[go: up one dir, main page]

Kean Wong

pengarang, penyunting, penulis dan wartawan Malaysia

Kean Wong merupakan seorang pengarang, penyunting, penulis dan wartawan Malaysia. Beliau mendapat perhatian seluruh negara kerana buku suntingannya, Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia (2020) yang mencetuskan kontroversi kerana kulit bukunya didapati menghina lambang jata negara Malaysia.[1] Laporan polis telah dibuat terhadap beliau berhubung isu tersebut.[2]

Kean Wong
LahirMalaysia
PekerjaanPengarang, penyunting, penulis, wartawan
Karya terkenalRebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia

Beliau sebelum ini pernah menjadi penyunting penyumbang di New Mandala[3] di mana beliau membicarakan mengenai pilihan raya umum Malaysia 2018 yang diadakan pada Mei 2018.[4]

Wong merupakan Pemaustin Tetap Australia sejak 2010 menurut laporan Astro Awani.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Hina Jata Negara: 21 laporan polis diterima, penulis, penerbit buku akan dipanggil". Bernama. 29 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2020. Dicapai pada 1 Julai 2020.
  2. ^ "Laporan polis terhadap penulis Kean Wong". UMNO Online. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. 30 Jun 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  3. ^ "Kean Wong joins New Mandala ahead of Malaysian election" (dalam bahasa Inggeris). Australian National University, Canberra. 6 Februari 2018. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  4. ^ "Kean Wong is our GE14 editor" (dalam bahasa Inggeris). New Mandala. 5 Februari 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018. The experienced journalist and editor will join the New Mandala team as Contributing Editor to oversee our coverage of Malaysia's upcoming general election.
  5. ^ "Editor buku disyaki hina jata negara dikesan berada di Australia". Astro Awani. 20 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020.