[go: up one dir, main page]

Chris Vadham (10 September 1950 – 26 Februari 2007) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Singapura tetapi mencapai populariti di Malaysia. Dia sebelumnya menyertai Kumpulan Gingerbread dan Western Union Band di Singapura sebelum merakamkan album solo.

Chris Vadham merupakan penyanyi bukan Melayu yang berasal dari Singapura tetapi menyanyikan lagu-lagu Melayu. Dia telah menghasilkan tiga album dan mencapai populariti dengan lagu dari album pertamanya, iaitu Hanya Nyanyian Dalam Sepi. Lagunya yang popular berikut adalah Kita Adalah Pelakon Dunia.

Kerjaya Muzik

sunting

Chris Vadham atau nama sebenarnya Kristhinathan Aseyatham dilahirkan pada 10 September 1950 di Singapura. Beliau yang memiliki ketinggian badan sehingga 1.7 Meter itu merupakan ahli kumpulan Western Union Band yang cukup terkenal dalam era 70an.

Western Union Band merupakan salah satu kugiran Singapura yang menonjolkan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa. Para ahlinya terdiri daripada kaum India, Cina dan Melayu, Mereka adalah Chris Vadham, Rennie Ho, Abel Gan, Tony Cong Sidek Marican]], Danny Lim, [[Peter Mangkok, Daniel Wee Dan Benji. Kumpulan yang dituduhkan pada tahun 1971 ini pernah merakamkan beberapa buah lagu terkenal seperti My Lady dan Sausolito.[1] Kumpulan ini gemar membawakan lagu-lagu Bee Gees hinggakan mendapat jolokan The Bee Gees Of Singapore.

Pada tahun 1973, apabila pemerintah memperketatkan undang-undang disko dan kelab malam, Beberapa ahli kumpulan ini telah menarik diri. Tahun 1976, pemerintah mula melonggarkan semula undang-undang terhadap disko dan kelab malam, Maka Western Union Band kembali aktif. Pada Tahun 1977 atau setahun kemudian, Chris bersama kumpulan muziknya telah pergi di Hong Kong untuk memperkenalkan album pertama mereka dalam bahasa inggeris bertajuk WUB. Pada mulanya, mereke dijangka akan berada disana selama 6 bulan, namun kontrak nyanyiannya telah dipanjangkan dan beliau terpaksa tinggal lebih lama di sana. Setelah taman kontrak itu, rakan-rakanya telah pulang ke Singapura, namun beliau terus tetap tinggal di Hong Kong untuk mencari pekerjaan. Baginya beliau telah menjadikan muzik dan dunia seni hiburan sebagai darah dagingnya. Apatah lagi cita-citanya mahu merantau hingga ke eropah dan mahu membuat rakaman lagu-lagu inggeris disana.

Chris Vadham mula diperkenalkan kepada peminat lagu melayu menerusi album sulungnya Hanya Nyanyian Dalam Sepi terbitan syarikat rakaman Polygram. Menerusi album ini juga turut menampilkan empat buah lagu ciptaannya sendiri. Lagu itu terus naik tangga demi tangga dalam senarai Lagu Pujaan Minggu Ini (LPMI) terbitan Adnan Maswan menerusi Radio Dua Perbadanan Penyiaran Singapura. Ekoran kejayaan itu menyusul pula album kedua bertajuk Gerimis Hati. Berbanding album pertama, menerusi album ini beliau kelibatan lebih berkeyakinan dengan mencipta pelbagai lagu baru.

Album yang memuatkan sembilan buah lagu ini menampilkan empat buah lagu ciptaannya seperti Mimpi Semalam, Pertemuan Pertama, Nyanyian Sepucuk Surat, dan Tatamu. Selain album Hanya Nyanyian Dalam Sepi (1983) dan Gerimis Hati (1984), beliau turut mengeluarkan empat buah album solo lain seperti Lagumu Laguku (1985), Kita Adalah Pelakon Dunia (1985), Mimpiku Retak Seribu (1987), dan One For Everyone (1994).

Kematian

sunting

Chris Vadham telah meninggal dunia di Watford, England pada 26 Februari 2007 akibat kanser hati.

Diskografi

sunting
  1. Lagu-Lagu Koleksi Sentimental - Chris Vadham
  2. Hanya Nyanyian Dalam Sepi - Chris Vadham
  3. Gerimis Hati - Chris Vadham
  4. Kita Adalah Pelakon Dunia
  5. Lagumu Laguku
  6. Mimpiku Retak Seribu
  7. One For Everyone

Rujukan

sunting
  1. ^ "Western Union Band". QUESTING bandstand (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-30.

Pautan luar

sunting