Elfira Loy
Hajah Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy (Jawi: نورول ايلفير لوي) ialah seorang selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda.
Elfira Loy | |
---|---|
Kelahiran | Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri 8 Mac 1994 |
Nama lain | Elfira, El |
Pendidikan | Universiti Kolej KDU |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, usahawan |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Muhamad Faris Khairol Anuar (k. 2019) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Filzah Yusoff |
Bapa | Ahmad Sabri Haji Ariffin |
Saudara | Ahmad Ezzraa Loy (abang) Ezlisa Loy (adik perempuan) Ezzrin Loy (adik lelaki) Ahmad Evvraa Loy (adik lelaki) |
Laman web rasmi | Nurul Elfira Loy |
Kehidupan awal
suntingNurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan anak yang kedua pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. Beliau mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab Yaman. Bapanya merupakan pemilik dan Pengarah Projek Pusat Pengajian Islam dan Maahad Tahfiz Bustanul Haji Ariffin, Kuala Kangsar, Perak. Ibunya merupakan pengurus kepada beberapa selebriti dan model Malaysia. Elfira mempunyai lima adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan paling bongsu Ahmad Evvraa Loy. Elfira juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, dan menuntut dalam aliran sains di sekolahnya. Elfira memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Beliau juga merupakan pengusaha/pengurus sebuah kafe yang terkenal di ibu negara di samping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.
Kehidupan peribadi
suntingElfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.
Kerjaya
sunting2008 - 2011: Permulaan kerjaya
suntingSebelum beliau meneruskan watak dalam drama, dia dilamar pula membintangi teater kanak-kanak popular, Ali Baba The Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 2006, juga Ibu Zain Musim 1 dan 2, semakin dikenali ramai tatkala lakonan hebatnya dalam drama. Seterusnya menjadi seorang model dan pelakon pada tahun 2006, juga model dalam The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Elfira Loy mula melakonkan wataknya pada 2008, dalam sebuah telemovie drama iaitu Cinta Itu Buta dia sahaja yang lakonan dan terus memainkan watak dalam Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Selaginya Ada Cinta juga drama Indonesia, sama dikeluarkan ketiga - tiga drama, seterusnya merupakan watak dalam Disney Waktu Rehat sebagai Amirah bersama dengan adik - beradik iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy. Pada Tahun 2009 dan 2010, Elfira Loy juga mula berlakon seperti dalam drama bersiri Roh Natrah , Qalesya 1 ditayangkan sepanjang bulan ramadhan dan Senja Permai. Pada tahun 2010 dan 2011 terusnya watak memainkan seperti Tentang Bulan The Series, Syurgamu Ramadhan, Qalesya 2 juga sepanjang bulan ramadhan ditayangkan, Kum Kum : The Series, Jangan Ambil Padang Kami, Hani, Mahligai Itu Milikku dan Second Chance. Wataknya terus menerus ke telemovie drama seperti Kak Long, Permata Hati, Sanggar Cinta Raudhah, Sayang Abah, Ekspress Dania. Pada awal tahun juga terusnya usaha berlakon dalam filem seperti Damping Malam dan Kum Kum : The Movie.
2012 - Kini: Kemuncak populariti
suntingElfira Loy mula teruskan kerjayaan seperti lakonan bersama dengan Zoey Rahman sebuah drama Demi Dia, juga bersama Randy Pangalila merupakan drama Malaysia - Indonesia iaitu Dalam Hati Ada Taman dan Untuk Terakhir Kali juga merupakan drama Malaysia - Indonesia lakonan bersama Baim Wong. Kini Elfira Loy berlakon lagi dalam drama dan filem seperti Rentap : The Movie, Aku Bukan Malaikat, Permata Hati, Laikatong. Elfira Loy meneruskan lakonannya dalam telefilem seperti akan datang Marrisa, Ketika Cinta Merintih, Sebalik Kasyafmu dan banyak lagi. Pada tahun 2020, sekali lagi Elfira Loy berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila beliau satu-satunya selebriti Malaysia yang disunting untuk bekerjasama bagi peringkat antarabangsa dengan jenama tudung popular di Indonesia iaitu, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Hobinya pula adalah membaca bahan ilmiah dan sebagainya.
