19 Oktober
tarikh
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
19 Oktober merupakan hari ke-292 (hari ke-293 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 73 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Niue (1974)
- Hari Ibu Teresa di Albania.
Peristiwa
sunting- 202 SM - Prokonsul Scipio Africanus dari Republik Rom menewaskan Hannibal dan orang Carthage dalam Pertempuran Zama, mengakhiri Perang Punic Kedua.
- 1469 - Fernando II dari Aragón mengahwini Isabel I dari Castilla (gambar), membuka jalan ke arah penyatuan Aragon dan Castilla menjadi Sepanyol.
- 1781 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British pimpinan Lord Charles Cornwallis secara rasminya menyerah kepada tentera Perancis-Amerika Syarikat pimpinan George Washington, menamatkan Pengepungan Yorktown.
- 1927 - Pemerintah British yang diwakili Hugh Clifford dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menandatangani perjanjian bertujuan menetapkan sempadan perairan di antara Singapura dengan kawasan-kawasan jajahan negeri Johor.
- 1943 - Antibiotik pertama untuk batuk kering, Streptomisin (gambar model), diasingkan oleh penyelidik di Universiti Rutgers, New Jersey.
- 1987 - Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh 22.6% pada Isnin Hitam, ketika itu kemerosotan satu-hari terbesar dalam sejarah pasaran saham.
- 2010 - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.
Kelahiran
suntingKematian
sunting- 1961 - Sergio Osmena, Presiden Filipina ke-4
- 2017 - Datuk Sony Abdullah, seorang pelakon dari Malaysia.