Bintang Lima
Bintang Lima merupakan album kelima kumpulan Dewa yang dikeluarkan pada tahun 2001. Dalam album ini, Dewa memperkenalkan 2 ahli baharu iaitu Once Mekel sebagai vokalis dan Tyo Nugros sebagai pemain dram. Kehadiran 2 ahli baharu ini memberi nafas baru kepada muzik Dewa. Album ini meledak di pasaran dan berjaya terjual lebih 1.8 juta unit. Album ini merupakan album paling sukses dalam kerjaya Dewa. Album ini mencatatkan beberapa lagu hits termasuk "Roman Picisan", "Dua Sejoli", "Risalah Hati", "Separuh Nafas", "Cemburu", "Lagu Cinta", "Cinta Adalah Misteri" dan "Sayap-Sayap Patah".
Bintang Lima | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 29 September 2001 | |||
Dirakamkan pada | 30 September 1999 - 29 September 2001 | |||
Genre | Rock | |||
Panjang | 41:26 | |||
Syarikat | Aquarius Musikindo | |||
Penerbit | Ahmad Dhani | |||
Kronologi Dewa | ||||
| ||||
Single daripada Bintang Lima | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Kalau ada band yang paling kontroversi di Indonesia ialah Dewa 19. Kontroversi ini berpunca daripada cara Ahmad Dhani mengendalikan band ini yang dianggap terlalu dominan dan cenderung autoritarian. Selepas memecat Wong Aksan (dram) dan mengeluarkan Ari Lasso (vokal), tiada berita mengenai Dewa 19 untuk mengeluarkan album baharu. Ramai berpendapat bahawa Dewa 19 sudah lenyap di industri muzik Indonesia. Sehingga pada tahun 2001, Dhani menghidupkan semula Dewa 19 dengan mengeluarkan album baharu bertajuk "Bintang Lima", Ahmad Dhani merekrut Once (vokal) dan Tyo Nugros sebagai (dram). Erwin Prasetya masih lagi menjadi pemain bass Dewa 19 walaupun dalam album ini Erwin tersenarai sebagai "pemuzik tambahan", kerana masih dalam peringkat pemulihan. Nombor 19 yang digunakan sebagai tanda dagangan selama ini telah dibuang dan nama "Dewa 19" ditukar kepada "Dewa" sahaja. Ramai yang meragui Dewa mampu bangkit semula dan mengulangi kejayaan seperti mana album "Pandawa Lima" (1997) yang terjual sebanyak 900 ribu unit. Namun, sebenarnya album ini secara perlahan berjaya terjual hingga mencecah angka 1.8 juta unit. Walaupun lirik lagu dan susunan muzik dalam album ini kedengaran agak rumit, sebenarnya hampir kesemua lagu dalam album ini telah menjadi hits. Bagi mereka yang gemar membaca sastera dan puisi ala Kahlil Gibran, mungkin tajuk-tajuk lagu dalam album ini sangat familiar. Sebut sahaja "Roman Picisan", "Dua Sejoli", "Cinta Adalah Misteri" dan "Sayap-Sayap Patah". Kehadiran album ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Dewa sebagai salah satu band paling berpengaruh di Indonesia. Album ini juga memenangi lima anugerah AMI Awards, termasuk kategori Kumpulan Terbaik dan Album Terbaik.
Daftar lagu
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Vokalis | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Mukadimah" | Dhani Ahmad | Instrumental | 0:50 | |
2. | "Roman Picisan" | Dhani Ahmad | Elfonda Mekel | 4:02 | |
3. | "Dua Sejoli" | Dhani Ahmad] | Elfonda Mekel | 5:24 | |
4. | "Risalah Hati" | Dhani Ahmad | Elfonda Mekel | 4:53 | |
5. | "Separuh Nafas" | Andra Ramadhan, Dhani Ahmad | Elfonda Mekel dan Dhani Ahmad | 5:01 | |
6. | "Cemburu" | Elfonda Mekel, Dhani Ahmad | Elfonda Mekel | 3:07 | |
7. | "Hidup Adalah Perjuangan" | Dhani Ahmad] | Elfonda Mekel | 3:27 | |
8. | "Lagu Cinta" | Dhani Ahmad | Elfonda Mekel | 4:27 | |
9. | "Cinta Adalah Misteri" | Andra Ramadhan, Dhani Ahmad | Elfonda Mekel | 5:07 | |
10. | "Sayap-Sayap Patah" | Dhani Ahmad | Dhani Ahmad dan Elfonda Mekel | 4:19 | |
11. | "1000 Bintang" | Dhani Ahmad | Instrumental | 0:54 | |
Pemuzik
sunting- Ahmad Dhani – keyboard, gitar & vokal
- Once Mekel – vokalis
- Tyo Nugros – drum
- Andra Ramadhan – gitar
Pemuzik Tambahan
sunting- Ari Lasso – suara latar bagi lagu "Roman Picisan" dan “Cinta Adalah Misteri”
- Erwin Prasetya – bass
- Bebi Romeo – vokal latar pada lagu "Roman Picisan"
- Yanni Libels (Trio Libels) – suara latar bagi lagu "Roman Picisan"
- Erwin Gutawa – string arrangement
- Sa'unine – Jokja Orchestra
- Reza Artamevia – suara latar bagi lagu "Roman Picisan" dan "1000 Bintang"
- Shanty – suara latar bagi lagu "Risalah Hati"
- Vika – suara latar
- Dade (BOP) – bass bagi lagu "Cinta Adalah Misteri"
- Kenny Jo – flute bagi lagu "Risalah Hati"
Trivia
sunting- Walaupun telah mengundurkan diri daripada Dewa, Ari Lasso pernah menjadi penyanyi latar bagi lagu lagu "Roman Picisan" dan "Cinta Adalah Misteri". Pada tahun 2012, Ari Lasso menyanyikan lagu "Cinta Adalah Misteri" dalam album The Best (2012).
- Erwin Prasetya terus memainkan bass dalam album ini, tetapi hanya sebagai "pemuzik tambahan". Selepas album ini dikeluarkan, Erwin menyertai semula Dewa sebagai ahli tetap.
- Beberapa lagu yang digunakan sebagai lagu tema sinetron dalam album ini ialah: "Hidup Adalah Perjuangan" (OST Sinetron "Jalan Keadilan" - MNC TV, 2006), "Roman Picisan " (OST Sinetron "Roman Picisan the Series" - RCTI, 2017) dan "Risalah Hati" (OST Sinetron "A Wife's Diary" - SCTV, 2021).