[go: up one dir, main page]

Sir Alan William Parker CBE (14 Februari 1944 – 31 Julai 2020)[1] merupakan seorang pembuat filem Inggeris. Kerjaya awalnya, bermula pada akhir zaman remajanya, dihabiskan sebagai penulis iklan dan pengarah iklan televisyen. Selepas sekitar sepuluh tahun memfilemkan iklan, kebanyakannya memenangi anugerah for creativity, beliau mula menulis skrip lakon layar dan mengarah filem.

Sir

Alan Parker

Alan Parker, April 2008
Kelahiran
Alan William Parker

(1944-02-14)14 Februari 1944
Islington, London, England
Meninggal dunia31 Julai 2020(2020-07-31) (umur 76)
London, England
PendidikanDame Alice Owen's School
PekerjaanPembuat filem
Tahun aktif1971–2003
PasanganAnnie Inglis (k. 1966; c. 1992)
Lisa Moran
Anak-anak5, termasuk Nathan
Laman web rasmialanparker.com

Parker dikenali kerana menggunakan berbagai-bagai gaya membuat filem dan bekerja dalam genre yang berbeza. Beliau mengarahkan muzikal, termasuk Bugsy Malone (1976), Fame (1980), Pink Floyd – The Wall (1982), The Commitments (1991) dan Evita (1996); true-story dramas, including Midnight Express (1978), Mississippi Burning (1988), Come See the Paradise (1990) dan Angela's Ashes (1999); drama keluarga, termasuk Shoot the Moon (1982), dengan filem seram dan ngeri termasuk Angel Heart (1987) dan The Life of David Gale (2003).[2]

Filemnya memenangi 19 anugerah BAFTA, 10 Golden Globe dan enam Anugerah Akademi. Filemnya Birdy telah dipilih oleh Lembaga Ulasan Negara sebagai salah satu Sepuluh Filem Teratas tahun 1984, dan memenangi hadiah Grand Prix Spécial du Jury di Festival Filem Cannes 1985. Parker dilantik Komander Darjah Empayar British atas khidmatnya kepada industri filem British dan dianugerahkan darjah sateria pada tahun 2002. Beliau giat dalam kedua-dua pawagam British dan pawagam Amerika, bersama dengan menjadi ahli pengasas Persatuan Pengarah Great Britain dan memberi syarahan di pelbagai sekolah filem.

Pada tahun 2013, beliau menerima Anugerah Fellowship Akademi BAFTA, penghormatan tertinggi Akademi FIlem British yang boleh diberi kepada seseorang pembuat filem. Parker menderma arkib peribadinya kepada Arkib Negara Institut Filem British pada tahun 2015.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Parker, Sir Alan (William), (born 14 Feb. 1944), film director and writer; Chairman, Film Council, 1999–2004". Who's Who. 2007. doi:10.1093/ww/9780199540884.013.30049.
  2. ^ Alberge, Dalya (14 January 2017). "'Film-making lost its lustre': how Alan Parker found solace in art". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 31 July 2017.
  3. ^ "Sir Alan Parker donates personal archive to British Film Institute", Belfast Telegraph, 24 July 2015

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Nick Park
Fellowship Kehormat NFTS Diikuti oleh:
David Yates

Templat:Alan Parker