Acara pelbagai sukan
Acara pelbagai sukan merupakan acara sukan yang menampilkan pertandingan dalam pelbagai jenis sukan. Acara pelbagai sukan lazimnya dianjurkan dalam beberapa hari dan disertai oleh atlet-atlet daripada negara bangsa atau kawasan masing-masing. Acara pelbagai sukan pertama yang bersifat antarabangsa ialah Sukan Olimpik, yang pertama kali diadakan pada tahun 1896 di Athens, Yunani. Kini, kebanyakan acara pelbagai sukan mempunyai struktur asas yang sama. Acara pelbagai sukan biasanya diadakan selama beberapa hari di sekitar "bandar tuan rumah" yang berubah bagi setiap temasya. Negara-negara akan menghantar pasukan kebangsaan mereka untuk bertanding dalam pelbagai jenis pertandingan sukan. Atlet atau pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga akan dianugerahkan pingat emas, perak atau gangsa. Lazimnya, acara pelbagai sukan diadakan pada setiap empat tahun, namun ada juga acara yang diadakan pada setiap tahunan.
Senarai acara pelbagai sukan
suntingAcara antarabangsa
sunting- Sukan Olimpik, yang pertama kali diadakan pada tahun 1896 di Athens, Yunani. Sukan Olimpik kini diurus oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.[1]
- Sukan Olimpik Belia, yang pertama kali diadakan pada tahun 2010 di Singapura dan disertai oleh atlet yang berumur 14 hingga 18 tahun.[2]
- Sukan Komanwel, yang pertama kali diadakan pada tahun 1930 dan disertai oleh anggota negara Negara-Negara Komanwel.[3]
- Universiade, yang pertama kali diadakan pada tahun 1959 dan disertai oleh pelajar universiti.[4]
- Sukan Perpaduan Islam, yang pertama kali diadakan pada tahun 2005 dan disertai oleh anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam.[5]
Acara kawasan
sunting- Sukan Asia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1951 dan disertai oleh negara-negara dalam benua Asia.
- Sukan Pantai Asia, yang pertama kali diadakan pada tahun 2008 dan disertai oleh negara-negara dalam benua Asia.
- Sukan Seluruh Amerika, yang pertama kali diadakan pada tahun 1951 dan disertai oleh negara-negara dalam benua Amerika.
- Sukan Afrika, yang pertama kali diadakan pada tahun 1965 dan disertai oleh negara-negara dalam benua Afrika.
- Sukan Asia Tenggara, yang pertama kali diadakan pada tahun 1959 dan disertai oleh negara-negara Asia Tenggara
Acara kebangsaan
sunting- Sukan Malaysia di Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1986.
- Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia di Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1987 dan disertai oleh jabatan-jabatan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Acara sukan bagi atlet kurang upaya
sunting- Sukan Paralimpik, yang pertama kali diadakan pada tahun 1960 di Rom, Itali. Sukan Paralimpik kini diurus oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.
- Sukan Para Asia, yang berasal daripada Sukan FESPIC dan disertai oleh negara-negara Asia
- Sukan Para ASEAN, pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2001 dan disertai oleh negara-negara Asia Tenggara.
- Para Sukan Malaysia di Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1982.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Athens 1986". olympics.com. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ "Singapore 2010". olympics.com. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ "Our Games". thecgf.com. Persekutuan Sukan Komanwel. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ "Summer Universiade". www.fisu.net. Dicapai pada 21 September 2017.
- ^ "Islamic Solidarity Games". www.topendsports.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-05.