[go: up one dir, main page]

Kubu (Jawi: كوبو turunan akar Proto-Melayu-Polinesia *kubu "pondok sawah"[1]) ialah binaan tinggi untuk mempertahankan kampung atau sebuah negara daripada serangan musuh. Kubu ini boleh berbentuk sementara seperti dibina daripada buluh aur yang panjangnya 1 meter dan ditanam ke dalam tanah. Kubu ini kemungkinan juga dibina daripada batang-batang pokok.

Fortbourtange, Groningen

Kubu pertahanan yang lebih kekal dibuat daripada tanah dan batu yang disusun lebih tinggi. Contoh terbaik ialah Tembok Besar Negara China. Tembok besar ini dibina oleh Maharaja Qin Shi Huang.

Di Malaysia, A Famosa di Bandar Hilir, Melaka ialah contoh kubu pertahanan yang dibina oleh tentera Portugis. Di Pasir Salak, pengikut Dato Maharaja Lela telah membina kubu pertahanan daripada tanah dan buluh. Sementara di Lukut, kubu pertahanan diperbuat daripada batu dan tanah keras. Parit dikorek di bahagian luar kota. Kubu ini dikenali sebagai Kota Lukut dan dibina Muzium Lukut di sebelahnya.

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kubu field hut in the rice fields". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 3 Mei 2022.