[go: up one dir, main page]

Abu Bakar Ba'asyir (dilahirkan pada Ogos 1938) adalah seorang ustaz Arab yang berasal dari Indonesia. Dia adalah ketua agama Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba'asyir memiliki hubungan dengan JI atau pengganas.

Abu Bakar Ba'asyir.

Ba'asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang penubuh Pondok Pesantren Islam Al Mu'min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.

Pada 3 Mac 2005, Ba'asyir telah disabitkan kesalahan di atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan berkaitan dengan bom 2003.

Pada 17 Ogos 2005, masa tahanan Ba'asyir dikurangkan kepada empat bulan dan 15 hari sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Pengenalan

sunting
 
Gambar Abu Bakar semasa perbicaraan pengeboman di [Pulau Bali: sumber http://www.abc.net.au/

'Abu Bakar Basyir adalah perancang siri pengeboman di Republik Indonesia dan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau. Beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang Jemaah Islamiah.

Nama lainnya ialah Abu Bakar Ba'asyir, Abubakar Bashir dan Abdus Somad. Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1938 di di Jombang, Indonesia.

Pendidikan

sunting

Kerjaya

sunting

Beliau merupakan seorang ustaz, guru agama yang mempunyai kemahiran dan kepimpinan spiritual.

  • Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ramai warga Islam Indonesia memandang Pancasila sebagai bertentangan dengan prinsip agama Islam. Setelah rayuan, hukuman itu diringankan menjadi 15 tahun sahaja dan dikenakan tahanan dalam rumah sahaja.
  • 1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.

Aktiviti tersembunyi Abu Bakar terdedah melalui:

Ajarannya

sunting
  • 1985-1999, Ustaz Basyir di Singapura dan Malaysia mengajar agama berdasarkan Al Quran dan Hadits sebulan sekali sahaja.
  • menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ada ulama Indonesia memandang Pancasila tidak menepati prinsip agama Islam.
  • Tunduk hormat kepada bendera satu perbuatan syirik. Ia jelas sebahagian gerakan Hispran (Haji Ismail Pranoto)--salah satu tokoh Darul Islam/Tentara Islam Indonesia Jawa Tengah.
  • menegakkan Syariah Islam di Indonesia.
  • menyeru perjuangan jihad di Filipina dan Afghanistan.

Tangkap

sunting
  • Jun 2002 Umar Al-Faruq , 31 tahun ditangkap di Bogor dan disiasat di pangkalan udara di Bagram, Afganistan yang dijajah tentera Amerika Syarikat . Umar al Faruq mengaku :
    • sebagai operator Al-Qaeda di Asia Tenggara
    • pernah berhubung dengan Abu Bakar Basyir .
    • Abu Bakar Basyir adalah pemimpin spiritual kumpulan Jemaah Islamiah yang bercita-cita membentuk negara Islam di Asia Tenggara.
    • Abu Bakar Basyir membekal dan membiayai gerakan Umar Al-Faruq.
    • Abu Bakar Basyir adalah orang belakang [serangan bom Masjid Istiqlal]] tahun 1999.
    • mengaku sebagai perancang rangkaian serangan bom, 24 Desember 2000.


  • 1 Oktober 2002, Abu Bakar Ba'asyir menuduh majalah TIME mencemarkan nama baiknya dan menafikan mengenali Umar Al-Faruq.
  • 11 Oktober 2002 Abu Bakar Basyir meminta polis Indonesia membawa Omar Al-Faruq ke Indonesia untuk disiasat dan didakwa atas pengakuan Umar itu yang terlibat dengan Al-Qaeda.
  • 14 Oktober 2002 semasa di Pondok Al-Islam, Solo, Abu Bakar Basyir menuduh Amerika di sebalik pengeboman Bali 2002 sebagai bukti Indonesia sebagai sarang teroris.
  • 14 April 2003 Abu Bakar dikenakan tuduhan oleh mahkamah Indonesia.
  • 15 Oktober 2004 ditahan oleh polis Indonesia kerana tuduhan berkaitan serangan bom di Hotel JW Marriott di Jakarta pada 5 Ogos 2003. 14 orang terbunuh.
  • 3 Mac 2005, Abu Bakar Basyir dihukum bersalah atas konspirasi serangan pengeboman Bali 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan terkait dengan pengeboman JW Marriott 2003. Dia dijatuhi hukuman 2 tahun penjara.
  • 17 Ogos 2005, hukuman penjara Abu Bakar Basyir dikurangi 4 bulan dan 15 hari sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia.

Ditahan semula

sunting

Pada 9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat. Ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai menyatakan Abu Bakat terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh. Mereka merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jema'ah Ansharut Tauhid (JAT). .[1]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting