Durja Ningsun
Durja Ningsun ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2010 arahan Ahmad Idham, dibintangi oleh Aeril Zafrel, Erin Malek, Eja dan Eizlan Yusof. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 19 Ogos 2010 hingga 18 November 2010 menggantikan Roh Kembali... dan digantikan oleh Saka Jentayu.[1]
Durja Ningsun | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Siti Jasmina Ibrahim |
Pengarah | Ahmad Idham |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting | Ahmad Mustadha |
Sinematografi | Ahmad Nizar Mohd Hanafiah |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Excellent Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Seram) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 19 Ogos 2010 – 18 November 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Roh Kembali... |
Diikuti oleh | Saka Jentayu |
Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
suntingKisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.
Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.
Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.
Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.
Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).
Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?
Pelakon
suntingUtama
sunting- Erin Malek sebagai Aria
- Eja sebagai Azlin
- Eizlan Yusof sebagai Kamal
- Aeril Zafrel sebagai Aliff
Pembantu
sunting- Abu Bakar Juah sebagai Haji Shaaban
- Aida Aris sebagai Ustazah Tahirah
- Faralyna Idris sebagai Myra
- Zarynn Min sebagai Nurlida
- Qiestina Hazali sebagai Suhana
- Farah Alya As’ari sebagai Yasmin
- Hady Tahir sebagai Dr. Shafiq
Undangan
sunting- Cat Farish sebagai Gam
- Sahronizam Noor sebagai Warak
- Geoffrey Perrin Williams sebagai Richard Stamford
- Nuremy Ramli sebagai Zizie
- Roslan Saleh sebagai Shukri
- Kismah Johar sebagai Latifah
- Anith Aqilah sebagai Lily
Penerbitan
suntingDurja Ningsun menjadi drama seram pertama lakonan Eja. Menurutnya, beliau menerima tawaran berlakon dalam drama ini selepas Ahmad Idham berjaya meyakinkannya untuk membintangi sebuah siri televisyen bergenre seram. Untuk ini, beliau mengamalkan bacaan ayat kursi selain petua lain yang diberikan oleh salah seorang pelakon drama ini, Eizlan Yusof.[3]
Rujukan
sunting- ^ Budiey (12 Ogos 2010). "Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel dalam drama Durja Ningsun". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2013.
- ^ Durja Ningsun (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 September 2019.
- ^ Siti Azira Abd. Aziz (19 Ogos 2010). "Eja baca ayat kursi menghadap pintu". mStar Online. Dicapai pada 21 April 2013.