[go: up one dir, main page]

Kebab capli (Pashto: چپلي کباب; Jawi: کبب چڤلي)[α][β] ialah kebab cencang ala Pashtun, biasanya dibuat daripada daging lembu, kambing atau ayam dengan pelbagai rempah dalam bentuk daging burger. Kebab capli berasal dari Peshawar di Pakistan.[7][8] Kebab capli Peshawar dibuat dengan daging lembu dan merupakan makanan jalanan yang popular di seluruh Asia Selatan, termasuk Pakistan, India, Afghanistan dan Bangladesh.[5][6]

Kebab capli
Kebab capli kambing dihidang di sebuah restoran balti di Birmingham, UK
Nama alternatifKebab capli Peshawar
JenisKebab
Jenis sajianPembuka selera, hidangan utama atau sampingan
Tempat asalPeshawar, Pakistan[1][2][3][4]
Masakan berkaitanPakistan,[5] Afghanistan,[5] India,[5] Bangladesh[6]
Bahan utamaDaging lembu, kambing atau ayam kisar
Bahan yang biasa digunakanPelbagai rempah dan herba
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di India, kebab capli boleh didapati sebagai makanan jalanan di bandar Bhopal, Lucknow, Delhi dan Hyderabad; di mana ramai orang Muslim tinggal.[9]

Kebab capli dimakan secara meluas di Dhaka, Bangladesh. Tetapi ia paling popular semasa Aidiladha dan pada bulan Ramadan untuk berbuka.[6][10]

Kebab capli boleh dihidangkan dan dimakan panas-panas dengan roti nan atau sebagai kebab roti.[5]

Asal usul

sunting

Pengaruh masakan Mughal di rantau Asia Selatan telah mempopularkan beberapa jenis kebab, menghasilkan resipi-resipi tempatan seperti kebab capli.[5] Nama capli dikatakan berasal daripada perkataan Pashto caprikh/capdikh/caplit, bermaksud "leper" – merujuk kepada rupanya yang ringan, bulat dan rata.[5] Teori lain percaya namanya berasal daripada capal, perkataan tempatan untuk sandal - membayangkan bentuk dan saiz biasanya, yang menyerupai bahagian depan tapak capal. Penduduk tempatan kebanyakannya bersetuju dengan teori pertama capli sebagai kependekan caplit (atau capdikh).[11]

Kebab capli dihidangkan di beribu-ribu rumah kebab di seluruh Pakistan dan Afghanistan.[12] Kedai makan sedemikian telah berkembang pesat di bandar-bandar lain juga. Hari ini, kebab capli berada dalam menu restoran Asia Selatan di seluruh dunia.[12]

Bahan-bahan dan penyediaan

sunting

Kebab capli disediakan dengan daging cencang mentah yang diperap dan dagingnya boleh daging lembu atau kambing/bebiri. Bahan utama termasuk tepung gandum, pelbagai herba dan rempah ratus seperti serbuk cili, daun ketumbar, diikuti dengan sedikit bawang, tomato, telur, halia, ketumbar atau biji jintan manis, cili hijau, tepung jagung, garam dan lada sulah, serbuk penaik dan jus sitrik, seperti limau atau lemon.[13][5]

Ia boleh digoreng tohor atau celur dalam minyak sayuran dengan api sederhana. Sesetengah tukang masak menggoreng kebab dalam lemak kambing di atas dapur kayu untuk rasa organik. Cara ini dihindari sesetengah pakar makanan, atas sebab kesihatan.[14]

Menghidang

sunting

Setelah masak, kebab capli boleh dihidangkan dan dihiasi dengan parsli, bawang cencang dan tomato, bersama-sama dengan penambah rasa lain seperti cutni, salad, yogurt, jeruk atau kacang.[15][16][17] Kebab capli paling sesuai dihidangkan dengan semerbak, bebasah dan pedas.[18] Ia dianggap masakan istimewa Pashtun dan sering dihidangkan kepada tetamu.[19] Ia biasanya dimakan dengan roti seperti naan, nasi seperti nasi Afghan, atau dibungkus dengan makanan segera.[12] Pada musim sejuk, teh hijau seperti kahwah biasanya dihidangkan bersamanya, manakala minuman sejuk lebih disukai pada musim panas.[12]

