1 November
tarikh
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
1 November merupakan hari ke-305 (hari ke-306 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 60 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Algeria (1954)
- Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981)
- Hari Para Orang Kudus dalam Kristian Barat
- [[Hari Vegan Sedunia]ă
Peristiwa
sunting- 1512 - Siling Gereja Sistine (gambar) siap dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.
- 1520 - Penjelajah maritim Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.
- 1755 - Gempa bumi 9.0 Mw dan tsunami memusnahkan Lisbon, mengorbankan sehingga 100,000 nyawa di Portugal dan Maghribi, dan membawa kepada kelahiran kejuruteraan gempa bumi dan seismologi moden.
- 1800 - John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.
- 1922 - Dinasti Uthmaniah secara rasmi dibubar sepenuhnya selepas memerintah Turki selama 623 tahun dan ditamatkan pemerintahan kekhalifahan islam. Turki menjadi sebuah negara sekular.
- 1923 - Satu perjanjian telah ditandatangani di antara Tunku Ibrahim, wakil Sultan Kedah dengan Sir Laurence Guilemard iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat yang mana melalui perjanjian ini, negeri Kedah secara rasmi menerima seorang Penasihat British.
- 1954 - Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.
- 1955 - Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam Perang Vietnam.
- 1963 - Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
- 1993 - Perjanjian Maastricht mula berkuatkuasa, secara rasmi menubuhkan Kesatuan Eropah.
Kelahiran
sunting- 1762 - Spencer Perceval, seorang Perdana Menteri United Kingdom
- 1839 - Ahmed Muhtar Pasha, seorang jeneral Empayar Uthmaniyyah
- 1964 - Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah ke-11
- 1969 - Merry Andani, penyanyi dan pelakon Indonesia
- 1996 - Irsyadillah, pelakon lelaki Indonesia