[go: up one dir, main page]

Clemmys ialah genus kura-kura. Ia terdiri daripada satu-satunya spesies dari Amerika Utara iaitu kura-kura Bintik (C. guttata).

Clemmys
Clemmys guttata (Kura-kura bintik)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Clemmys

Ritgen, 1828
Spesies

Clemmys guttata

Sebelum ini, genus Clemmys terdiri daripada empat spesies, iaitu Kura-kura Rawa, Kura-kura Bintik, Kura-kura Kolam Barat, dan Kura-kura Kayu. Bagaimanapun, analisis genetik terkini mengesahkan bahawa Kura-kura Bintik mempunyai perbezaan berbanding ketiga-tiga spesies tersebut.[1] Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu dipindahkan ke genus Glyptemys manakala Kura-kura Kolam Barat pula dialihkan di bawah genus Actinemys. Menjadikan kura-kura Bintik satu-satunya spesies dalam genus Clemmys.[2]

Populasi Kura-kura Bintik semakin menurun di Amerika Utara disebabkan pemburuan dan pemusnahan habitat.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Feldman, C.R. and J.F. Parham. (2002). Molecular phylogenetics of Emydine turtles: taxonomic revision and the evolution of shell kinesis. Molecular Phylogenetics and Evolution 22:388-398.
  2. ^ Spinks, P.Q. and H.B. Shaffer. (2009). Conflicting Mitochondrial and Nuclear Phylogenies for the Widely Disjunct Emys (Testudines: Emydidae) Species Complex, and What They Tell Us about Biogeography and Hybridization. Systematic Biology 58(1):1-20.
  3. ^ Litzgus, Jacqueline; Mousseau, Timothy (2004). Demography of A Southern Population of the Spotted Turtle (Clemmys guttata). Southeastern Naturalist 3(3):391-400. [1]

Pautan luar

sunting