[go: up one dir, main page]

Khir Rahman

Pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara

Khairulizam "Khir" Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol, watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan watak sebagai Jijoe dalam Rock Oo!. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.

Khir Rahman
Kelahiran
Khairulizam bin Abdul Rahman[1]

(1973-03-12) 12 Mac 1973 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip, pengacara
Tahun aktif1996–kini
PasanganSiti Jasmina Ibrahim (k. 2002)
Anak-anak2
Ibu bapaDato' A. Rahman Hassan (bapa)
Datin Azizah Mohamad (ibu)
Datin Fadilah Mansor (ibu tiri)
SaudaraKhairulazmi Abd Rahman (adik)

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan sebagai Khairulizam bin Abdul Rahman pada 12 Mac 1973 dan merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Membesar di Johor, darah seni itu mengalir kuat di badannya sehingga kini.

Kerjaya

sunting

Teater

sunting

Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.

Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].

Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.

Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem dan Azmani dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]

Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.

Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.

Pengarahan

sunting

Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.

Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]

Kehidupan peribadi

sunting

Khir berkahwin dengan novelis dan penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[6][7]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pengarah Penulis Pelakon
2002 Anak Mami The Movie Tidak  Tidak  Ya  Awang Filem pertama
2004 Puteri Gunung Ledang Tidak  Tidak  Ya  Tun Mamat
2005 Potret Mistik Tidak  Tidak  Ya  Hayden
Pontianak Harum Sundal Malam II Tidak  Tidak  Ya  Tok Urut
Rock Tidak  Tidak  Ya  Jijo Alfonso Pareira Abdullah @ Jijoe
2006 Gubra Tidak  Tidak  Ya  Ki
Bilut Tidak  Tidak  Ya  Wan Mat
2007 Syaitan Tidak  Ya  Tidak  Sebagai cerita asal
2008 Cuci Tidak  Tidak  Ya  Wira
Los dan Faun Tidak  Tidak  Ya  Amran Askor
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Tidak  Tidak  Ya  Nakhoda Galigor
2010 Hooperz Tidak  Tidak  Ya  Wan Zubair
Kapoww Tidak  Tidak  Ya  Faizal Borhan @ FaiBo
2011 ...Dalam Botol Ya  Ya  Tidak  Filem arahan pertama
Hikayat Merong Mahawangsa Tidak  Tidak  Ya  Kemawas
2012 Pontianak vs Orang Minyak Tidak  Tidak  Ya  Sudiro
2013 Rock Oo! Tidak  Tidak  Ya  Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo
Langgar Tidak  Tidak  Ya  Mail
Lemak Kampung Santan Tidak  Tidak  Ya  Badrul
KL Zombi Tidak  Tidak  Ya  Juri persembahan 2 Penampilan khas
Balada Pencinta Ya  Ya  Ya 
Papadom 2 Tidak  Tidak  Ya  Jay Rahman
2014 Hantu Nan Sempit Tidak  Tidak  Ya  Spid
Tembus Tidak  Tidak  Ya  Mazri
Terbaik dari Langit Tidak  Tidak  Ya  Warung Patron 1 Penampilan khas
2015 Bangunan Ya  Ya  Ya  Juga sebagai pengarah bersama Sein Qudsi
Gangsterock Kasi Sengat Tidak  Tidak  Ya 
2016 Rock Bro! Tidak  Tidak  Ya  Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo
2017 Lebuhraya Ke Neraka Tidak  Tidak  Ya  Tyson
2019 Bella & Jamie Tidak  Tidak  Ya  Badrul
Till Death: Azalea's Wrath Tidak  Tidak  Ya  Azman Ditayangkan eksklusif di Netflix
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Tidak  Tidak  Ya  Jijo Penampilan khas
Bulan dan Pria Terhebat Tidak  Tidak  Ya  Agus
2021 10 Tips Tipu Bini Tidak  Tidak  Ya  Kay
Arwah Pak Mat, Lif & AJK Ya  Ya  Tidak 
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Tidak  Tidak  Ya  Usup
Gadis Jolobu The Movie Tidak  Tidak  Ya  Acong
Cikgu VS Hantu Tidak  Tidak  Ya  Cikgu Samad
Abang Long Fadil 3 Tidak  Tidak  Ya  Presiden Republik Nusantara
2023 Bukan Hantu Biashe Biashe Tidak  Tidak  Ya  Ustaz
2024 Leha Tidak  Tidak  Ya  Me. TB
Ngesot Tidak  Tidak  Ya  Yado
Housekeeping Tidak  Tidak  Ya 
2025 The Original Gangster Tidak  Tidak  Ya  Carlos
Raja Hitam Tidak  Tidak  Ya 
Padang Kertas Ya  Ya  Ya  Juga sebagai pengarah bersama Sein Qudsi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Hati Kristal TV1 Drama pertama
2008 Seri Budi Emas
Bilik No.13 Joe TV2 Episod: "Karipap"
2009 Mingguan Lelaki Bos Tonton
2012 Kias Ramadan Si Buta TV3 Episod: "Tongkat Mustaqim"
Tanah Kubur (Musim 4) Rahman Astro Oasis Episod: "Dosa Anak"
2013 Langit Yang Sama Pok Ku TV2
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Pak Derus Astro Oasis Episod: "Aku Bukan Dayus"
2016 Gabuk Qalam TV1
2018 Gerak Khas (Musim 18) Pelbagai TV2 2 episod: "Ops Malindo" dan "Jejak"
2019–2021 Keluarga Baha Don Mat Don Viu
Black Detektif Borhan
2022 AI.5YA Pak Mail
Hilang Inspektor Munir
Anak Abah Abah Awesome TV
2023 Nenek Bongkok Tiga Tuan Tanah Viu
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Kapten Hali Astro Ria
2024 Kampung Puasa Imran Astro Ceria
Terlanjur Cinta Pak Majid Viu
Hari Itu Dalam Sejarah TV1 Drama pendek
Ya, Cikgu! Cikgu Zaman TV3 Juga sebagai pengarah
Framed Hassan Astro Premier

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pengarah Pelakon
2010 Pabila Larut Malam Tidak  Ya  Astro Prima
2013 4 Beradik Tidak  Ya  Along
2014 Warkah Syurga Tidak  Ya  Rahman Astro Prima
2015 Tanah Kubur: Ummah Jahiliah Tidak  Ya  Encik Khalid Astro Oasis
Hanya Suara Ya  Ya 
Rekah Tidak  Ya  Hayat TV2
2016 Dari Kerana Mata Tidak  Ya  HyppTV
Dalam Kasut Ya  Ya  Salleh TV3
2017 Saling Tidak  Ya  Rawan TV1
Cik Misi Ya  Tidak  TV9
Ana Anak Ibu Tidak  Ya  Mazlan Astro Citra
Mak Tak Bagi Balik Tidak  Ya  Hisham TV3
Mat So'od Tidak  Ya  Mat So'od Astro Citra
Psikosis Tidak  Ya 
Beli Adik Ya  Tidak  TV2
2018 Kampung Kuala Lambat Tidak  Ya  Saadon Astro Citra
Aku Posmen Tidak  Ya  Usop
Bebel Ya  Tidak  TV1
2019 Salam Manis Ya  Tidak  TV2
2020 Pencipta Pegang Waktu Tidak  Ya  Zaman TV3
Stesen Ke Daerah Qalbi Ya  Tidak  TV1
Koboi & Vampire Tidak  Ya  Jali BOO
2023 Heist- Dil Fitri Tidak  Ya  Dato' Jack Astro Ria
Memorealiti Tidak  Ya  Azman Metrowealth Pictures

Peserta

sunting
Tahun Tajuk
2019 Muzikal Lawak Superstar
Maharaja Lawak Mega 2019

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak
2011 Semerah Padi Aduka

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Berita Hangit Wan Tujus Wan Tusom Astro Warna Sitkom berkonsepkan berita
2020 Rumah No. 107 Pengacara Astro Warna
2021 Borak Dulu Sampai Menang TV1 mengacara bersama Amin Idris
2022–kini Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini TV1 / TV Okey mengacara bersama Amin Idris & Wany Hasrita
2022 Gelanggang Awesome Raja Lawak Juri Awesome TV
Anak Abah Sitkom
2023 I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) Penyiasat Tetap TV3
Hiburan Minggu Ini Pengacara TV2

Animasi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010-an Mickey, Donald, Goofy: The Three Musketeers Mickey Mouse (Alih Suara) Disney Channel
2006 Mickey Mouse Clubhouse TV2
2014(?)–2019 Mickey Mouse Disney Channel/Disney+

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Harapan ...Dalam Botol Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hikayat Merong Mahawangsa Tercalon
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rock Oo! Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Pencipta Pegang Waktu Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ http://aper.my/group/groups/27/articles/3205
  2. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-18.
  4. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Pilih_Khir_arah_...Dalam_Botol_2934[pautan mati kekal]
  5. ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  6. ^ "Dua cerita, satu cinta - Utusan Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.
  7. ^ "'Masih ingat asal-usul' - Harian Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.

Pautan luar

sunting