[go: up one dir, main page]

'Abu 'Uthman 'Amr ibn Bakr al-Basri Al-Jahiz (Arab: أبو عثمان عمرو بن بحر الكناني البصري) atau juga dikenali sebagai Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku Kitāb al-Ḥayawān ("Kitab Haiwan-Haiwan"). Abu 'Uthman 'Amr lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan kerajaan Abbasiyah Al-Mansur.

Al-Jahiz
الجاحظ
Gambaran beliau dalam manuskrip terjemahan Latin
Kelahiran781[1]
Meninggal dunia869[2][3]
EraAbad pertengahan
SekolahSains Islam, Mu'taziliyah
Kepentingan utama
sastera Arab
Idea cemerlang
Evolusi, evolusionisme, seleksi alam, pergelutan akan kelangsungan hidup
Dipengaruhi

Awal hidup

sunting

Beliau dalam suatu buku dikarangnya menyatakan diri lahir di Basrah pada 160 TH atau kira-kira 776 M dalam kalangan suku Banu Kinanah,[4][5] datuknya bekerja sebagai seorang penunggang unta atau pembawa barangan.[6] Al-Nadīm ada melaporkan bahawa al-Jāḥiẓ dinyatakan sebaya dengan Abu Nawas[n 1] serta lebih tua dari al-Jammāz.[n 2][7] Beliau sekeluarga menjual ikan yang dipancing dari terusan-terusan Basrah untuk menyara hidup.

Kerjaya penulisan

sunting

Al-Bayan wa at-Tabyin adalah salah satu karya al-Jahiz yang kemudiannya, di mana dia menulis tentang epiphanies, pidato retorik, pemimpin mazhab, dan putera raja.

Al Bukhala (Buku Para Bakhil) - "Para Bakhil" terdiri daripada himpunan cerita yang menyindir gaya hidup orang berharta yang tamak dan bakhil.

Kitab Tabassur bi al tijarah -

Al-Hayawan - Kitab ensiklopedia haiwan

Persaraan

sunting

Beliau pulang kembali ke Basrah setelah 50 tahun berkhidmat di Baghdad lagi-lagi dengan keadaan beliau yang semakin leumpuh separa badan.

Beliau meninggal pada bulan Muharram 255 H atau Disember 868 – Januari 869 M;[8] beliau dipercayai meninggal akibat kemalangan di mana suatu timbunan buku besar menghempap beliau di perpustakaan peribadinya.[9][10]

Pengkaryaan

sunting

Kitāb al-Ḥayawān (كتاب الحيوان, "Kitab Haiwan-Haiwan") dikaryakan beliau setelah diupah sebanyak 5,000 kepingan emas atau 5 dinar oleh Muḥammad ibn ‘Abd al-Mālik al-Zayyāt;[11] ia menghimpunkan catatan pemerhatian dan penggambaran sebanyak 350 ekor spesies haiwan yang diketahui.[12]

Beliau turut menceburi seni sastera berkias, salah satu penulisan terkenalnya iaitu Al-Bukhalā’ (البخلاء, "Para Bakhil") terdiri daripada sebilangan cerita yang menempelak gaya hidup orang berharta yang tamak secara bersindir.

  1. ^ Abū Nuwās al-Ḥasan ibn Hāni’ (d. 810), licentious poet and court companion of Hārūn al-Rashīd.
  2. ^ Al-Jammāz Muḥammad ibn ‘Amr, Abū ‘Abd Allāh (d. 868/869) a satirist and storyteller at the court of al-Mutawakkil.

Rujukan

sunting
  1. ^ Sherman Jackson/ﺷﻴﺮﻣﺎﻥ ﺟﺎﻛﺴﻮﻥ, Al-Jahiz on Translation/ ﺍﻟﺠﺎﺣﻆ ﻭﻓﻦ ﺍﻟﺗﺮﺟﻤﺔ, in "Alif: Journal of Comparative Poetics." Department of English and Comparative Literature, American University in Cairo Press: 1984, p.99
  2. ^ Mit-Ejmes
  3. ^ Joshua Finkel, A Risāla of Al-Jāḥiẓ, in "Journal of the American Oriental Society," 1927, p. 314
  4. ^ Al-Jahiz messages, Alwarraq edition, page 188; Yāqūt, Irshād al-arīb ilá ma`rifat al-adīb, ed. Iḥsān `Abbās, 7 vols (Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmī, 1993), 5:2102.
  5. ^ Chuo Kikuu cha Dar es Salaam. Chuo cha Uchunguzi wa Lugha ya Kiswahili (1974). Kiswahili. East African Swahili Committee. m/s. 16.; Yāqūt, Irshād al-arīb ilá ma`rifat al-adīb, ed. Iḥsān `Abbās, 7 vols (Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmī, 1993), 5:2102.
  6. ^ Al-Jubouri, I. M. N. (12 October 2010). Islamic Thought: From Mohammed to September 11, 2001. ISBN 9781453595855.
  7. ^ Nadīm (al-) 1970, m/s. 398.
  8. ^ al-Ṣūlī, Muḥammad ibn Yaḥyá (1998). Kniga listov. Sankt-Peterburg: T͡Sentr "Peterburgskoe vostokovedenie". m/s. 392.
  9. ^ Pellat, C. (1990). "Al-Jahiz". Dalam Ashtiany, Julia; Johnstone, T.M.; Latham, J.D.; Serjeat, R.B.; Rex Smith, G. (penyunting). Abbasid Belles Lettres. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 81. ISBN 9780521240161. Dicapai pada 10 January 2017. A late tradition clams that Jahiz...was smothered to death under an avalanche of books.
  10. ^ Kennedy, Hugh (2006). When Baghdad Ruled the Muslim World: The Rise and Fall of Islam's Greatest Dynasty. Cambridge, MA: Da Capo Press. m/s. 252. ISBN 978-0-306814808.
  11. ^ Nadīm (al-), Abū al-Faraj Muḥammad ibn Isḥāq Abū Ya’qūb al-Warrāq (1970). Dodge, Bayard (penyunting). The Fihrist of al-Nadim; a tenth-century survey of Muslim culture. ii. New York & London: Columbia University Press. m/s. 402–4.
  12. ^ Ehsan Masood (1 Mac 2009). "Islam's evolutionary legacy". The Guardian.

Pautan luar

sunting