[go: up one dir, main page]

Kebakaran bas Kazakhstan 2018

Pada 18 Januari 2018, sebuah bas terbakar di jalan yang menghubungkan bandar Samara dengan Shymkent[2] di daerah Yrgyz, wilayah Aktobe, Kazakhstan. Kebakaran tersebut menyebabkan 52 orang mangsa terbunuh, dengan tiga penumpang dan dua pemandu berjaya melepaskan diri.[3][4][5]

Kebakaran bas Kazakhstan
Kebakaran bas Kazakhstan 2018 yang terletak di Kazakhstan
Kebakaran bas Kazakhstan 2018
Lokasi yang dianggarkan[1]
Butiran
Tarikh18 Januari 2018
LokasiDaerah Yrgyz, Wilayah Aktobe, Kazakhstan
Perangkaan
Penumpang57
Maut52 Uzbek
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kejadian

sunting

Kebakaran berlaku pada jam 10:30 pagi (UTC+5) ketika sedang membawa pekerja migran Uzbek ke Kazan di Rusia.[6][7][1] Kesemua mangsa yang maut berketurunan Uzbek, yang terselamat pula merupakan tiga penumpang yang juga berketurunan Uzbek dan dua pemandu Kazakh.[3][6] Pintu sisi dilaporkan tersekat menyebabkan laluan keluar kenderaan tidak dapat digunakan.

Pihak Uzbekistan menghantar kakitangan dari Kementerian Luar dan Kementerian Situasi Kecemasan ke tempat kejadian,[8] dan mengumumkan bahawa mereka akan menghantar pulang mayat tersebut[9] dan melakukan ujian DNA untuk pengecaman.[10]

Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev menghantar telegram kawat takziah kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.[6] Ucapan kawat takziah juga diluahkan oleh Presiden Tajikistan,[11] Georgia,[12] Azerbaijan,[13] Belaurus[14] dan Turkmenistan,[15] serta Raja Jordan Abdullah II.[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Bus inferno in Kazakhstan kills 52". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  2. ^ "Bas terbakar di Kazakhstan, 52 terbunuh". Media Adil. 18 Januari 2018. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  3. ^ a b "Uzbekistan, Kazakhstan Open Investigations Of Bus Inferno That Killed 52". RadioFreeEurope/RadioLiberty. 19 Januari 2018. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  4. ^ CNN, Radina Gigova,. "52 killed in Kazakhstan bus fire". CNN. Dicapai pada 18 Januari 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)
  5. ^ Drewett, Zoe (18 Januari 2018). "52 people killed when bus bursts into flames on motorway". Metro. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  6. ^ a b c "52 Uzbeks killed in Kazakhstan bus inferno". AFP.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2018. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  7. ^ Almaty, Reuters in (18 Januari 2018). "Bus fire in Kazakhstan kills 52 people". the Guardian. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  8. ^ "Bus fire kills 52 Uzbeks traveling in Kazakhstan: Kazakh government". Reuters. 18 Januari 2018. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  9. ^ "Uzbekistan to render assistance to families of bus fire victims — Ministry of Emergency Situations". akipress.com. 19 Januari 2018. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  10. ^ "DNA test needed to identify several bodies of bus fire victims in Uzbekistan — Consul of Uzbekistan in Almaty". akipress.com. 19 Januari 2018. Dicapai pada 19 Januari 2018.
  11. ^ "Rahmon expresses condolences to Mirziyoyev over bus fire killing dozens of Uzbeks". akipress.com. 19 January 2018. Dicapai pada 19 January 2018.
  12. ^ "Georgia saddened by deadly bus fire in Kazakhstan". agenda.ge. 19 January 2018. Dicapai pada 19 January 2018.
  13. ^ "Azerbaijani president offers condolences to Uzbek counterpart". APA Information Agency, APA (dalam bahasa Inggeris). 19 January 2018. Dicapai pada 19 January 2018.
  14. ^ "Lukashenko expresses condolences over bus fire victims in Kazakhstan" (dalam bahasa Inggeris). 19 January 2018. Dicapai pada 19 January 2018.
  15. ^ Hasanov, Huseyn (19 January 2018). "Turkmen head extends condolences to Uzbek president". Trend.Az (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 January 2018.
  16. ^ "King condoles Kazakh president over victims of bus fire". Petra (dalam bahasa Inggeris). 18 January 2018. Dicapai pada 20 January 2018.