Lihat juga

sunting
  1. ^ Urdu: چپلی کباب
  2. ^ Hindi: चपली कबाब

Rujukan

sunting
  1. ^ Taylor Sen, Colleen; Bhattacharyya, Sourish; Saberi, Helen (2023-02-23). The Bloomsbury Handbook of Indian Cuisine (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Academic. m/s. 196. ISBN 978-1-350-12863-7. Satu lagi kebab goreng ialah kebab capli yang mungkin berasal dari Peshawar. Namanya sama ada berasal daripada bahasa Pashto, caplit, bermaksud 'leper', atau daripada capal, Hindi untuk sepatu, merujuk kepada bentuknya.
  2. ^ "What Makes Chapli Kebab A Meat Lover's Dream Come True?". Slurrp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-26. The Chapli Kabab is said to have its origins in Peshawar, Pakistan.
  3. ^ Bailey, Natasha (2023-01-18). "What Makes Pakistan's Chapli Kababs Different From Others?". Tasting Table (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-26. The Chapli kabab is one of Pakistan's most beloved dishes. This particular kabab was reportedly first created in Peshawar, in the northwestern corner of the country.
  4. ^ "Eating Chapli Kababs in Northern Pakistan". The Localist (dalam bahasa Inggeris). 2015-03-08. Dicapai pada 2023-04-26. In Pakistan, chapli kabab originally comes from the northern areas, in particular Peshawer, capital of Khyber Pakhtunkhwa province.
  5. ^ a b c d e f g h Khan, Palwasha (2021-01-23). "Eating Chapli Kababs in Northern Pakistan". The Localist (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-17. Dicapai pada 2021-04-08. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Tirmizi" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ a b c "Dhaka shops selling iftar delicacies". Bangla Tribune. Dicapai pada 2020-11-07. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dhaka" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ "What Makes Chapli Kebab A Meat Lover's Dream Come True?". Slurrp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-26. The Chapli Kabab is said to have its origins in Peshawar, Pakistan.
  8. ^ "Beef Chapli Kabab Eggless Recipe". homtainment (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-21. Dicapai pada 2023-07-02.
  9. ^ "Chapli Kebab: The Flat Minced Meat Marvel Is An Explosion of Flavours You Must Not Miss". 27 Oktober 2017.
  10. ^ "'Chapli Kebab' - Alpana Habib". The Daily Star. Dicapai pada 2020-11-07.
  11. ^ Mittmann, Karin; Ihsan, Zafar (1991). Culture Shock!: Pakistan. Graphic Arts Center Publishing Company. m/s. 104. ISBN 9781558680593.
  12. ^ a b c d Shinwari, Sher Alam (13 October 2013). "On the menu: Krazy about (Chapli) kebab". Dawn. Dicapai pada 25 July 2016. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dawn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  13. ^ Burman, Divya. "Peshawari Chappali Kebab". NDTV Food. Dicapai pada 25 July 2016.
  14. ^ Malik, Shiza (27 Julai 2015). "Khyber's most delicious export". Dawn. Dicapai pada 25 Julai 2016.
  15. ^ Usmani, Sumayya. "Beef chapli kebab with pomegranate chutney". BBC Radio 4. Dicapai pada 25 July 2016.
  16. ^ Webb, Lois Sinaiko; Roten, Lindsay Grace (2009). The Multicultural Cookbook for Students. ABC-CLIO. m/s. 102. ISBN 9780313375590.
  17. ^ Agha, Bilal (25 March 2016). "Weekend grub: Could these chapli kebabs from Peshawar be the best in Pakistan?". Dawn. Dicapai pada 25 July 2016.
  18. ^ Dupree, Louis (2014). Afghanistan. Princeton University Press. m/s. 231. ISBN 9781400858910.
  19. ^ Khaliq, Fazal (16 February 2012). "Comfort food: Keeping warm with kebabs". The Express Tribune. Dicapai pada 25 July 2016.