[go: up one dir, main page]

Anugerah kebesaran tentera

Anugerah ketenteraan adalah satu kurniaan, biasanya sejenis pingat yang terdiri daripada reben dan medal yang diberikan kepada individu sebagai tanda penghormatan yang direka untuk menunjukkan kepewiraan, keberanian, keperibadian, pencapaian atau khidmat yang luar biasa.[1] Walaupun Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak menganggap semua kurniaan dan pingat ketenteraan sebagai "anugerah kebesaran", negara-negara lain cenderung merujuk kepada semua anugerah dan pingat ketenteraan sebagai "anugerah kebesaran".

Susunan Pingat di Muzium Foreign Legion Perancis

Anugerah kebesaran awam yang dikurniakan kepada anggota tentera tidak boleh dianggap sebagai bintang ketenteraan, walaupun sesetengah darjah kesatriaan mempunyai bahagian awam dan ketenteraan. Anugerah kebesaran yang diterima oleh anggota polis dan bomba kadangkala boleh dipertimbangkan bersama dengan anugerah ketenteraan, di mana mereka boleh di modelkan, walaupun ia sebenarnya bukan anugerah tentera.

Penggunaan kontemporari

sunting
 
Ketua Turus Tentera Darat A.S. Jeneral Mark A. Milley memakai beberapa anugerah ketenteraan

Anugerah kebesaran tentera hari ini termasuklah:

Di kebanyakan angkatan tentera NATO, hanya reben khidmat biasanya dipakai pada setiap hari (berbanding dengan medal sebenar).

Rujukan

sunting
  1. ^ DoD Manual 1348.33, 2010, Vol. 3