[go: up one dir, main page]

Beruk Tok Ayah (drama)

Beruk Tok Ayah merupakan drama (telefilem) arahan Shuhaimi Lua[1] yang mengisi slot Cerekarama TV3 pada 14 Jun 2014 (10:00 pm) sempena Hari Bapa. Drama ini turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Mohd Shafie Naswip, Intan Ladyana sebagai Junaidah, Azhan Rani (Jusoh) dan Keena Mentor (Lia).

Beruk Tok Ayah
GenreDrama
FormatTelevisyen
Ditulis olehMF Kencana (Skrip)
PengarahShuhaimi Lua
Negara asalMalaysia
Bahasabahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitMache Allstar United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalCerekarama, TV3
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal14 Jun 2014 13 Februari 2012 (2012-02-13) – 13 Mac 2012 (2012-03-13)

Rakaman drama Beruk Tok Ayah dilakukan di negeri Kelantan bagi menyesuaikannya dengan drama Beruk Tok Ayah yang bercirikan budaya, latar sosialnya, dan juga merupakan negeri tempat kelahiran pengarah itu.

Skrip drama Beruk Tok Ayah ini ditulis oleh MF Kencana, dan drama ini turut membariskan barisan pelakon hebat selain karya yang berkualiti. Menampilkan tiga pelakon utama iaitu Wan Hanafi Su yang melakonkan watak Tok Ayah, Zamarul Hisham (Hisham) dan Shafie Naswip (Syukor), Shuhaimi menggabungkan ketiga-tiga individu ini yang memegang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik.

Pelakon

sunting

Ringkasan

sunting

Drama Beruk Tok Ayah ini dianggap istimewa kerana memaparkan kebudayaan dan kesenian orang Pantai Timur dan merupakan drama terbitan Mache Allstar United Sdn Bhd. Drama ini turut menonjolkan permainan dikir barat dan Mak Yong selain keindahan alam negeri Kelantan itu sendiri. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk telefilem ini ialah Pantai Mek Mas, Kota Bharu dan Pantai Sri Tujuh. Pengambaran dijalankan selama seminggu di sana.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang tua yang dikenali sebagai Tok Ayah yang hidup keseorangan selepas kematian isteri dan cuma ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham namun anaknya itu jarang menziarahinya.

Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya. Hisham menganggap Comel menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar kereta api.

Di samping mengambil upah memetik kelapa, Tok Ayah juga ialah tokoh dikir barat. Dalam dunia dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh, seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahannya.

Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas dan berkahwin dengan Junaidah, bekas kekasihnya. Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor seorang pelajar universiti dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat mak yong merancang membuka sekolah melatih beruk untuk ayahnya.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting