Epilog Cinta Khirana
Epilog Cinta Khirana merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Tasha Shilla dan Nazim Othman. Diadaptasi dari novel Mencari Jalan Ke Syurga karya Hasliza Ismail terbitan Kaki Novel. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 14 Mei 2013 hingga 25 Jun 2013 menggantikan Bangkitnya Seorang Perempuan.[1]
Epilog Cinta Khirana | |
---|---|
Genre | Drama Romantik |
Berdasarkan daripada | Mencari Jalan Ke Syurga oleh Hasliza Ismail |
Ditulis oleh | Hasliza Ismail |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Fadzil Teh |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 14 Mei 2013 – 25 Jun 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bangkitnya Seorang Perempuan |
Diikuti oleh | Ramadan Yang Hilang |
Sinopsis
suntingSatu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.
Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Tasha Shilla sebagai Khirana
- Nazim Othman sebagai Shahrul Azwan
- Aliff Aziz sebagai Shakir Ikhwan
- Fiza Halim sebagai Datin Zulaikha
- Ezzaty Abdullah sebagai Rozana
- Raja Ilya sebagai Eugene
Pelakon pembantu
sunting- Arash Mohamad sebagai Dato Shamsul Ariffin
- Raja Ema sebagai Mak Lang Rabiah
- Wan Shades sebagai Pak Lang Daud
- Siti Safira Aina sebagai Ros Azura
- Hairi Safwan sebagai Luqman
- Maimunah Ahmad sebagai Mak Misah
- Azman Jantan sebagai Pak Majid
- Aishah Ilias sebagai Eva
- Ayda Jebat sebagai Farah Huda
Penampilan khas
sunting- Zain Saidin sebagai Doktor
Muzik dan runut bunyi
sunting- "Sebulatnya" - The Fabulous Cats
- "Maafkanlah Aku" - Iz Radzi
- "Salahkah Aku" - Fakhrul Razi
- Sebuah Detik - Aliff Aziz
- "Terluka" - Terry
- "Belum Pernah" - Terry
- "Izinkan Aku Menyanyi" - Terry