[go: up one dir, main page]

Ezora ialah sebuah siri drama ala telenovela Malaysia yang disiarkan pada pertengahan tahun 2008, menandakan kali pertama Ahmad Idham menggarap drama untuk slot Akasia di TV3.[1][2]

Ezora
PengarahAhmad Idham
Dibintangi oleh
Nur Fazura
Beego
Dynas Mokhtar
Siti Elizad
Zed Zaidi
Fezrul Khan
Diana Rafar
Cat Farish
Bilangan musimAkasia
Bilangan episod60
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal19 Mei 2008 – 28 Ogos 2008
MengikutiBella
Diikuti olehSutera Maya

Sinopsis

sunting

Drama ini bermula dengan kisah Ezora dari keluarga yang kurang berada menghadapi masalah semasa persediaan perkahwinannya dengan tunangnya, Reza. Keadaan bertambah buruk apabila Reza yang bekerja sebagai buruh kontrak telah diberhentikan. Ini menyebabkan Reza mahu menundakan perkahwinan mereka dan berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan serta mengumpulkan wang untuk berkahwin.

Manakala di kampung, emak Ezora jatuh sakit apabila mengetahui Reza menangguhkan perkahwinan. Dia yang sukar menerima kenyataan itu meninggal dunia dan ini membuatkan Ezora lebih tertekan. Ketiadaan ibunya membuatkan adik Ezora, Lisa, hidup dengan penuh bebas tanpa kawalan sesiapa. Dia terus menggoda lelaki tua berharta yang sanggup menghabiskan wang untuknya. Manakala, Ezora pula digoda oleh majikannya yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Kekecohan berlaku sehingga Ezora dipecat.

Di Kuala Lumpur pula, Leeya yang berasal dari keluarga kaya, marah apabila mendapati tunangnya, Badree, berlaku curang dengan arkitek wanita yang digajinya. Dia terus memecat arkitek itu dan membatalkan pertunangannya. Pergaduhan berlaku dan Reza yang menjadi buruh di banglo Leeya itu menjadi orang tengah. Akhirnya Leeya tertarik dengan kekacakannya.

Hubungan Reza dengan Leeya semakin rapat, sehingga Reza diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Keselamatan di Hotel Marina milik Leeya. Dalam diam-diam, Leeya sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan Reza. Ezora mulai gelisah kerana Reza semakin jarang mengirim berita. Akhirnya Ezora memutuskan untuk pergi bertemu Reza di Kuala Lumpur. Kedatangan Ezora ke Kuala Lumpur membuatkan Reza berada dalam dilema.

Pelakon

sunting

Penerbitan

sunting

Penggambaran drama Ezora memakan masa kira-kira tiga bulan bermula April 2008. Pengarah Ahmad Idham menerangkan bahawa Ezora diilhamkan setelah mengambil format dari drama bersiri Mexico. "Melalui format drama luar itu, saya buat semula mengikut acuan menepati ciri-ciri orang yang terdapat di Malaysia dari segi agama, budaya dan sebagainya. Apa yang mencabar tentang Ezora adalah ia lebih kepada 'lipatan' ceritanya. Saya kena 'blend' cerita itu agar tidak menjadi isu yang 'klise'. Susah juga untuk 'Islam'kan format cerita asal itu."[1]

Idham juga menjelaskan bahawa penulisan lakon layar Ezora memikirkan Fazura selaku pemegang watak utama. Fazura pula perasan banyaknya persamaan antara dirinya dengan watak Ezora setelah meneliti skripnya. "Walaupun berbeza latar belakang, tetapi keazaman dan kekuatan batin Ezora memang mengagumkan saya."[3]

Dynas yang memegang watak Lisa menceritakan bagaimana beliau memperoleh peranannya: "Saya memang ditawarkan watak Lisa iaitu adik kepada Ezora. Idham terangkan kepada saya yang beliau nak pelakon berwajah seiras dengan Fazura. Saya melihat tawaran ini dalam jangka masa panjang dan Idham menawarkan saya berlakon dengan cara yang baik."[1]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Diana Rafar terima 'Ezora' kerana Idham, mStar Online, 14 Mei 2008.
  2. ^ Budiey (12 Mei 2008). "Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  3. ^ Test of true love in Ezora[pautan mati kekal], The Star eCentral, 27 Mei 2008.

Pautan luar

sunting
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Ezora
(19 Mei – 28 Ogos 2008)
Berikutnya
Bella Sutera Maya