[go: up one dir, main page]

Dr. Azahari Husin (14 September 1957 – 9 November 2005), juga dikenali sebagai Azahari Husin atau Azhari Husin atau Demolition Man, merupakan seorang jurutera Malaysia dan bekas pensyarah universiti yang dipercayai menjadi dalang teknikal di sebalik pengeboman konsulat Filipina di Jakarta, pengeboman Jakarta Stock Exchange, pengeboman Malam Krismas tahun 2000 di Indonesia, pengeboman di Bali tahun 2002, pengeboman di Makassar tahun 2002, pengeboman bas di Poso tahun 2004 dan pengeboman pasar Tentena tahun 2005. Ia merupakan buruan yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia.

Azahari Husin
Kelahiran(1957-09-14)14 September 1957
Meninggal dunia9 November 2005(2005-11-09) (umur 48)
PekerjaanPengebom dari pecahan Jemaah Islamiyah
Status jenayahMati (2005)
PasanganWan Noraini Jusoh
Hukuman jenayahTiada


Sejarah

sunting

1970-an Azahari Husin belajar di Adelaide, Australia ketika berumur 17 tahun.

Kemudian belajar di Adelaide University selama 4 tahun tapi gagal dalam kursus kejuruteraan sebelum belajar dan meneruskan kursus beliau di Britain.

1990 Dr Azahari Husin belajar di Reading University, Britain sehingga mendapat PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi pihak Universiti Reading menyatakan tesis Azahari Husin sebenarnya pengurusan tanah dan harga rumah di Malaysia pada 1980-an.

Dia dikenali juga sebagai Azar. Dr Peter Byme selalu tutor beliau menyatakan Azahari Husin seorang pendiam.

Di Britain, dia berhadapan dengan kesukaran kerana isterinya Noraini menderita sakit kanser kerongkong yang serius. Namun telah pulih tetapi tiada suara.

Menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau merupakan pemimpin Jemaah Islamiah. Dia ada menulis buku tentang 'multiple regression analysis' yang sangat profesional. Dalam kelas, beliau tidak bercakap pun tentang perjuangan agama.

1991 Azahari berkenalan dengan Abu Bakar Basyir dan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Skudai, Johor yang memimpin Jemaah Islamiah.

Dr Azahari terlibat dengan Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang dipelopori oleh Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar. Dr Azahari salah seorang lembaga pengarah sekolah tersebut. Pengarah sekolah itu ialah Noordin Mohamad Top, iaitu bekas pelajar Dr Azahari di UTM.

Beliau menulis manual cara-cara membuat bom untuk Jemaah Islamiah. Beliau terpanggil untuk jihad, menentang Kristian di Filipina dan Indonesia. Mereka bercita-cita mendirikan sistem pemerintahan Khalifah di Asia Tenggara.

1980-an dan 1990-an beliau pernah berjuang di Afghanistan dalam perang suci menentang penjajah Rusia. Beliau mendapat latihan perang gerila Mujahidin di Akademi Sadaa, berdekatan sempadan Afghanistan.

1999 Azahari Husin ke Mindanao, Filipina. Di sana beliau melatih penggunaan dan pembuatan senjata dan letupan.

Fathur Rahman Al Ghozi atau Mike the Bomber membina laman web tentang cara-cara membuat letupan. Fathur Rahman dapat lepaskan diri dari penjara Manila. Dr Azahari dan Fathur Rahman mendapat latihan di Kandahar, Afghanistan selama 2 bulan tentang cara -cara mebuat bom.

Dr Azahari Husin bersama Noordin menyertai Thoifah Muqotilah iaitu unit tentera dalam Jemaah Islamiah. Markas mereka di Poso, Sulawesi Tengah.

Azahari Husin gagal ditangkap kerana bergerak dari rumah ke rumah setiap hari.

Azahari Husin bekerjasama dengan Noordin Mohammad Top, Zulkarnaen dan pakar elektronik Dulmatin (Noval/Genius).

Dr Azahari Hussin merancang menggunakan 4 tan ammonium nitrate yang diisi dalam trak untuk serangan. Ammonium nitrate itu disorokkan di ladang pisang di Kluang, Johor. Kemudian mungkin dipindahkan ke Mojokerto, Jawa Timur pada bulan Julai.

Ketika serbuan di Pekanbaru, Semarang dan Jakarta, polis Indonesia menjumpai bahan TNT, detonator dan kaset. Beberapa jadual tugasan kerja terhadap gereja turut ditemui. Turut ditemui 25 potassium chlorate dan kepala pelancar roket. Suyonoa Yuda yang mendapat latihan di Afganistan turut ditahan.

Hotel JW Mariott 5 Ogos 2003

sunting

Hotel JW Mariott terletak di kawasan perniagaan Kuningan , Jakarta. Dr. Azahari menyediakan sebuah minivan Toyota putih yang dipandu oleh Asmar Latin Sani ( 28 tahun ) yang penuh dengan bahan letupan. Minivan tersebut berhenti di hadapan pagar besi hotel tersebut . Sementara Dr. Azahari menaiki motosikal dan berhenti di masjid berhampiran Hotel JW Mariott. Kemudian dia berhenti di Pasar raya Carrefour pada ketika letupan berlaku dan dia menjerit Allahuakbar. Tiada kemalangan maut dan 182 cedera parah dan ringan. Namun pejuang ekstrimis Noordin Mat Top berjaya lolos beberapa jam sebelum serbuan itu.

Beliau dikatakan turut terbabit dengan :

  • Serangan bom di Kedutaan Filipina, Jakarta 1 Ogos 2000.
  • Serangan bom di bangunan Bursa Efek Jakarta 14 September 2000.
  • Serangan bom di bangunan gereja Jakarta, Pekanbaru, Batam, dan Medan 24 Disember 2000.
  • Serangan bom di Plaza Atrium, Jakarta 2001.
  • Serangan bom di Gereja Santa Anna dan HKBP, Jakarta 2001.
  • Pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002 yang membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.
  • Serangan bom di restoran McDonald's, Makassar 2002.
  • Serangan bom di bas, Poso 2004.
  • Serangan bom di lapangan terbang Soekarno-Hatta, Cengkareng, Tangerang, Banten 2003.
  • Serangan bom di Kedutaan Australia di Jakarta dan membunuh 11 orang.
  • Serangan bom di bangunan pasar Tentena 2005.
  • Pengeboman Bali 2005.

Kematian

sunting

Pada sekian November 2009 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyian nya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula lapuran lain pula yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya. Namun pengesahan berkenaan serpihan tubuh dapat dikenalpasti sebagai Dr. Azahari dengan bantuan forensik Polis Diraja Malaysia yang diterbangkan khas ke Jakarta. Dalam insiden berkenaan, seorang anggota Detasemen 88 iaitu Konstabel Choiruddin turut cedera dalam serbuan tersebut.

Rujukan

sunting