kreetiyutanont, K. (2005) Spatial organization and diet of the leopard cat (Prionailurus bengalensis) in north-central Thailand. Journal of Zoology (London) 266: 45–54.
- ^ Wilson, D. E., Mittermeier, R. A. (eds.) (2009). Handbook of the Mammals of the World. Volume 1: Carnivores. Lynx Edicions. ISBN 978-84-96553-49-1
- ^ a b c d e Ellerman, J. R., Morrison-Scott, T. C. S. (1966). Checklist of Palaearctic and Indian mammals 1758 to 1946. Second edition. British Museum of Natural History, London. Pp. 312–313
- ^ a b c d e Groves, C. P. (1997). Leopard-cats, Prionailurus bengalensis (Carnivora: Felidae) from Indonesia and the Philippines, with the description of two new species. Zeitschrift für Säugetierkunde 62: 330 pp.
- ^ Tamada, T., Siriaroonrat, B., Subramaniam, V., Hamachi, M., Lin, L.-K., Oshida, T., Rerkamnuaychoke, W., Masuda, R. (2006). "Molecular Diversity and Phylogeography of the Asian Leopard Cat, Felis bengalensis, Inferred from Mitochondrial and Y-Chromosomal DNA Sequences" (PDF). Zoological science. 25: 154–163. doi:10.2108/zsj.25.154. PMID 18533746.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Imaizumi, Y. (1967). A new genus and species of cat from Iriomote, Ryukyu Islands. Journal of Mammalian Society Japan 3(4): 74.
- ^ Masuda, R., Yoshida, M. C. (1995) Two Japanese wildcats, the Tsushima cat and the Iriomote cat, show the same mitochondrial DNA lineage as the leopard cat Felis bengalensis. Zoological Science 12: 655–659
- ^ Rajaratnam, R., Sunquist, M., Rajaratnam, L., Ambu, L. (2007) Diet and habitat selection of the leopard cat (Prionailurus bengalensis borneoensis) in an agricultural landscape in Sabah, Malaysian Borneo. Journal of Tropical Ecology 23: 209–217
- ^ Sunquist, M., Sunquist, F. (2002). Wild cats of the World. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 225–232. ISBN 0-226-77999-8.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan