[go: up one dir, main page]

Kawasan metropolitan

Kawasan metropolitan ialah pusat kependudukan besar yang terdiri daripada sebuah metropolis besar dan kawasan pengaruhnya yang bersebelahan, atau segugusan bandar raya besar yang bersebelahan dan kawasan pengaruhnya. Sesebuah kawasan metropolitan biasanya mendapat namanya sempena bandaraya terbesar atau terpenting dalam lingkungannya.

Kawasan Tokyo Raya ialah kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya dengan kira-kira 35 juta orang.
Lukisan imej 3D kelompokan bandar dwinegara kawasan metropolitan San Diego – Tijuana.

Takrifan am

sunting

Semenjak diterima pakai pada tahun 1950[1], tiada perubahan besar dalam "konsep" kawasan metropolitan asas, namun sejak itu telah berlakunya perubahan besar dalam taburan geografi, oleh itu dijangka terus berubah mengikut peredaran zaman.[2] Orang awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi, termasuk bukan sahaja kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan tengah bandar, subbandar, lepas bandar dan adakalanya luar bandar, semuanya dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan, pengangkutan, dan perdagangan di bandaraya terbesar.

Biasanya, kawasan metropolitan menggabungkan kelompokan (kawasan binaan bersempadan) dengan kawasan-kawasan persisian yang tidak semestinya bersifat bandar, tetapi terikat dengan pusat oleh kegiatan pekerjaan atau perdagangan. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan komuter, dan boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar, iaitu kawasan yang bukan dalam lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandaraya tersebut. Contohnya, Ampang Jaya dikira tergolong dalam kawasan metro Kuala Lumpur; biarpun bukan dalam lingkungan namun dihubung erat.

Bandaraya teras dalam kawasan metroplitan polisentrik tidak semestinya disambungkan oleh pembangunan binaan bersebelahan, berbeza dengan bandar gabungan yang memerlukan bandar-bandar tersebut bersempadan. Dalam kawasan metropolitan, adalah memadai untuk bandaraya pusat membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk lain.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  • MetroFYI.com - Partial list of Travel and Tourism information for North America (Many major Metros are NOT included and most are advertising related).
  • metropolis.org - An organisation of world metropolises
  • Urban Employment Areas in Japan Diarkibkan 2007-02-02 di Wayback Machine (Metropolitan Employment Areas in Japan)
  • [1] (Metropolis read by maps in Friuli Venezia Giulia - Northeast of Italy - EU)
  • Geopolis : research group, university of Paris-Diderot, France — Urbanization of the world