Nabil Ahmad
Tuan Haji Ahmad Nabil Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.[2][3]
Nabil Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Nabil bin Ahmad 26 September 1983 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio, penyanyi, pengarah, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 2008–kini |
Majikan |
|
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Pasangan | Nazirah Ayub (k. 2011) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Rohaizah binti Abdul Latiff |
Bapa | Allahyarham Ahmad bin Ismail |
Anugerah | Bintang Paling Popular ABPBH 2008[1] |
Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (sejak 2014) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Kuman Productions dan kemudian menubuhkan KMN Production.[4]
Kehidupan awal
suntingNabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Beliau ialah anak ketiga daripada tujuh beradik, bapanya, Ahmad Ismail ialah seorang pemandu lori dan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff ialah seorang guru tadika bahasa Inggeris.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup dan membantu ibu bapanya. Antara kerja dilakukannya ialah penghantar surat dan barangan di Seremban, menjual nasi lemak di Mambau, bekerja kilang di Rasah dan bengkel di Kayu Ara. Sepanjang lima tahun bekerja sebagai penghantar surat, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM600.[5]
Nabil juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam sukan papan luncur yang berlangsung pada 2004 di Pulau Pinang.[6]
Kerjaya
suntingPelawak berdiri
suntingBeliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 untuk memulakan kerjaya hiburan dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi.[7] Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.[8] Zaidi Mohamad, menulis untuk Berita Harian berpendapat bahawa Nabil dianggap sebagai "generasi pelapis pelawak" dan menyifatkan kehadirannya diasarakan amat tepat ketika negara ketandusan pelawak berbakat.[9]
Televisyen
suntingSejak 2012, beliau bersama bekas pengacara bersama, Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, MeleTOP.[10][11] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[12] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[13][14]
Melengkapkan portfolio kerjaya seni beliau, Nabil menggalas peranan sebagai penerbit rancangan televisyen sitkom Bas Stop. Ia merupakan sebuah sitkom yang mengetengahkan isu semasa berkaitan kehidupan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Setiap episod membawa mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam suasana santai.[15][16][17]
Nabil telah dianugerahkan Hos/Penyampai Hiburan Terbak di Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 15 Oktober 2018.[18]
Nabil muncul dengan siri animasi pendek, Lu Pikir La, Nabil yang berdurasi selama 4 minit, memulakan siaran pada 14 Oktober 2021. Untuk siri ini, beliau mendapat inspirasi daripada filem 1990, Mat Gelap karya Imuda. Beliau dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Saya membesar dalam era 90-an dan ketika itu, banyak siri-siri animasi popular antaranya Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek. Saya yakin, ramai juga penonton di luar sana yang meminati siri-siri animasi berkenaan. Bagaimanapun, inspirasi utama saya adalah daripada filem lakonan Imuda berjudul Mat Gelap. Dalam filem itu, ada satu babak pendek memaparkan karakternya menjadi watak kartun. Dari situ, saya terfikir mungkin saya boleh terbitkan satu karya animasi mengenai diri saya dan mengimbau zaman kanak-kanak saya".[19]
Filem
suntingSelepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman.[20] Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[21] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[22]
Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[23][24]
Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[25][26]
Filem sulung arahannya, Mat Bond Malaya ditayangkan pada 20 Julai 2021. Nabil berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[27][28] Filem ini merupakan filem sulung lakonan bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, ia turut dibintangi oleh Elizabeth Tan, Azri Iskandar dan Riezman Khuzaimi.[29]
