Anugerah Juara Lagu ke-30
Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2015. Acara ini bertemakan "Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL" bersempena dengan ulang tahun penganjuran acara ke-30 yang mencipta fenomena.[1] Seperti tahun lepas, acara tahun ini juga ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga dan Qu Puteh.
Anugerah Juara Lagu ke-30 | |
---|---|
Tarikh | 24 Januari 2016 |
Tempat | Stadium Melawati, Shah Alam |
Pengacara | AG Selamat dan Fara Fauzana |
Tempoh Tayangan | 3 jam |
Juara Lagu | "Potret" |
Lagu "Potret" nyanyian Akim & The Majistret (ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Karma Empayar) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-30 (hadiah RM50,000 + trofi).[2] Persembahan Terbaik juga milik Akim & The Majistret (hadiah RM12,000 + trofi) manakala lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok) dan "Hanya Namamu" (Edry Abdul Halim) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Dayang Nurfaizah sekali lagi menerima anugerah Vokal Terbaik bagi lagu "Tak Pernah Menyerah" dengan hadiah tunai bernilai RM12,000 beserta trofi untuk 2 tahun berturut turut
Separuh Akhir Muzik Muzik
suntingSetelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 30, acara Separuh Akhir Muzik Muzik 30 diadakan selama tiga pusingan (22 November,29 November dan 6 Disember 2015) bagi memilih 12 lagu yang layak ke AJL daripada 30 buah lagu yang telah terpilih.
Festival Anugerah Juara Lagu
suntingDua minggu sebelum malam anugerah, TV3 telah mengadakan Festival Anugerah Juara Lagu 30 pada 9 Januari 2016 yang bertempat di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka. Pelbagai aktiviti yang menarik serta jemputan artis kepada pengunjung dan pada sebelah malam pula akan berlangsungnya konsert kemuncak festival yang turut menampilkan penyanyi seperti Drama Band ,Noraniza Idris, Rahmad Mega, Kaka Azraff, Dayang Nurfaizah, Nash, dan Bunkface sebagai tanda penghargaan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan AJL yang lepas.[3]
Finalis
suntingUntuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-30, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 30.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-30:
Giliran | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | "Malam Ini Kita Punya" | Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam Baharom) | Kumpulan Bunkface | "Malam Ini Kita Punya" | Sony Music - Bunkface Productions | Finalis | |
2 | "Angin Kencang" | Muhammad Noh Salleh | Noh Salleh | "Angin Kencang" [4] | Sony Music - Noh Phrofile | ||
3 | "Assalamualaikum" | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Ezra Kong Mok Chuang Yew (Audi Mok) Mike Chan Faizal Tahir |
Faizal Tahir | ▷ [5] ; kemudian dimuatkan dalam "Anatomi" (2016) [6] |
Warner Music - Faithful Music | Naib Juara | |
4 | "Bukan Hal Aku" | Iman Ishak (The Good Fellas) | Iman Ishak (The Good Fellas) Alif Abdullah (Alyph) |
Kaka Azraff menampilkan Kumpulan Sleeq | ▷ [7] | Warner Music - Uprising Entertainment | Finalis |
5 | "Sampai Mati" | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Mok Chuang Yew (Audi Mok) |
Hazama Azmi | ▷ [8] | NOVA Muzik - Astro Entertainment | ||
6 | "Hanya NamaMu" | Edry Abdul Halim | Kumpulan Caliph Buskers | ▷ [9] | KRU Records - Music Unlimited | Ketiga | |
7 | "Knock Knock" | Faizal Tahir Mike Chan |
Faizal Tahir | Elizabeth Tan | ▷ [10] | Warner Music - Faithful Music | Finalis |
8 | "Biarkanlah" | Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin (Aepul Roza) Ammar Habir Daus SRK Faeez Halim |
Kumpulan Drama Band | ▷ [11] | Indigital Music | ||
9 | "Not For Sale" | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Mike Chan |
Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Mike Chan Ahmad Abdul Rahman (Altimet) |
Stacy Anam Altimet |
"#1" [12] | Warner Music - Astro Entertainment | |
10 | "Mana Mungkin" | Mohd Faizal Maas (Ajai) | Black Hanifah | ▷ [13] | Monkey Bone | ||
11 | "Potret" | Akim Ahmad (Hang Nadim) | Afham Zulhusmi Ahmad (Kamar Empayar) | Akim Ahmad dan Kumpulan The Majistret |
"Patriot" [14] | NOVA Muzik - Astro Entertainment | Juara Persembahan Terbaik |
12 | "Tak Pernah Menyerah" | Akid Fauzi | Fauzi Samad (Poji Samad) | Dayang Nurfaizah | ▷ [15]; kemudian dimuatkan dalam "Dayang Nurfaizah" (2017) [16] |
Indigital Music - DN&AD | Vokal Terbaik |
Pemenang
sunting- Juara Lagu - "Potret" - Akim & The Majistret (Hang Nadim / Kamar Empayar)
- Naib Juara Lagu - "Assalamualaikum" - Faizal Tahir (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok)
- Tempat Ketiga - "Hanya Namamu" - Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)
- Vokal Terbaik - "Tak Pernah Menyerah" - Dayang Nurfaizah (Akid / Poji Samad)
- Persembahan Terbaik - "Potret" - Akim & The Majistret (Hang Nadim / Karma Empayar)
- Anugerah Qu Diva AJL - "Cindai" - Siti Nurhaliza (Suhaimi Mohd Zain / Hairul Anuar Harun) (AJL 1998)
- Anugerah Khas AJL - Tan Sri Othman Merican & Datuk Ooi Eow Jin
- Anugerah Ikon AJL - Francesca Peter & Manan Ngah (Juara Lagu pertama), Kumpulan Search (Juara Lagu berkumpulan pertama), Siti Nurhaliza (Penyanyi yang banyak memenangi Juara Lagu), Suhaimi Mohd Zain & Hairul Anuar Harun (Pencipta lagu etnik kreatif yang banyak memenangi Juara Lagu), Mikael Adam Lozach (SonaOne) & Johan Ishak (Joe Flizzow) (Juara Lagu hip-hop pertama)
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2016-01-18.
- ^ Potret juara AJL-30[pautan mati kekal]
- ^ "'Pemanas' menjelang AJL30". Dicapai pada 2016-01-16.
- ^ https://www.discogs.com/Noh-Salleh-Angin-Kencang/release/6864402
- ^ https://music.apple.com/us/album/assalamualaikum/941319596?i=941319610
- ^ https://music.apple.com/us/album/anatomi-remastered/1164169860
- ^ https://music.apple.com/au/album/bukan-hal-aku-feat-sleeq-single/977906438
- ^ https://music.apple.com/au/album/sampai-mati/976495530?i=976495689
- ^ https://music.apple.com/au/album/hanya-namamu/979594963?i=979594964
- ^ https://music.apple.com/au/album/knock-knock-single/942533217
- ^ https://music.apple.com/au/album/biarkanlah-single/1031347821
- ^ https://music.apple.com/sg/album/1/890140603
- ^ https://music.apple.com/au/album/mana-mungkin/1395825268?i=1395825271
- ^ https://music.apple.com/my/album/patriot/1015285286?l=ms
- ^ https://music.apple.com/au/album/tak-pernah-menyerah-single/1031346865
- ^ https://www.discogs.com/Dayang-Nurfaizah-Dayang-Nurfaizah/release/10128176