[go: up one dir, main page]

Ahmad Marbawi atau nama sebenarnya Ahmad Merbawi Yaman Husin (16 November 1938 – 28 Ogos 2004) meninggalkan sejarah yang tidak mungkin terpadam dalam sejarah seni. Memang seniman yang mempunyai lima cahaya mata ini tidak pernah mendapat gelaran terhebat, namun beliau memberi warna kepada dunia seni dengan semangat juang yang tinggi. Perjuangannya bukan sekadar dalam bidang seni malah aktif dalam politik sehingga pernah menjadi wakil peribadi kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Dr. Suleiman Mohamed bagi Zon Datuk Keramat.

Ahmad Marbawi
Kelahiran
Ahmad Merbawi bin Yaman Husin

(1938-11-16)16 November 1938
Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Meninggal dunia28 Ogos 2004(2004-08-28) (umur 65)
PasanganJaharah Sohor
Anak-anak5

Peribadi

sunting

Seniman kelahiran Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak ini meninggalkan kenangan indah perkahwinan dengan isteri tercinta, Jaharah Sohor. Begitu juga kasih sayang terhadap putera puterinya Marliza, Marina, Marhaida, Marwizam dan Allahyarham Mohd Hussein.

Lakonan

sunting

Bekas tentera British di Singapura pada 1955 hingga 1957 ini mula aktif dalam dunia drama dan filem pada tahun 1964 selepas menjadi buruh di Majlis Bandaran Ipoh dan guru sementara pada pertengahan 50-an. Allahyarham pernah muncul dalam beberapa filem termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1983), Dendam Dari Pusara (1983), Cikgu Sayang (1983), Ke Medan Jaya (1983), Puteri (1987), Memori (1991), Badai Mantera (1996) dan Raja Melewar (1998).

Drama yang menampilkan beliau sebagai pelakon termasuklah Tok Perak, Salem dan Afsan, Tangan, Kaduk, Wali dan Tonel Badut, Raja Laksamana Bentan dan Niat Si Ayah.

Politik

sunting

Di dalam politik Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan sejak 1974 termasuklah setiausaha, cawangan (10 tahun) dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Titiwangsa dan Ketua UMNO Cawangan Pasar Datuk Keramat. Pada 1990-1991 pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Titiwangsa dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Titiwangsa (1993).

Seniman ini juga aktif dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pernah menjadi penolong setiausaha (1993). Allahyarham dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1993 dan PPM pada 1967.