[go: up one dir, main page]

Demam

(Dilencongkan daripada Demam panas)

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan oleh peningkatan pada kawalan suhu badan .[2] Peningkatan ini akan menyebabkan badan cuba meningkatkan suhu melalui bergerakan otot seperti menggigil.


Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindakbalas imunisasi yang dihasilkan badan untuk cuba melawan jangkitan bakteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

Takrifan

sunting

Suhu badan mempunyai julat yang besar.[3] Demam biasanya dipersetujui sekiranya:

  • Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)[1][3]
  • Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7[convert: needs unit name][4]
  • Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F), bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F), bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.

Tanda dan gejala

sunting
  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Tindakan yang di ambil

sunting
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

Amaran

sunting

Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-

  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.


Pola perubahan suhu mungkin sekali-sekala membayangkan diagnosis perubatan:

  • Demam terhenti-henti: Suhu tinggi hanya hadir bagi beberapa jam sehari dan normal pada waktu yang lain, contoh. malaria, kala-azar, pyaemia, atau septicemia. Dengan malaria, mungkin terdapat demam dengan tempoh 24 jam (harian / “quotidian”), 48 jam (demam setiap dua/tiga hari (“tertian”)), atau 72 jam (demam setiap tiga/empat hari (“quartan”), menunjukkan Plasmodium malariae). Pola ini mungkin kurang jelas bagi pengembara.
  • Demam Pel-Ebstein: Demam khusus yang dikaitkan dengan lymphoma Hodgkin, demam tinggi pada satu minggu dan renda pada minggu berikut dan seterusnya. Bagaimanapun, terdapat perdebatan samaada pola ini benar-benar wujud.[6]
  • Demam berpanjangan: Suhu yang kekal melebihi normal sepanjang hari dan tidak berbeza melebihi 1 °C dalam 24 jam, contoh. lobar pneumonia, demam kepialu, jangkitan salur kencing, brucellosis, atau tifus. Demam kepialu mungkin menunjukkan pola demam khusus, dengan peningkatan bertingkat perlahan, dan puncak yang tinggi.
  • Demam Naik turun (“Remittant”): Suhu kekal melebihi normal sepanjang hari dan naik turun lebih dari 1 °C dalam 24 jam, contoh. Jangkitan endokarditis.

Demam neutropenik, juga dipanggil febrile neutropenia, adalah demam tanpa kehadiran fungsi system imunisasi normal. Disebabkan ketiadaan neutrophil melawan bakteria, jangkitan bacteria boleh merebak dengan pantas dan demam ini biasanya dianggap kecermasan perubatan. Demam ini lebih biasa dilihat pada mereka yang menerima kemoterapi pemendam imunisasi berbanding mereka yang sihat.

Febricula[7] adalah demam serdahana jangka pendek, punca tidak jelas, dan tanpa pathologi jelas.

Hiperpyrexia

sunting

Hiperpyrexia merupakan demam dengan suhu badan amat tinggi sama atau melebihi 41.5 °C (106.7 °F).[8] Suhu tinggi sedemikian di anggap kecermasan perubatan kerana ia mungkin menunjukkan keadaan sebenar yang serius atau membawa kepada kesan sampingan yang besar.[9] Punca biasa adalah pendarahan otak (“[intracranial hemorrhage”).[8] Punca lain yang mungkin termasuk sepsis, sindrom Kawasaki,[10], sindrom maligan neuroleptik, kesan dadah, sindrom serotonin, dan rebut thyroid.[9] Jangkitan merupakan punca biasa demam ketika suhu meningkat punca lain menjadi semakin biasa.[9] Jangkitan yang dikaitkan dengan hiperpyrexia termsauk: roseola, rubeola dan jangkitan enteroviral.[11] Penyejukan aggresif segera ke bawah <38.9 °C (102.0 °F) di dapati meningkatkan peluang terselamat.[9] Hiperpyrexia berbeza dari hiperthermia dari segi bagi hiperpyrexia mekanisma pengawal suhu badan meletakkan suhu badan melebihi suhu normal dan kemudian menghasilkan haba bagi mencapai suhu ini, sementara bagi hiperthermia suhu badan meningakt melebihi titik suhu ditetapkan oleh badan manusia..[8]

Hiperthermia

sunting

Hiperthermia berpunca dari beberapa sebab termasuk "heatstroke", sindrom maligan neuroleptik, hyperthermia maligan, perangsang seperti amphetamine dan kokain, tindak balas dadah idiosyncratic, dan sindrom serotonin.

Kegunaan

sunting

Terdapat pertikaian menyokong dan menolak kepentingan demam, dan isu ini adalah kontrovesi.[12][13] Kajian ini menggunakan haiwan bertulang belakang berdarah panas[14] dan manusia [15] in vivo, dengan sesetengah mencadangkan mereka sembuh lebih cepat dari jangkitan atau penyakit kritikal kerana demam. Kajian Findland mencadangkan pengurangan kematian bagi jangkitan bacteria apabila demam hadir.[16]

Secara teori, demam mampu membantu dalam pertahanan badan.[12] Terdapat sesetengah tindak balas imunisasi penting yang dipertingkatkan oleh suhu, dan sesetengah pathogen dengan kecenderungan suhu ketat boleh dielakkan.[17] Demam mungkin berguna pada tahap tertentu kerana ia membenarkan badan mencapai suhu tinggi, menyebabkan persekitaran tidak menyenangkan bago sesetengah pathogen. Sel darah putih juga membiak dengan pantas kerana persekitaran yang sesuai dan mampu membantu melawan pathogen dan mikrob merbahaya yang lain yang menceroboh badan.