Muzik
suntingBeliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila secara rasmi melancarkan single dan muzik video lagu, "Pening" di saluran YouTube Mixology Music pada 23 Januari 2019.[30][31][32]
Perniagaan
suntingNabil melengkapkan portfolio kerjayanya dengan membina empayar perniagaan sebagai jaminan masa depan. Beliau bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, menubuhkan syarikat penerbitan KMN Production Sdn Bhd pada hujung 2018.[33]
Kehidupan peribadi
suntingNabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011[34][35] dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan—Nayla Mikayla (lahir 2012),[36] Leyla Medyna (lahir 2015)[37] dan Mishall Imani (lahir 2019).[38] Beliau sebelum ini dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki.[39]
Nabil sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan bekas pelakon, Irma Hasmie sekitar 2009.[40]
Bapanya, Ahmad Ismail, meninggal dunia pada 7 Oktober 2022 akibat komplikasi jantung pada usia 71 tahun di Hospital Serdang.[41]
Penerimaan umum
suntingJenama humor dan gaya komedi Nabil dilihat oleh masyarakat sebagai menghiburkan penonton di pentas rancangan realiti yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman dan mengalihkan perhatian penonton dengan jenaka spontan yang berada di sekeliling pentas.[42] Nabil menyifatkan bahawa "setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya".[43]
Kontroversi
suntingNabil turut berdepan dengan kritikan dan kontroversi sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. Semasa menjayakan Muzikal Lawak Superstar pada 12 Julai 2019, Nabil dikritik banyak pihak akibat tindakannya mencampakkan tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas. Perbuatan beliau telah mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa. Tok Cindai menyifatkan perbuatannya yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu. Nabil membuat permohonan maaf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dan tidak berniat untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.[44] Beliau turut dikritik kerana menjadikan penyanyi Alyah sebagai bahan jenaka di pentas konsert Gegar Vaganza musim ke-7. Beliau telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik beliau dan Ramli M. S.. Alyah dilaporkan berkata tidak pernah berkecil hati dengan sikap Nabil dan pengacara bersama, Jihan Muse. Tidak cukup dengan itu, Nabil juga telah menyindir Azwan Ali ketika Gegar Vaganza sedang berlangsung kerana sudah lama beliau tidak pegang mikrofon dan pegang 'selfie stick'. Sindiran tersebut telah mendapat kecaman lalu Azwan telah memaafkan Nabil Ahmad dan berharap dia tidak akan mengulanginya lagi.[45]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Sifu & Tongga | Tongga | Filem pertama |
Jin Notti | Pusher | ||
Momok The Movie | Jefri | ||
Pisau Cukur | Hos/Enrique | Penampilan khas | |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Nabil | |
Kecoh Betul | Aiman | ||
Magika | Orang Minyak | ||
2012 | Bujang Telajak | Nabil | |
Berani Punya Budak | Adik John | ||
Uncle Usin | Uncle Usin | ||
Cinta Beruang | Nabu | ||
Untuk Tiga Hari | Penampilan khas | ||
Shh...Dia Datang | Tidak ditayangkan | ||
Pontianak vs Orang Minyak | Ponti | ||
2015 | Romeo Kota | Detektif Fakhrul | |
2016 | Bo-Peng | Bo | |
2021 | Mat Bond Malaya | Nabil | Juga sebagai pengarah, penulis dan penerbit |
2023 | Syaitan Munafik | Pelanggan Warung | Penampilan khas |
Teater
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2012 | Lawak Ke Der? |
2013 | Lawak Ke Der? 2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak | Peserta | Astro Prima | |
2009 | Lu Pikirlah Sendiri Nabil | Pengacara | ||
Ewah-Ewah | TV3 | mengacara bersama Raja Azura | ||
Hartamania | TV9 | |||
Pondok-Pondok | ||||
Studio Nabil | ||||
2010 | Simpang 3 | Pelbagai | TV3 | |
2011 | Maharaja Lawak | Peserta Solo | Astro Warna | |
S.Y.O.K. | Pelbagai watak | TV1 | ||
2011–2012 | Oh Yeah! | Pelbagai | Astro Warna | |
2012 | Pentas Dikir | Pengacara | TV2 | |
Maharaja Lawak Mega 2012 | Kumpulan Boboi | Astro Warna | ||
Akademi Spontan | Harry | mengacara bersama Afdlin Shauki | ||
2012–kini | MeleTOP | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa (2012-2019) & Hawa Rizwana (2022-kini) |
2013 | Siti Ohsem | Astro Prima | mengacara bersama Dato' Seri Siti Nurhaliza | |
Super Spontan 2013 | Peserta | Astro Warna | Kumpulan Ketam Konfius | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Peserta Solo | |||
Anugerah Industri Muzik ke-20 | Pengacara | Astro Ria | ||
2013–kini | Ceria Popstar | Astro Ceria | ||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa & Dato' AC Mizal | |
Anugerah Planet Muzik 2014 | ||||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Peserta Solo | Astro Warna | ||
2014–kini | Gegar Vaganza | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Jihan Muse (2014-2021, 2023-kini) & Elly Mazlein (2022-2023) |
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | mengacara bersama Neelofa, Johan, Dato' AC Mizal & Zizan Razak | ||
Ini Malam Kita Punya | Astro Warna | |||
Sembang Pacak | mengacara bersama Angah Iskandarsah | |||
Festival Filem Malaysia ke-27 | Astro Ria | mengacara bersama Sherry Alhadad | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | mengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Dato' AC Mizal | ||
Festival Filem Malaysia ke-28 | mengacara bersama Sherry Alhadad | |||
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | |||
Padan Muka! | Astro Warna | |||
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Astro Ria | mengacara bersama Neelofa, Jihan Muse & Sherry Alhadad | |
Jom Berbuka | Dirinya sendiri | TV3 | bersama isterinya | |
Arena Panggang | Astro Warna | |||
2019 | Muzik Muzik 34 | Artis Jemputan | TV3 | |
Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Adibah Noor | |
Anugerah MeleTOP Era 2019 | mengacara bersama Neelofa & Jihan Muse | |||
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | mengacara bersama Jihan Muse & Zizan Razak | ||
2021 | Raja Lawak Junior | Juri | Astro Warna | Juri bersama Jihan Muse & Adibah Noor |
2022 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Pengacara | Astro Ria | mengacara bersama Jihan Muse & Sherry Alhadad |
2023 | Yang Paling Padu | mengacara bersama Elly Mazlein | ||
Family Feud Malaysia | ||||
From KL to PL | mengacara bersama Douglas Lim, Intan Serah & Nafis Abdullah | |||
2024 | The Hardest Singing Show | mengacara bersama Rina Nose |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Sonata Labu Labi | Labu | Astro Prima | Telefilem pertama |
Kuih Goyang Seha | Shafiq | TV3 | ||
2012 | Asmara Pontianak K-POP | Ejal | ||
2013 | Kain, Jarum & Gunting | Fauzi | Astro Warna | |
2014 | Nangnok | Ali | Astro Ria | |
Strawberry Karipap Sesat Kat Paris | Uncle Faris | Astro First Eksklusif | ||
2015 | Bila Kau Datang | Arman | Astro Ria | |
2018 | The Hantus | — | Astro First Eksklusif | Juga sebagai pengarah |
2019 | “Dato” S | — | ||
Gostan | — |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Nabil & Co. | Nabil | TV9 | Drama pertama |
Sonata Labu Labi The Series | Labu | Astro Warna | ||
2010 | Kuih Goyang Shafiq | Shafiq | TV3 | |
2011 | You Saka... Pergi Jauh-Jauh | Adrus | ||
2012 | Oh My English! (musim pertama) | Abang Nabil | Astro TVIQ | Episod: "Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!" |
2013 | Geng Bas Sekolah | Astro Ceria | Pelakon undangan | |
Mak Lang, Datang Kompang Bergendang | Fitri | TV3 | ||
Rumah Kedai | Roslan | |||
Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti | Shafiq | |||
2014 | Cakap Melayulah | Daud | Astro Warna | |
2017 | Bas Stop | Juga sebagai penerbit | ||
2023 | One Million Dollar Voice | Nabil | Astro Ria | Penampilan khas |
Animasi
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021–kini | Lu Pikir La, Nabil | Nabil (suara) | Astro Ceria |
Radiografi
suntingRadio
suntingTahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
5 Januari – 29 November 2012 | Breakfast@Suria | Suria |
Februari 2013 – kini | Carta Era 40, Era D'Boyz, Rancak Sabtu Era & 3 Pagi Era | Era |
Diskografi
sunting- Lagu Untuk Bos
- Dulu Aku Jutawan
