16 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
16 Mac merupakan hari ke-75 (hari ke-76 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 290 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 597 SM - Kaum Babylon menawan Baitulmaqdis, lalu menggantikan Jehoiachin dengan Zedekiah sebagai raja.
- 37 - Caligula menjadi Maharaja Rom setelah mangkatnya mamandanya, Tiberius.
- 1792 - Raja Gustav III dari Sweden ditembak; baginda mangkat pada 29 Mac.
- 1815 - Willem I mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Kemaharajaan Bersatu Belanda, menjadi raja berperlembagaan pertama di Belanda.
- 1872 - Wanderers F.C. memenangi edisi sulung Piala FA (gambar) dalam pertandingan bola sepak yang tertua di dunia, menewaskan Royal Engineers A.F.C. 1-0 di The Oval, Kennington, London.
- 1935 - Pengerahan diamalkan semula di Jerman Nazi, dan tentera Jerman dinamakan semula sebagai Wehrmacht.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Iwo Jima berakhir, tetapi masih terdapat beberapa penentangan kecil daripada pihak Jepun.
- 1950 - Kementerian hal-ehwal luar negeri Czechoslovakia meminta wakil-wakil Paus dari Vatican agar meninggalkan negara komunis itu.
- 1952 - Di Cilaos, Réunion, hujan setebal 1,870 milimeter (74 in) turun dalam sehari, sekaligus mencipta rekod dunia baru.
- 1963 - Gunung Agung di pulau Bali meletus, lalu meragut 11,000 nyawa.
- 1968 - Perang Vietnam: Askar-askar Amerika Syarikat membunuh 347 orang awam tidak bersenjata di perkampungan Mỹ Lai di Quảng Ngãi, Vietnam Selatan.
- 1977 - Kamal Jumblatt, pemimpin utama angkatan anti-kerajaan, dibunuh dalam Perang Saudara Lubnan.
- 1978 - Bekas Perdana Menteri Itali Aldo Moro diculik di Rom oleh Mario Moretti dan Briged Merah.
- 1985 - Pemberita Associated Press, Terry Anderson dijadikan tebusan di Beirut. Beliau dibebaskan pada 4 Disember 1991.
- 1988 - Skandal Iran-Contra: Leftenan Kolonel Oliver North dan Naib Laksamana John Poindexter didakwa berkomplot untuk menipu Amerika Syarikat.
- 1988 - Serangan gas beracun di Halabja: Bandar Halabja yang diduduki majoriti Kurdi di Iraq diserang oleh campuran gas beracun dan agen saraf, menyebabkan 5,000 orang terkorban dan 10,000 lagi cedera.
- 1995 - Mississippi secara rasminya meratifikasi Pindaan ke-13, menjadikannya negeri terakhir yang meluluskan pemansuhan amalan perhambaan. Pindaan Ke-13 ini diratifikasi secara rasmi pada tahun 1865.
- 1998 - Paus John Paul II memohon ampun dari Tuhan atas ke sikap tidak acuh yang diamalkan oleh sesetengah penganut Katolik Rom ketika berlangsungnya Holokus.
- 2005 - Israel secara rasminya menyerahkan kota Ariha kepada pentadbiran Palestin.
- 2006 - Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk menubuhkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 2012 - Nicolae Timofti terpilih sebagai Presiden Moldova.
Kelahiran
sunting- 1751 - James Madison, Presiden Amerika Syarikat ke-4
- 1941 - Ramli Ngah Talib, seorang Menteri Besar Perak ke-8
- 1959 - Jens Stoltenberg, seorang Perdana Menteri Norway
- 1989 - Theo Walcott, pemain bola sepak Arsenal F.C.