Abad ke-14 SM
abad
Abad ke-14 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1400 SM hingga 31 Disember 1301 SM.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 1397 SM - Pandion I, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 40 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Erechtheus II dari Athens.
- 1385 SM - Firaun Amenhotep III dari Mesir berkahwin dengan Tiy, Permaisuri Besarnya.
- 1380 SM - Firaun Amenhotep II mengaitkan Sungai Nile dan Laut Merah dengan sebatang terusan.
- 1347 SM - Raja dongeng Erechtheus II dilaporkan dibunuh oleh kilat selepas pemerintahan selama 50 tahun, dan diwarisi oleh adik lelakinya, Cecrops II.
- 1346 SM - Firaun Amenhotep IV dari Mesir memulakan Kultus Aten dan memulakan pembinaan Amarna yang bertujuan untuk dijadikan ibu kotanya yang baru.
- 1345 SM - Firaun Amenhotep IV dari Mesir menamai diri sebagai Akhenaton.
- 1344 SM - 1322 SM: Permulaan Empayar Hittite.
- 1336 SM - Firaun Akhenaton dari Mesir memilih Smenkhkare sebagai pemerintah bersama.
- 1334 SM/1333 SM - Tutankhaten menjadi Firaun Mesir dan berkahwin dengan Ankhesenpaaten, anak perempuan dan isteri pendahulunya, Akhenaton.
- 1331 SM - Firaun Tutankhaten dari Mesir menamai diri sebagai Tutankhamun dan meninggalkan Amarna selepas pemulangan ibu kota itu kepada Thebes.
- 1320 SM - Mesir: Keakhiran Dinasti Kelapan Belas, dan permulaan Dinasti Kesembilan Belas.
- 1310s SM - Bhagavad Gita ditulis, menurut sesetengah tradisi Hindu.
- 1300-an SM - Cecrops II, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 40 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pandion II. Pandion II kemudian dibuang dari Athens oleh anak-anak lelaki saudara kandung (atau kemungkinannya anak saudara) Cecrops II, Metion, supaya Metion dapat naik takhta. Pandion II melarikan diri ke Megara dan di sana, berkahwin dengan puteri negara itu dan akhirnya mewarisi takhta. Selepas kemangkatannya, anak-anak lelaki Pandion II kembali ke Athens dan mengusir anak-anak lelaki Metion.
- 1307 SM - Adad-nirari I menjadi raja Assyria.
- 1303 SM - Seti I menjadi Firaun Mesir.
- 1300 SM - Menurut sesetengah kronologi, Moses mengetuai orang-orang Ibrani dari Mesir ke tanah Israel, walaupun tidak terdapat banyak bukti yang menyokong tarikh ini.
- 1300 SM - Pangeng memindahkan ibu kota Dinasti Shang ke Yin.
- k.k. 1300 SM - Kebangkitan kebudayaan Urnfield.
Tokoh-tokoh
sunting- 1398 SM - Kelahiran Tiy kepada Yuya, orang bangsawan Mesir, dan isternya, Tjuyu. Tiy kemudian menjadi Permaisuri Besar kepada Firaun Amenhotep III dari Mesir serta matriark keluarga Amarna (tarikh anggaran).
- 1391 SM - Firaun Amenhotep III memulakan pemerintahannya.
- 1368 SM - Kemangkatan Erichthonius, raja mitos Dardania.
- 1366 SM - Kelahiran Puteri Tadukhipa kepada Tusratta, raja Mitanni dan isterinya, Permaisuri Juni. Beliau kemudian berkahwin dengan Amenhotep III dan selepas kemangkatan suaminya, mengahwini Amenhotep IV Akhenaton, anak lelaki dan pewaris suaminya.
- 1365 SM - Ashur-uballit I naik takhta Assyria.
- 1362 SM - Kelahiran bakal Firaun Amenhotep IV Akhenaton kepada Amenhotep III dan permaisurinya, Tiy.
- 1350 SM - Firaun Amenhotep IV Akhenaton naik takhta Mesir.
- 1341 SM/ 1340 SM - Kelahiran Tutankhaten yang kemudian menjadi Firaun Mesir dengan nama Tutankhamun (tarikh anggaran).
- 1338 SM - Permaisuri Tiy dari Mesir, Permaisuri Besar Amenhotep III dan Matriark keluarga Amarna, hilang daripada rekod sejarah. Dianggap mangkat.
- 1337 SM - Permaisuri Nefertiti dari Mesir hilang daripada rekod sejarah. Dianggap mangkat.
- 1334 SM/1333 SM - Kemangkatan Smenkhkare, Firaun Mesir serta pemerintah bersama dengan Akhenaton.
- 1334 SM/1333 SM - Kemangkatan Akhenaton, Firaun Mesir.
- 1323 SM - Kemangkatan Firaun Tutankhamun dari Mesir.
- 1320 SM - Kelahiran bakal Firaun Ramses II dari Mesir (tarikh anggaran).
- 1310-an SM - Shalmaneser I mewarisi bapanya sebagai raja Assyria.
- 1300-an SM - Seti I dari Mesir
- 1300-an SM - Pangeng dari China
- Suppiliulima, raja masyarakat Hittite
- Moses