[go: up one dir, main page]

Bahasa Tontemboan ialah bahasa Austronesia, dari Sulawesi Utara, Indonesia. Ia merupakan salah satu bahasa Minahasa, sub-kumpulan bahasa Filipina.[1]

Bahasa Tontemboan
Asli kepadaIndonesia
KawasanSulawesi Utara
Penutur bahasa
(150,000 setakat 1990)
Kod bahasa
ISO 639-3tnt
Glottologtont1239
Fail:Tonbible.jpg
Alkitab bahasa Tontemboan, oleh M. Adriani-Gunning dan J. Regar, diterbitkan pada tahun 1907 oleh Firma P. W. M. Trap, Leiden, Holland.

Nama dan loghat

sunting

Nama dan loghat lain ialah: Makela'i-Maotow, Makelai, Matana'i-Maore', Matanai, Pakewa, Kumawangkoan, Tompakewa, Tumompaso, Sonder.[2]

Penggunaan

sunting

Sehingga 2013, dianggarkan 100,000 orang bertutur bahasa Tontemboan, tetapi ia tidak diajarkan kepada kanak-kanak. Ia digunakan di kawasan Sonder, Kawangkoan, Tompaso, Langowan, Tumpaan, Suluun, Amurang, Kumelembuai, Motoling, Tompaso Baru, dan Modoinding.[3] Dokumentasi bahasa yang dihimpun oleh mubaligh seabad yang lalu kurang dapat dicapai oleh penutur Tontemboan, kerana ia ditulis dalam bahasa Belanda.[4]

Pada tahun 1907, Firma P. W. M. Trap, Leiden, Holland menerbitkan sebuah Alkitab dalam bahasa Tontemboan. Ia disunting oleh Maria Lamberta Adriani-Gunning dan Johannis Regar.

Melayu Tontemboan [5]
satu esa
dua rua
tiga tellu
empat epat
lima lima
enam musuh
tujuh pitu
lapan wallu
sembilan siou
sepuluh mapulu
utara monge
selatan meko
barat mako
timur mico
air rano
mandi lemele
makan kuman
kerja tamawoy
kebakaran api
telinga lunteng
sejuk utiŋ
besar wangkər
aku aku
engkau angko
tahu -taʔu
kata nuwu

Rujukan

sunting
  1. ^ Liao (2008)
  2. ^ OLAC resources in and about the Tontemboan language
  3. ^ Sneddon (1970)
  4. ^ "When New Yorker Rose Monintja speaks her native tongue, the memories flood back". The World. 2013-10-10. Dicapai pada 2013-10-16.
  5. ^ Sneddon (1970)

Sumber

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:Philippine languagesTemplat:Austronesian languages