Canon EOS
Canon EOS (singkatan bagi Electro-Optical System) adalah sistem kamera SLR daripada Canon yang menggunakan autofokus. Ia diperkenalkan dengan EOS 650, kamera SLR filem 35 mm pada tahun 1987. Sistem ini juga masih digunakan kamera SLR digital kini dan juga EOS M. EOS dipilih daripada nama salah satu dewa dari mitologi Yunani yang bernama Eos, dewi fajar.
Nadi kepada sistem ini adalah cagak kanta EF.
Sejarah
suntingPada tahun 1985, syarikat Minolta (kini Konica Minolta Holdings) telah memperkenalkan sistem autofokus kamera SLR, "α-System" yang telah memberi kejutan kepada dunia kamera SLR. Pada waktu itu, Canon memperkenalkan kamera T80 yang mempunyai autofokus dengan 3 kanta cagak FD. Walaubagaimanapun, sistem autofokus Canon pada masa itu bersifat eksperimen dan hasilnya amat tidak memuaskan menyebabkan jualan kameranya itu tidak memberangsangkan. Berikutan itu, Canon mula serius dalam kamera autofokus dan memperkenalkan siri EOS pada tahun 1987.
Cagak kanta EF
suntingNadi kepada sistem EOS ialah cagak kanta EF.
Dengan mengambil pendekatan berbeza dari syarikat lain, Canon meninggalkan cagak FD dan membangunkan sistem baru dengan menggunakan cagak EF. Sistem pergerakan autofokus dan dedahan automatik dilakukan sepenuhnya oleh komputer dan motor di dalam kanta, manakala hubungan antara kanta dan badan kamera dalam bentuk isyarat elektronik. Ini amat berbeza dengan cagak FD yang memerlukan badan kamera untuk melakukan semua itu. Cagak EF ini kemudian berkembang dengan Canon memperkenalkan USM (Motor Ultrasonik), manual fokus sepanjang masa (full time manual focus), dan juga IS (penstabilan imej).
Sistem denyar EOS
suntingSistem denyar EOS telah melalui banyak perubahan sejak pengenalannya. Sistem denyar EOS yang asal sebenarnya dibangunkan bukan untuk kamera EOS yang pertama, sebaliknya untuk kamera yang menggunakan cagak FD, T90 yang dilancarkan pada tahun 1986. Kamera ini merupakan kamera Canon yang pertama menggunakan teknik pemeteran denyar melalui kanta (through-the-lens, TTL), walaupun kamera dari jenama lain telah menggunakan teknik yang sama. Sistem A-TTL (TTL Lanjutan) untuk dedahan denyar yang lebih baik semasa menggunakan mod program, menggunakan pra-denyar inframerah untuk mengukur jarak subjek.
Sistem ini kemudiannya digantikan dengan E-TTL (TTL berpenilaian). Ini menggunakan pra-denyar untuk pemeteran awal dan menggunakan sistem autofokus untuk menilai kedudukan subjek untuk dedahan yang lebih tepat. E-TTL II, merupakan penambahbaikan di dalam perisian kamera, menggantikan E-TTL sejak tahun 2004.
Denyar berjenama Speedlite dari Canon ini berubah selaras dengan kameranya. Denyar-denyar ini berkebolehan untuk penyediaan multi-denyar secara berwayar mahupun tanpa-wayar. Penggunaan tanpa-wayar menggunakan dedenyut cahaya tampak mahupun inframerah untuk disamakan. Canon juga mengeluarkan pelbagai aksesori Speedlite untuk pelbagai kegunaan.
Kamera EOS
suntingKamera pertama yang menggunakan sistem ini, Canon EOS 650 diperkenalkan pada tahun 1987 dan berjaya menduduki tempat pertama di Jepun, Amerika dan juga Eropah. Sehingga tahun 2007, Canon telah mengeluarkan lebih 40 model kamera EOS. Kamera EOS memasuki era digital dengan Canon EOS D30 diperkenalkan pada tahun 2000 dan kamera filem ditinggalkan pada tahun 2007.
Pemfokusan kawalan mata
suntingPemfokusan kawalan mata atau eye-controlled focusing (ECF) adalah satu kaedah pemfokusan dengan menjejak pergerakan bola mata. Titik autofokus akan dipilih berdasarkan ke mana pengguna melihat di dalam pemidang tilik. ECF biasanya digunakan dalam fotografi sukan di mana subjek sentiasa bergerak yang menyukarkan pemfokusan terutama dalam pemilihan titik fokus.
ECF dilengkapkan ke dalam beberapa kamera sahaja, iaitu EOS 5, EOS 50e, EOS IXe, EOS-3, EOS 30 dan EOS 30V. Selepas EOS 30V, tiada kamera EOS lain dilengkapi ECF.
Kamera filem
suntingBerikut adalah senarai model kamera EOS filem 35 mm dan APS dalam susunan tarikh pengeluaran:
Kamera digital
suntingKerjasama dengan Kodak
suntingCanon menghasilkan kamera digital pertamanya pada tahun 1995 dengan kerjasama Kodak. Kamera-kamera ini menggunakan belakang kamera digital. Sensor imej dan elektronik direka oleh Kodak bersama dengan EOS-1N yang telah diubah suai. Disebabkan badan kameranya menggunakan sistem EOS, ia boleh menerima kanta EF seperti kamera Canon EOS yang lain.
Model | Tarikh Keluaran |
---|---|
EOS DCS3 | Julai 1995 |
EOS DCS1 | Disember 1995 |
EOS D2000 | Mac 1998 |
EOS D6000 | Disember 1998 |
Keluaran sendiri
suntingSelepas tamatnya perjanjian kerjasama dengan Kodak, Canon mengeluarkan EOS D30 yang disasarkan kepada kumpulan pengguna pertengahan. Mulai EOS D30, Canon mengeluarkan kamera direka, dibangun dan dibuatnya sendiri.
Semua kamera SLR digital Canon dilengkapi dengan sensor CMOS. Hanya EOS-1D sahaja yang menggunakan sensor CCD yang dibangunkan oleh Panasonic.
Cinema EOS
suntingMelihat kepada trend pengguna yang menggunakan kamera SLR digital dalam bidang perfileman (terutamanya EOS 5D Mark II), Canon telah memperkenalkan satu barisan kamera wayang berdasarkan sistem EOS ini. Sistem ini diberi nama Cinema EOS. Sama seperti kamera EOS yang lain, kamera di bawah sistem ini juga menggunakan cagak EF dengan beberapa model ditawarkan untuk cagak PL, cagak yang menjadi satu piawai dalam industri perfileman.
Kamera Cinema EOS yang pertama ialah C300, dijual pada tahun 2011.
Lihat Juga
sunting- Canon
- Canon PowerShot (kamera digital dari Canon)
Pautan Luar
sunting- Muzium kamera Canon (bahasa Inggeris) Diarkibkan 2005-12-06 di Wayback Machine