[go: up one dir, main page]

Gitar elektrik merupakan sejenis gitar yang di mana getaran bunyi hasil petikan plektrum (atau kadangkalanya dengan jari) pada talinya melalui penangkap yang menukarkan getaran kepada isyarat elektrik menggunakan aruhan elektromagnet. Isyarat elektrik ini pula dibawa kepada penguat khusus yang menukarkan isyarat ini kembali kepada gelombang bunyi yang didengari melalui pembesar suara.

Gitar elektrik Epiphone Les Paul

Konsep penguatan getaran alat muzik tali berasaskan kuasa elektrik ini banyak diterokai dan dieksperimenkan sejak awal abad ke-20, namun rekaan pertama gitar elektrik yang sebenar-benarnya dibuat pada 1931 oleh George Beauchamp bersama-sama Paul Barth daripada syarikat National Guitar Corporation.[1]

Binaan

sunting

Reka bentuk dan binaan gitar berbeza dari segi bentuk badan serta susunan leher, kekuda dan penangkap yang ditentukan spesifikasi penghasil; namun kebanyakan gitar berkongsi ciri yang mempunyai fungsi yang sama.

  • Stok kepala (headstock): mempunyai gear ulir untuk menala tali kepada nada yang diingini.
  • Batang leher: fret besi dipasang pada setiap ruas agar petikan tali ditetapkan pada pic yang diingini.
  • Badan: dua pasang penangkap terletak di hujung batang leher untuk menangkap getaran dan gelombang bunyi melalui madan magnet yang terbina di dalamnya.Mutu badan ini bergantung kepada kayu mentah yang menjadi bahan binaannya, namun bahan lain seperti plastik, besi dan kadbod juga pernah digunakan.
  • Kekuda: Ada sesetengah gitar yang mempunyai kekuda tetap yang dipasangkan pada badan alat, namun ada juga yang bercirikan tuil sisi berspring yang bolehkan pemain mengherotkan not atau kod (chord) dalam pic sama atau menghasilkan kesan vibrato.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wheeler, Tom (1978). The Guitar Book: A Handbook for Electric & Acoustic Guitarists. Harpercollins. m/s. 153. ISBN 0-06-014579-X.