Istana Alam Shah
Istana Alam Shah merupakan istana rasmi Sultan Selangor. Ia merupakan tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yang melibatkan di Raja Selangor dilangsungkan. Istana ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor.
Sejarah
suntingIstana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Istana Alam Shah, m.s. S15, 12 Mei 2008, Akhbar Sinar Harian (Selangor)