[go: up one dir, main page]

Akupunktur ialah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.

Rajah akupunktur dari zaman Dinasti Ming

Sejarah

sunting

Zaman purba

sunting

Tarikh tepat akupuntur mula digunakan di China dan bagaimana ia berkembang tidak diketahui dengan jelas. Satu teori menyatakan bahawa sebahagian askar yang cedera dalam pertempuran akibat terkena anak panah dipercayai telah sembuh dari penderitaan penyakit kronik yang pada dahulunya tidak dirawat,[1] dan terdapat pelbagai versi mengenai pandangan ini.[2] Batu yang ditajamakan dan dikenali sebagai Bian shi telah ditemui di China yang mencadangkan amalan tersebut mungkin bertarikh zaman Neolitik[3] atau lebih awal lagi pada Zaman Batu.[4] Hieroglif dan piktograf yang telah dijumpai bertarikh dari zaman Dinasti Shang (1600~1100SM) menyarankan bahawa akupuntur telah diamalkan beserta moksibusti.[5] Turut dinyatakan bahawa akupuntur berasal dari pembekaman[6] atau perdukunan.[7]

 
Jarum-jarum akupunktur

Satu set empat jarum emas telah dijumpai dari makam Putera Jing dari Zhongshan, bertarikh sejak Dinasti Han Barat (206 B.C.E.–9 C.E.). Tiga jenis jarum berlainan digambarkan, setiap satu memiliki fungsinya yang khusus. Satu ukiran dari makam Han Timur di wilayah Shandong menunjukkan makhluk dengan kepala manusia dan tangan dan badan burung melakukan akupuntur pada pesakit yang berlutut.[8]

Kajian keberkesanan

sunting

Pada 2003, rawatan akupunktur sepertimana yang diluluskan oleh WHO bagus untuk merawat:[9]

Sebarang kesakitan urat saraf, migrain, strok, Palsi Bell, lumpuh, kanser, kesan kemalangan, sakit pinggang atau lumbago, cakera teranjak, sakit lutut dikalangan orang tua, gastrik, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan dll.

Akupunktur juga elok untuk kecerdasan minda, kecantikan dll

Akupunktur di Malaysia

sunting

Perubatan akupunktur di Malaysia masih baru dan sedang dalam peringkat pengenalan. Akupunktur diamalkan oleh orang Cina Malaysia dan sekarang baru diamalkan oleh lapisan masyarakat lain termasuk Melayu, India dan lain-lain.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Tiran, D (2000). Complementary therapies for pregnancy and childbirth. Elsevier Health Sciences. m/s. 79. ISBN 0-7020-2328-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ e.g. White, A (1999). Acupuncture: a scientific appraisal. Elsevier Health Sciences. m/s. 1. ISBN 0-7506-4163-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Chiu, M (1993). Chinese acupuncture and moxibustion. Elsevier Health Sciences. m/s. 2. ISBN 0-443-04223-3.
  4. ^ Ma, K.-W. (1992). "The roots and development of Chinese acupuncture: from prehistory to early 20th century" (PDF). Acupuncture in Medicine. 10: 92–9. doi:10.1136/aim.10.Suppl.92.
  5. ^ Robson, T (2004). An Introduction to Complementary Medicine. Allen & Unwin. m/s. 90. ISBN 1-74114-054-4.
  6. ^ PMID 6998524 (PubMed)
    Petikan akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Lompat baris gilir atau kembangkan sendiri
  7. ^ Prioreschi, P (2004). A history of Medicine, Volume 2. Horatius Press. m/s. 147–8. ISBN 1-888456-01-9.
  8. ^ [Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)]
  9. ^ Zhang, X (2003). "Acupuncture: Review and Analysis of Reports on Controlled Clinical Trials". World Health Organization.

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting