[go: up one dir, main page]

Kebangkitan 1969 di Pakistan Timur

Kebangkitan 1969 di Pakistan Timur (ঊনসত্তরের গণঅভ্যুত্থান) merupakan sebuah gerakan politik demokratik di Pakistan Timur (kiniBangladesh) yang berlaku pada tahun 1969. Pemberontakan ini terdiri daripada satu siri demonstrasi besar-besaran dan konflik sporadik antara tentera bersenjata kerajaan dan para penunjuk perasaan. Walaupun pergolakan ini bermula pada tahun 1966 dengan gerakan enam poin Liga Awami, ia hanya mendapat momentum pada awal 1969 dan berakhir dengan peletakan jawatan Fil Marshal Ayub Khan. Kebangkitan ini juga membawa kepada pengguguran Kes Konspirasi Agartala serta pembebasan Sheikh Mujibur Rahman dan rakan-rakanya dari kes tersebut.[1]

Garis masa peristiwa pada tahun 1969

sunting
  • 4 Januari: Shorbodolio Chatro Shongram Porishad (Jawatankuasa Tindakan Pelajar Semua Parti) memaparkan agenda 11 perkaranya.
  • 7–8 Januari: Pembentukan sebuah gabungan politik yang dinamakan Jawatankuasa Tindakan Demokratik (DAC) untuk memulihkan demokrasi.
  • 20 Januari: Aktivis pelajar Asaduzzaman meninggal dunia apabila polis melakukan tembakan ke arah para penunjuk perasaan.
  • 24 Januari: Matiur, aktivis remaja ditembak polis.
  • 15 Februari: Sarjan Zahurul Haq, salah seorang banduan Kes Konspirasi Agartala dibunuh di penjara.
  • 18 Februari: Dr. Shamsuzzoha dari Universiti Rajshahi terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke atas perarakan senyap di Rajshahi.
  • 21 Februari: Pengguguran Kes Konspirasi Agartala.
  • 23 Februari: Sheikh Mujibur Rahman diberi sambutan hebat, dimana beliau diberi gelaran Bangabandhu (rakan Bengal).[1]
  • 10–13 Mac: Ayub Khan memanggil pihak pembangkang untuk mesyuarat meja bulat.
  • 24 Mac: Ayub Khan menyerahkan kuasa kepada Jeneral Yahya Khan.

References

sunting
  1. ^ a b Kamal, Mesbah; Kibria, Arifatul. "Mass Upsurge, 1969". Banglapedia. Dicapai pada 24 July 2015.