Aktiviti lain
suntingElfira Loy juga diberikan peranan utama sebagai model dalam iklan televisyen dan penyiaran di sosial media. Beliau menjadi jurucakap produk seperti Motosikal Honda, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp dan baru ini The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) and Plus One. Line New York (Malaysia) and Plus One.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Damping Malam | Elfira | Filem pertama |
2011 | Second Change | Rin | Filem Jepun |
2012 | The Smurfs | Odile | Alih suara BM |
2013 | The Smurfs 2 | Vexy | |
2014 | Ribbit | Sandy (suara) | Filem animasi |
Rentap | Elaina |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Tentang Bulan The Series | Zurina | Astro Prima |
2009 | Roh Natrah | Natrah | TV2 |
Qalesya | Qalesya | Astro Prima | |
Senja Permai | Yasmine | ||
2010 | Waktu Rehat[1] | Amirah Aminuddin | Disney Channel |
Chinta | Chinta (muda) | TV3 | |
Syurgamu Ramadhan | Suzana | ||
Qalesya 2 | Qalesya | Astro Prima | |
2011 | Kum Kum The Series | Syikin | Astro Ria |
Hani | Nisa | TV3 | |
Samson & Delaila | Amira | ||
Waktu Rehat (Musim 2) | Amirah | Disney Channel | |
2012 | Waktu Rehat (Musim 3) | ||
Jangan Ambil Padang Kami | Juju | Astro Ria | |
Dalam Hati Ada Taman | Bella | ||
2013 | Tanggang Ayu | Alissa | Astro Prima |
Demi Dia | Azura | TV3 | |
Plus One | Marissa | TV9 | |
2014 | Arka Raja Haji | Puteri Hamidah | Astro Box Office |
Separuh Jiwaku | Hana | TV9 | |
2015 | Kayuhan Cinta | TVi | |
Setulus Janji | TV1 | ||
2016 | Mr Secret Admirer | Zureen | HyppTV |
2017 | Kerna Syurga Bukan Percuma | Solehah | Astro Oasis |
2020 | Bila Cupid Jatuh Cinta | Keisha | TV3 |
2021 | Di Sebalik Kasyaf | Diya | |
Dear Cinta | Elana |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Cinta Itu Buta | Astro Ceria | |
2010 | Permata Hati | TV2 | |
Sabrina Vs Sazaly | TV3 | ||
Kum Kum | Mariam | Astro Ria | |
2011 | Mahligai Itu Milikku | Aida | TV9 |
Lara Hati Seorang Ibu | Astro Oasis | ||
Sayaaang Abah | Intan | Astro Prima | |
Ekspress Dania | Dania | Astro Ria | |
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang | Alya | ||
Hati Yang Terpinggir | Shazreen | TV1 | |
2012 | Cik Paris Diva Kampung | Mariam | Astro Prima |
2013 | Putih dan Putera Hodoh | Putih | Astro Ceria |
Untuk Terakhir Kali | Aishah | Astro Ria | |
Aku Bukan Malaikat | Adik | TV3 | |
Nak Jadi Menantu, Ye? | Rusnani | TVi | |
2014 | Laikatong | Dian | Astro Ria |
Biasan | Lehah | TV3 | |
Di Sebalik Kasyafmu | Dhia | ||
Ketika Cinta Merintih | |||
Siti Aishah | Suraya | TV1 | |
2015 | Munajat Terhenti | TV2 | |
2016 | Cinta Viral | Solehah | TV1 |
Umrah Dot Com | Zulaikha | Astro Ria | |
Menantuku Rock | Salina | ||
Oh My English!: Road to Jogja! | Jazlin | Astro TVIQ | |
2017 | Permata Hati | Liz | Astro First Eksklusif |
Nak Jadi Menantu Ye? | TV1 | ||
Encik Ustaz | Atikah | HyppTV | |
2018 | Cinta Tanpa Syarat | Zahirah | ntv7 |
Striker Hati Ayah | Sofia | Astro Ria | |
Cinta Untukku | Indah | TV Okey | |
2020 | Rahsia Malam Jumaat | Nani | TV3 |
