Kalium klorida
Sebatian kimia kalium klorida (KCl) ialah suatu garam logam halida yang terdiri daripada kalium dan klorin. Dalam keadaan tulennya, sebatian ini tidak berbau dan mempunyai penampilan hablur kaca tanpa warna, dengan struktur hablur yang mudah membelah dalam tiga arah. Hablur kalium klorida bersifat kubus berpusat muka.
Nama | |
---|---|
Nama lain
Silvit
Muriat potasy | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider | |
DrugBank | |
ECHA InfoCard | 100.028.374 |
Nombor E | E508 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan) |
KEGG | |
PubChem CID
|
|
Nombor RTECS |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
KCl | |
Jisim molar | 74.5513 g·mol−1 |
Rupa bentuk | pepejal hablur putih |
Bau | tidak berbau |
Ketumpatan | 1.984 g/cm3 |
Takat lebur | 770 °C |
Takat didih | 1420 °C |
281 g/L (0°C) 344 g/L (20°C) 567 g/L (100°C) | |
Keterlarutan | larut di dalam gliserol, alkali agak larut di dalam alkohol, tidak larut di dalam eter[1] |
Keasidan (pKa) | ~7 |
Indeks biasan (nD)
|
1.4902 (589 nm) |
Struktur | |
Struktur kristal | kubus berpusat muka |
Termokimia | |
Entropi molar piawai S |
83 J·mol−1·K−1[2] |
Entalpi pembentukan
piawai (ΔfH⦵298) |
−436 kJ·mol−1[2] |
Bahaya | |
NFPA 704 (berlian api) | |
Takat kilat | Tidak mudah bakar |
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC) | |
LD50 (median dos)
|
2.6 g/kg (mulut/rat), 0.142 g/kg (intravena/rat)[3] |
Sebatian berkaitan | |
Anion lain
|
Kalium fluorida Kalium bromida Kalium iodida |
Kation lain
|
Litium klorida Natrium chlorida Rubidium klorida Sesium klorida |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Kalium klorida dahulu dikenali sebagai "muriat potasy". Nama ini kadang-kadang masih dikemukakan dalam hubungan dengan kegunaannya sebagai baja. Warna potasy berubah-ubah daripada merah jambu atau merah hingga putih bergantung pada proses pelombongan dan pemulihan yang digunakan. Analisis potasy putih, kadang-kadang dirujuk sebagai potasy terlarut, biasanya lebih tinggi dan potasy putih digunakan terutamanya untuk pembuatan baja pemula cecair.
KCl digunakan dalam perubatan, penggunaan sains, dan pemprosesan makanan. Sebatian ini terjadi secara semula jadi sebagai galian silvit dan dalam gabungan dengan natrium klorida sebagai silvinit.
Penghasilan
suntingKalium klorida boleh diekstrak dari galian-galian silvit, karnalit, and potasy dan boleh diekstrak dari air laut.
Dalam makmal, kalium klorida boleh dihasilkan melalui tindak balas kalium hidroksida, atau mana-mana garam kalium dengan asid hidroklorik.
:
Walau bagaimanapun, kalium klorida tidak biasanya dihasilkan dalam makmal disebabkan oleh kos penghasilannya yang murah apabila dihasilkan dalam bidang industri.
Kegunaan
suntingKalium klorida digunakan biasanya digunakan sebagai baja untuk mengekang masalah kekurangan kalium bagi tumbuhan, selain daripada kalium sulfat.
Dalam bidang perubatan, kalium klorida diambil sebagai ubat untuk merawat hipokalemia, masalah kepekatan kalium rendah dalam darah manusia. Kalium klorida boleh diambil melalui mulut ataupun secara intravena.
Rujukan
sunting- ^ "Potassium chloride (PIM 430)". Atur Cara tentang Keselamatan Kimia Antarabangsa. 3.3.1 Properties of the substance. Dicapai pada 17 Januari 2011.
- ^ a b Zumdahl, Steven S. (2009). Chemical Principles 6th Ed. Houghton Mifflin Company. m/s. A22. ISBN 0-618-94690-X.
- ^ Material Safety Data Sheet – Potassium Chloride. Sigma–Aldrich. Julai 2001.