Jeneral TUDM
Jeneral TUDM ialah pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM) yang setaraf empat bintang. Ia setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain iaitu Jeneral dan Laksamana. Ia mula digunakan pada tahun 2000 apabila Panglima Tentera Udara, Dato' Seri Ahmad Saruji bin Che Ros dinaikkan pangkat menjadi orang pertama memegang pangkat tersebut. Seseorang Jeneral TUDM juga setaraf dengan Air Chief Marshal dalam Tentera Udara Diraja British dan pasukan udara negara-negara Komanwel lain.
Insignia pangkat
suntingKetika mula diperkenalkan, insignia yang digunakan menyamai sistem yang terdapat pada kebanyakan negara Komanwel iaitu merangkumi jalur-jalur, tebal dan sederhana. Sistem ini diikuti oleh dua orang Panglima Tentera Udara berikutnya dan hanya ditukar pada 2005 ketika era Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed. Insignia yang digunakan kini seragam dengan insignia yang digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia, merangkumi susunan empat bintang beserta mahkota dan kalungan padi.
Jeneral TUDM | Pakaian Istiadat | Pakaian No 3 |
---|---|---|
Insignia Kini | ||
Insignia Alternatif |