Go Shop
Go Shop ialah sebuah saluran televisyen membeli-belah berbayar dan perkhidmatan beli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia yang dimiliki oleh Astro GS Shop, usahasama antara konglomerat media, Astro Malaysia Holdings dan syarikat peruncitan multimedia Korea Selatan, GS Retail.[1][2] Saluran ini terbahagi kepada tiga – Ruuma, Gaaya dan Baaru. Rancangan-rancangan Go Shop juga sebelum ini disiarkan di beberapa saluran Astro seperti Astro Ria dan Astro Prima.[3]
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Seluruh negara |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu Inggeris Mandarin Tamil |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro GS Shop Sdn. Bhd. (usahasama Astro Malaysia Holdings dan GS Retail) |
Induk | Astro |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Ditutup | |
Pautan | |
Laman web | www |
Sejarah
suntingGo Shop pra-dilancarkan pada 1 November 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2015 apabila Astro Malaysia Holdings menandatangani perjanjian dengan GS Retail (dahulunya GS Home Shopping) bagi mewujudkan sebuah saluran membeli-belah berkonsepkan gaya hidup di Malaysia.[4] Ia telah menerima sokongan yang memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk setakat pada Februari 2015.[1] Astro menyediakan platform media dan penerbitan rancangan manakala GS Home Shopping menyediakan produk dan logistik. Jumlah permodalan usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.[1]
Saluran Go Shop bahasa Mandarin dilancarkan pada 19 Oktober 2015 dan bersiaran di saluran 318.[5] Kira-kira 70% daripada pembelian produk di Go Shop dibuat melalui pembayaran tunai semasa penghantaran, dengan kadar pembatalan 5%. Pada 1 Februari 2020, Go Shop menjenamakan semula dua salurannya dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping!, iaitu Ruuma di saluran 118 dan Gaaya di saluran 120.[6][7] Pada 24 Julai 2021, Go Shop saluran 111 dijenamakan semula sebagai Baaru.[8][9][10]
Pada 1 September 2019, Go Shop tersedia sebagai saluran terestrial percuma di MYTV menerusi Saluran 120, tetapi menamatkan penyiarannya pada 19 Jun 2022.
Pada 2 Oktober 2023, Astro mengumumkan bahawa Go Shop akan menamatkan operasinya sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategiknya dengan penutupannya berkuatkuasa 11 Oktober. Astro memetik "landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna", merujuk kepada keputusan para pembeli rancangan itu untuk kembali ke pusat membeli-belah secara fizikal terutamanya pasca pandemik COVID-19, sebagai punca penutupan Go Shop.[11]
Bekas pengacara
sunting- Addy Junaidi
- Aina Kamalia
- Akma Abdullah
- Anna Aljuffrey
- Aswad Jalil
- Asyraf Roslan
- Azrul Zaidi
- Fadzly Fuad (undangan khas)
- Hazim Shauki
- Jimmy Shanley
- Juliana Ramle
- Kim Hassan
- Liza Khairuddin
- Raianna Rahman
- Sufian Amri
- Suraya Yeop Jr.
- Syaff Shukri (undangan khas)
- Syakirin Husnal
- Syanim Farid
- Tiong Button
Lihat juga
sunting- Wow Shop – saluran membeli-belah milik Media Prima
Rujukan
sunting- ^ a b c Budiey (4 Februari 2015). "Fakta Yang Anda Perlu Tahu Pasal GO SHOP Astro". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Oktober 2022.
- ^ "5 Sebab Kenapa 'Go Shop' Bukan Macam Saluran Beli-Belah Yang Lain". SAYS.com. 19 Mac 2015. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ "Shopping made easy" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 10 Jun 2021. Dicapai pada 12 Oktober 2022.
- ^ "Astro GO SHOP - Cara baru membeli belah". Astro Awani. 2 Februari 2015. Dicapai pada 12 Oktober 2022.
- ^ Ahmad Fiesal Othman (19 Oktober 2015). "Go Shop perkenal saluran Mandarin 24 jam". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ Azyyati Ahmad (17 Februari 2020). "Go Shop perkenal penjenamaan baru Ruuma & Gaaya". Astro Awani. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ "Go Shop menjenama semula saluran-saluran Melayu untuk pengalaman membeli-belah yang lebih menghiburkan" (Kenyataan Media). Astro Malaysia Holdings. 13 Februari 2020. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ "Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU". Ruby.my. 21 Julai 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ Mark Mathen Victor (5 November 2021). "Magnificent Seven for Astro's Go Shop". The Sun Daily. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ "Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial". Astro Awani. 21 Julai 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
- ^ Mahanum Abdul Aziz (2 Oktober 2023). "Astro Go Shop 'tutup kedai' mulai 11 Oktober ini". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2023.