2024 | Putih dan Putera Hodoh: Revival | Putih | Astro Ceria |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Berani Jadi Bos | Dirinya sendiri | Astro Ceria | |
Cuti-Cuti Famili | TV1 | |||
Selamat Pagi Putera Puteri | Musim 1 dan 2 | |||
Shana & Nina | TV3 | |||
Kids and Cash | ||||
2012 | Chictivity | Dirinya sendiri | Celebrate TV | |
Rekativiti | Astro TVIQ | |||
2013 | Fear Factor Malaysia | Dirinya sendiri | Astro Ria | Sebagai peserta; Musim kedua (selebriti) |
Festival Filem Malaysia ke-25 | Astro & RTM | Pengacara (bersama Hefny Sahad); Sesi acara karpet merah | ||
Dinamik 2 | TV2 | Pengacara | ||
Over The Top | TV3 | Shows The Design (Musim 2) | ||
Sembang Sahur | Artis undangan | |||
Projek Gila | TV9 | Pengacara (bersama Siti Saleha); Episod 8 | ||
MeleTOP | Astro Ria | Artis undangan (bersama Ajak Shiro) | ||
Artis undangan (bersama Hanez Suraya) | ||||
Propaganza | Astro Ria danAstro Maya HD | Artis undangan (bersama Marsha dan Johan) | ||
Hello Bro... Tolong Deko | Dirinya sendiri | Artis undangan (bersama Zoey Rahman and Dafi) | ||
TGIAF | Astro Ria | Artis undangan (bersama Zizan Razak dan Hanis Zalikha) | ||
Destinasi Ria | Astro Ria & Manggis TV | Artis undangan (bersama adik beradiknya); Episod 4: "Hong Kong" | ||
Mad Markets | TV9 | Pengacara (bersama Akhmal Nazri); Episod 6: Macau, Episod 7&8: Philippines, Episod 9: Thailand (Chiangmai) & Episod 10: Thailand (Lampang) | ||
Ceria Superstar | Astro Ceria | Penari (bersama Glamgirls) | ||
Kan Dah Kena | Artis jemputan (bersama adiknya Ezlisa Loy); Episod 8 | |||
2014 | Supper | TV9 | Artis undangan (bersama Kaka Azraff) | |
Stailista | TVi | |||
WayangXtraVaganza | RTM | Pengacara | ||
2015 | Tua Pun Boleh | Astro Prima | Pengacara (bersama Zoey Rahman & Hafizul Akmal) | |
2016 | Extreme Roadtrip | Dirinya sendiri | Astro Bella & Astro Mustika HD | Pengacara bersama Ardell Aryana & Sherry Alhadad |
2017 | Ketuk - Ketuk Ramadan | TV1 | Artis undangan | |
Ramadan 101 | TV9 | Pengacara |
Iklan
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2011 | Motosikal Honda |
Sunway Lagoon | |
Mee Sedap | |
Institut Jantung Negara | |
Bank RHB | |
Mamee Slurp | |
2012 | The New Face of Maybelline New York (Malaysia)[2] |
2013 | Sofy Body Comfit |
2017 | F&N |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2006 | Ali Baba: Bujang Lapok[3] | Nursiah |
Ibu Zain 1 & 2[3] | Dirinya sendiri | |
2012 | Ali Baba | Marjina |
2014 | Di Bawah Lindungan Kaabah |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Artis Baru Wanita Popular | — | Tercalon | |
2011 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Kum Kum | Menang | |
Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon | ||
Artis Wanita Paling Popular Online | Tercalon | |||
2012 | People Choice of Selebriti | Tercalon | ||
2018 | Artis Sensasi Popular | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (21 Ogos 2010). "Karya tempatan di Disney". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 29 Disember 2018.
- ^ http://www.junipersjournal.com/elfira-loy-is-maybelline-new-yorks-latest-malaysian-spokesperson.html
- ^ a b http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/13/southneast/21497348