- Papa Kedana
- Ok Lah ! (Nabil ft Tegar)
- Anugerah MeleTOP Era
- Lagu-lagu yang dinyanyikan pada Gegar Vaganza
- Pening
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak Musim 2 | Juara | Nabil Ahmad | Menang |
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 | Bintang Paling Popular | Menang | |
Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |||
Artis Baru Lelaki Popular | Menang | |||
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 | Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |
Pengacara TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Festival Filem Malaysia ke-22 | Pelakon Harapan Lelaki | Nabil Ahmad (Sifu & Tongga) | Tercalon | |
2011 | Maharaja Lawak | Tempat Ketiga | Nabil Ahmad | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Artis Komedi Lelaki Popular | Tercalon | ||
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Tercalon | ||
Maharaja Lawak Mega 2012 | Tempat ke-4 | Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik) | Menang | |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Artis Komedi Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Tercalon |
Penyampai Radio Lelaki Popular | Nabil Ahmad (Era FM) | Tercalon | ||
Super Spontan 2013 | Tempat ketiga | Nabil Ahmad | Menang | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Tempat kelima | Menang | ||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Menang |
Penyampai Radio Baru MeleTOP | Nabil Ahmad (Era FM) | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Pengacara TV Lelaki Popular | Nabil Ahmad | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Tercalon | ||
Maharaja Lawak Mega 2014 | Tempat ke-3 | Menang | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Pengacara TV MeleTOP | Nabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era) | Tercalon |
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Tercalon | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015) | Tercalon |
Couple MeleTOP | Nabil Ahmad & Zira Ayub | Tercalon | ||
Fesyen MeleTOP | Nabil Ahmad | Tercalon | ||
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016) | Tercalon |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Hos MeleTOP | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pengacara TV Popular | — | Tercalon | |
Artis Versatil Popular | — | Tercalon | ||
Asian Academy Creative Awards | Pengacara Hiburan Terbaik | Nabil Ahmad (Gegar Vaganza) | Menang | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Pengacara TV Popular | Nabil Ahmad | Tercalon |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "Nabil Bintang Paling Popular ABPBH 2008". Berita Harian. 12 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-15. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Haji Nabil bukan ustaz Diarkibkan 2018-04-07 di Wayback Machine Kosmo! (7 Oktober 2015). Diperoleh pada 7 Oktober 2015.
- ^ Metra Syahril Mohamed (7 Oktober 2008). ""Saya bukan tamak" - Nabil". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-22. Dicapai pada 2021-08-04.
- ^ Tahir Alhamzah (4 Oktober 2018). #Showbiz: Nabil Ahmad to quit showbiz? New Straits Times. Dicapai pada 16 Disember 2018.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
- ^ "Jiwa 'ganas' Nabil". Utusan Malaysia. 28 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-31. Dicapai pada 4 Ogos 2015.
- ^ "Populariti Nabil tak jejas Cham, XN3". Utusan Malaysia. 13 Mac 2008. Dicapai pada 8 Ogos 2010.
- ^ "Nabil juara Raja Lawak". Utusan Malaysia. 15 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-11. Dicapai pada 8 Ogos 2010.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Mac 2008). "Tunggu jenaka spontan Raja Lawak". Berita Harian. Dicapai pada 8 Ogos 2010.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (22 Mei 2018). "Tak 'meletup' kalau tinggalkan MeleTOP!". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2018.
- ^ Dennis Chua (22 Mei 2018). "#Showbiz: Leave MeleTop? No way, says host Nabil Ahmad". New Straits Times. Dicapai pada 6 Disember 2018.
- ^ "Nabil Ahmad is the new host of HBO Sentral". The Star Online. 8 April 2015. Dicapai pada 8 Disember 2015.
