[go: up one dir, main page]

Pergata (juga pargata; serapan Portugis: fragata[1]) atau perigat atau frigat ([fri.gat], bahasa Inggeris: frigate) ialah sejenis kapal perang yang biasa digunakan oleh banyak tentera laut sejagat. Istilah ini digunakan bagi merujuk kapal perang pelbagai saiz dan peranan sejak beberapa kurun dahulu. Kapal ini banyak disebutkan dalam syair (Syair Siti Zubaidah Perang Cina,[2] Syair Hemop[3]) dan hikayat (Hikayat Banjar[4]) lama Melayu.

Pergata layar
Surcouf, sebuah pergata daripada kelas La Fayette milik Tentera Laut Perancis

Pada kurun ke-18, istilah ini merujuk kepada kapal yang memiliki panjang yang sama dengan ship-of-the-line dan layar bersegi empat pada kesemua tiga tiang layarnya (layar penuh), tetapi lebih laju dan memiliki persenjataan yang lebih ringan. Kapal ini digunakan bagi tujuan rondaan dan pengiring. Dalam kebanyakan kes, pergata memiliki hanya satu dek persenjataan, sementara ships-of-the-line pula mempunyai dek meriam yang lebih banyak.

Pada akhir kurun ke-19 (dengan mula pembinaan kira-kira 1,858 buah prototaip oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Perancis), pergata berperisai menjadi sejenis kapal perang berperisai yang paling berkuasa pada masa itu.

Dalam tentera laut moden, pergata digunakan bagi melindungi kapal-kapal perang dan dagang lain, terutamanya sebagai penempur peperangan anti-kapal selam (ASW) bagi pasukan penjelajahan amfibia, kumpulan bantuan dan konvoi dagang. Bagaimanapun, kapal yang dipanggil sebagai "frigat" juga lebih menyerupai korvet, pembinasa, penjajap dan juga kapal tempur.

Pangkat Kapten pergata terbit daripada nama jenis kapal ini.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Hoogervorst, Tom (Dec 2018). "Sailors, Tailors, Cooks, and Crooks: On Loanwords and Neglected Lives in Indian Ocean Ports". Itinerario. Research Institute for History, Leiden University. 42 (3): 519-20. doi: 10.1017/S0165115318000645
  2. ^ kiraan katadalam Malay Concordance Project kelolaan Universiti Nasional Australia
  3. ^ kiraan kata dalam Malay Concordance Project
  4. ^ kiraan kata dalam Malay Concordance Project

Pautan luar

sunting