[go: up one dir, main page]

Mikroorganisma

makhluk hidup yang halus
(Dilencongkan daripada Genotip)

Mikroorganisma (daripada Yunani: μικρός, mikrós, "kecil" dan ὀργανισμός, organismós, "organisma") atau mikrob ialah organisma seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kajian tentang mikroorganisma dikenali sebagai mikrobiologi, satu bidang yang bermula dengan penemuan mikroorganisma oleh Anton van Leeuwenhoek pada 1675 dengan menggunakan mikroskop reka bentuk sendiri.

Sekelompok bakteria Escherichia coli yang diperbesar 10,000 kali.

Mikroorganisma sangat berbeza-beza dan merangkumi:

Sesetengah ahli mikrobiologi juga merangkumkan virus sebagai mikroorganisma, tetapi ahli mikrobiologi yang lain tidak menganggap virus sebagai hidupan.[1][2] Kebanyakan mikroorganisma berbentuk ekasel (sel tunggal), tetapi ciri ini tidak sejagat kerana sesetengah organisma multisel juga berbentuk mikroskopik, manakala sesetengah protis dan bakteria ekasel (misalnya Thiomargarita namibiensis) berbentuk makroskopik dan dapat dilihat dengan mata kasar.[3]

Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:

Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasan dan cuaca.[4]

Mikrob juga digunakan oleh ahli bioteknologi, baik dalam penyediaan makanan dan minuman mahupun dalam teknologi moden berasaskan kejuruteraan genetik. Bagaimanapun, mikrob patogen adalah berbahaya kerana ia menyerang dan tumbuh di dalam organisma yang lain lalu mengakibatkan penyakit yang membunuh berjuta-juta orang, haiwan, dan tumbuhan.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rybicki EP (1990). "The classification of organisms at the edge of life, or problems with virus systematics". S Aft J Sci. 86: 182–6. ISSN 0038-2353.
  2. ^ LWOFF A (1957). "The concept of virus". J. Gen. Microbiol. 17 (2): 239–53. PMID 13481308.
  3. ^ Max Planck Society Research News Release Accessed 21 May 2009
  4. ^ Christner BC, Morris CE, Foreman CM, Cai R, Sands DC (2008). "Ubiquity of biological ice nucleators in snowfall". Science. 319 (5867): 1214. doi:10.1126/science.1149757. PMID 18309078.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ 2002 WHO mortality data Accessed 20 January 2007

Pautan luar

sunting