- ^ Nor Akmar Samudin (12 April 2015). "HBO Sentral: Nabil ganti Lisa". Harian Metro. Dicapai pada 8 Disember 2015.
- ^ "HBO Sentral banyak mengubah diri saya - Nabil Ahmad". Astro Awani. 20 April 2017. Dicapai pada 8 Disember 2017.
- ^ Kamaruddin Razal (29 Mei 2017). Nabil Ahmad jadi penerbit, muncul dengan sitkom sendiri Astro Gempak. Dicapai pada 18 Januari 2018.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (21 Mei 2017). Nabil Ahmad bawa bas masuk studio mStar Online. Dicapai pada 18 Januari 2018.
- ^ Nabil Ahmad pertaruhkan Bas Stop! kembalikan era kegemilangan sitkom Utusan Borneo (31 Mei 2017). Dicapai pada 18 Januari 2018.
- ^ Nabil awarded ‘best host in Asia’ The Star Online (20 Oktober 2018). Dicapai pada 11 Disember 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 November 2021). "Imuda jadi sumber inspirasi". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2021.
- ^ Metra Syahril Mohamed (14 Oktober 2008). "Kisah hidup Nabil diifilemkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-14. Dicapai pada 8 Ogos 2010.
- ^ Haswari Ali (3 Feb 2010). "Nabil Kecewa Dengan Filem Pertamanya". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 31 Mac 2010.
- ^ Thani Hasbullah (3 Mac 2010). "Nabil Hadapi Tuntutan Saman RM2 Juta". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 31 Mac 2010.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Disember 2016). Filem terakhir Nabil Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Bo-Peng filem terakhir Nabil Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Agenda Daily (12 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Zaidi Che (20 Jun 2018). The Hantus - filem komedi seram pertama arahan Nabil Ahmad Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Michelle Gun (12 Jun 2018). Sisi berbeza makhluk halus Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ "'Mat Bond Malaya' taruhan sulung Nabil". Syok.my. 21 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
- ^ "Mat Bond Malaya, debaran Nabil Ahmad menanti tayangan filem pertama". Astro Awani. 18 Julai 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
- ^ Haryani Ismail (23 Julai 2021). "Sedia terhibur dengan Mat Bond Malaya". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 1 Ogos 2021.
- ^ Nabil dah bergelar penyanyi Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Mac 2019). ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala mStar Online. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (5 Februari 2019). 'Kutuk-kutuk pun tengok juga' Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ Ramlah Zainal (15 Jun 2019). Bina empayar niaga - Nabil Ahmad Harian Metro. Dicapai pada 15 Jun 2019.
- ^ Nabil Raja Lawak sah bergelar suami kepada Nazirah mSTAR Online (30 September 2011). Dicapai pada 18 Ogos 2013.
- ^ Aida Rismariza Kamaruddin (4 Oktober 2011). "Nabil belajar jadi suami". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 4 Ogos 2015.
- ^ Nabil namakan anak perempuannya Naira Mikayla Perak Today (1 Disember 2012). Dicapai pada 20 Ogos 2013.
- ^ Nabil Ahmad selesai majlis aqiqah Leyla Medyna Rotikaya (17 Mei 2015). Dicapai pada 20 Ogos 2015.
- ^ Nabil Ahmad timang cahaya mata perempuan ketiga Sinar Harian (25 April 2019). Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Najiy Jefri (11 September 2018). Nabil harap anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Oktober 2022). "'Tak tahu arwah ada masalah jantung' - Nabil Ahmad". Harian Metro. Dicapai pada 9 Oktober 2022.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (1 Disember 2019). Tidak mudah nak jentik hati Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Februari 2020). ‘Setiap tindakan ada kesannya’: Nabil Ahmad Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
- ^ Saya amat malu dengan perbuatan saya - Nabil mohon maaf Astro Awani (14 Julai 2019). Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ Azizi Rahman (11 November 2019). Jadikan Alyah bahan usikan di pentas GV, Nabil Ahmad mohon maaf secara 'live' Oh Bulan. Dicapai pada 10 Ogos 2020.