[go: up one dir, main page]

Eyeshield 21 (アイシールド21, Aishīrudo nijūichi) ialah manga mengenai Bola Sepak Amerika ditulis oleh Riichiro Inagaki dan dilukis oleh Yusuke Murata. Siri ini mengisahkan Sena Kobayakawa, seorang budak introvert yang menyertai kelab ragbi Amerika sebagai setiausaha, tetapi selepas dipaksa oleh quarterback Yoichi Hiruma, menjadi pelari pasukan, sambil memakai pelindung mata dan nombor 21, di bawah nama samaran "Pelindung mata 21". Inagaki memilih ragbi Amerika sebagai subjek utama Eyeshield 21 selepas menyedari ia sesuai dengan ideanya untuk siri itu.

Eyeshield 21
Fail:Vol 1 - The Boy With the Golden Legs.jpg
The cover for Eyeshield 21 Vol.1 (Viz Version)
GenreSukan, Gag, Shōnen
Manga
PengarangRiichiro Inagaki
IlustrasiYusuke Murata
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh Pengeluaran23 Julai 200215 June 2009
Jilid37
Anime
Eyeshield 21 (Jump Festa)
PengarahTamaki Nakatsu
StudioProduction I.G.
Dikeluarkan pada2004
Anime
PengarahMasayoshi Nishida
StudioNAS, Studio Gallop
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Tokyo
Dikeluarkan pada6 April 2005 – kini
Portal Anime dan Manga

Manga ini bersiri dalam majalah manga Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari Julai 2002 hingga Jun 2009. Siri ini terdiri daripada 333 bab yang dikumpulkan dalam 37 jilid tankōbon. Adaptasi anime yang terdiri daripada 145 episod televisyen diterbitkan bersama oleh TV Tokyo, NAS dan Gallop. Siri televisyen ini pertama kali disiarkan di rangkaian TV Tokyo Jepun dari April 2005 hingga Mac 2008. Francais Eyeshield 21 telah melahirkan dua animasi video asli (OVA), album audio, permainan video, dan barangan lain.

Watak utama

sunting

Deimon Devil Bats (泥門デビルバッツ)

sunting
  • Sena Kobayakawa
  • Hiruma Yoichi
  • Ryokan Kurita
  • Anezaki Mamori
  • Taki Suzuna
  • Raimon Tarou
  • Takekura Gen a.k.a. Musashi
  • Taki Natsuhiko
  • Yukimitsu Manabu
  • 3 Bersaudara Ha Ha
  • Komusubi Daikichi

Ojo White Knights

sunting
  • Shin Seijurou
  • Sakuraba Haruto
  • Ichiro Takami
  • Makoto Otawara
  • Daigo Ikari