Penyelidik [18] telah menunjukkan bahawa demam memiliki beberapa fungsi penting dalam proses penyembuhan:

  • Peningkatan pergerakan leukocytes
  • Peningkatan phagocytosis leukocytes
  • Pengurangan kesan endotoksin
  • Peningkatan pembiakan sel T [19]
  • Peningkatan aktiviti interferon[19]

Pada haiwan lain

sunting

Demam merupakan ciri penting bagi diagnosis perubatan bagi penyakit haiwan ternakan. Suhu badan haiwan yang diambil melalui dubur, berbeza dari satu spesies dengan spesies yang lain. Sebagai contoh, kuda dikatakan demam pada suhu 38.5 °C, sementara lembu di katakan demam pada suhu 39.6 °C.

Bagi spesies yang membenarkan tubuh memiliki julat suhu normal yang luas, seperti unta, ia kadang-kala sukar bagi menentukan tahap demam (“febrile stage”).

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Axelrod YK, Diringer MN (2008). "Temperature management in acute neurologic disorders". Neurol Clin. 26 (2): 585–603, xi. doi:10.1016/j.ncl.2008.02.005. PMID 18514828. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Karakitsos D, Karabinis A (2008). "Hypothermia therapy after traumatic brain injury in children". N. Engl. J. Med. 359 (11): 1179–80. PMID 18788094. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Laupland KB (2009). "Fever in the critically ill medical patient". Crit. Care Med. 37 (7 Suppl): S273–8. doi:10.1097/CCM.0b013e3181aa6117. PMID 19535958. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Barone JE (2009). "Fever: Fact and fiction". J Trauma. 67 (2): 406–9. doi:10.1097/TA.0b013e3181a5f335. PMID 19667898. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. ^ Sund-Levander M, Forsberg C, Wahren LK (2002). "Normal oral, rectal, tympanic and axillary body temperature in adult men and women: a systematic literature review". Scand J Caring Sci. 16 (2): 122–8. PMID 12000664. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Hilson AJ (1995). "Pel-Ebstein fever". N. Engl. J. Med. 333 (1): 66–7. PMID 7777006. Unknown parameter |month= ignored (bantuan). They cite Richard Asher's lecture Making Sense (Lancet, 1959, 2, 359)
  7. ^ Febricula, definition from Biology-Online.org, consulted June 7, 2006 http://www.biology-online.org/dictionary/Febricula
  8. ^ a b c Loscalzo, Joseph; Fauci, Anthony S.; Braunwald, Eugene; Dennis L. Kasper; Hauser, Stephen L; Longo, Dan L. (2008). Harrison's principles of internal medicine. McGraw-Hill Medical. m/s. Chapter 17, Fever versus hyperthermia. ISBN 0-07-146633-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ a b c d McGugan EA (2001). "Hyperpyrexia in the emergency department". Emerg Med (Fremantle). 13 (1): 116–20. PMID 11476402. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  10. ^ Marx, John (2006). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice. Mosby/Elsevier. m/s. 2506. ISBN 9780323028455. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ Marx, John (2006). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice. Mosby/Elsevier. m/s. 2506. ISBN 9780323028455. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ a b Schaffner A. Fever—useful or noxious symptom that should be treated? Ther Umsch 2006; 63: 185-8. PMID 16613288
  13. ^ Soszynski D. The pathogenesis and the adaptive value of fever. Postepy Hig Med Dosw 2003; 57: 531-54. PMID 14737969
  14. ^ Su, F.; Nguyen, N.D.; Wang, Z.; Cai, Y.; Rogiers, P.; Vincent, J.L. Fever control in septic shock: beneficial or harmful? Shock 2005; 23: 516-20. PMID 15897803
  15. ^ Schulman, C.I.; Namias, N.; Doherty, J., et al. The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study. Surg Infect (Larchmt) 2005; 6:369-75. PMID 16433601
  16. ^ Rantala S, Vuopio-Varkila J, Vuento R, Huhtala H, Syrjänen J. Predictors of mortality in beta-hemolytic streptococcal bacteremia: A population-based study. J Infect. March 2, 2009. PMID 19261333
  17. ^ Fischler, M.P.; Reinhart, W.H. Fever: friend or enemy? Schweiz Med Wochenschr 1997; 127: 864-70. PMID 9289813
  18. ^ Craven, R and Hirnle, C. (2006). Fundamentals of nursing: Human health and function. Fourth edition. p. 1044
  19. ^ a b Lewis, SM, Heitkemper, MM, and Dirksen, SR. (2007). Medical-surgical nursing: Assessment and management of clinical problems. sixth edition. p. 212

Bacaan lanjut

sunting
  • Rhoades, R. and Pflanzer, R. Human physiology, third edition, chapter 27 Regulation of body temperature, p. 820 Clinical focus: pathogenesis of fever. ISBN 0-03-005159-2

Pautan luar

sunting