14 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
14 Mac merupakan hari ke-73 (hari ke-74 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 292 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Tahun Baru dalam takwim Nanakshahi Sikh
- Hari Putih di Jepun
- Hari Pi.
Hari ini merupakan "Hari Pi" kerana ditulis sebagai 3-14 dalam format tarikh Amerika Syarikat, iaitu anggaran tiga angka bagi nombor π: 3.14. Ia biasa dirayakan pada pukul 1.59 petang (untuk mengiktirafkan anggaran enam angka: 3.14159). Walau bagaimanapun, sebahagian orang yang menggunakan jam 24-jam telah mengatakan bahawa 1.59 petang merupakan 13:59 dan sebagai ganti, merayakannya pada pukul 1:59 pagi ataupun 3:09 petang (15:09). Parti-parti biasanya diadakan oleh Bahagian Matematik di pelbagai sekolah di seluruh dunia.
Peristiwa
sunting- 44 BC – Casca dan Cassius memutuskan pada malam sebelum Pembunuhan Julius Caesar, bahawa Mark Antony harus hidup.
- 313 – Maharaja Jin Huidi dibunuh oleh Liu Cong, pemerintah negeri Xiongnu (Han Zhao).
- 1381 – Chioggia memuktamadkan perikatan dengan Zadar dan Trogir menentang Venice.
- 1489 – Ratu Cyprus, Catherine Cornaro, menjual negaranya kepada Venice.
- 1590 - Perang Agama Perancis: Henri dari Navarre dan Huguenot menewaskan dengan muktamad angkatan Liga Katolik pimpinan Duc de Mayenne dalam Pertempuran Ivry.
- 1757 - Laksamana Tentera Laut Diraja British John Byng dibicarakan dan ditembak sampai mati kerana melanggar Undang-Undang Angkatan Tentera pada permulaan Perang Tujuh Tahun.
- 1794 - Eli Whitney (gambar) mempatenkan mesin busar kapas, mesin yang mengasingkan kapas daripada bijinya.
- 1915 – Perang Dunia Pertama: Setelah berundur daripada Pertempuran Kepulauan Falkland lalu dikepung oleh tentera laut British di pesisiran pantai Chile, kapal penjajap ringan Jerman SMS Dresden dikosongkan lalu ditenggelamkan oleh anak kapalnya.
- 1939 – Slovakia mengisytiharkan kemerdekaan atas tekanan Jerman.
- 1942 – Orvan Hess dan John Bumstead menjadi tokoh pertama di dunia yang berjaya merawat seorang pesakit, iaitu Anne Miller, dengan penisilin.
- 1951 – Perang Korea: Buat kali kedua, angkatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menawan semula Seoul.
- 1967 – Jenazah Presiden John F. Kennedy dipindahkan ke tempat pengebumian kekalnya di Arlington National Cemetery.
- 1978 – Pasukan Pertahanan Israel menyerang lalu menduduki Lubnan, melalui Operasi Litani.
- 1984 - Ketua Sinn Féin Gerry Adams cedera parah dalam satu cubaan bunuh di pusat Belfast, Ireland Utara.
- 1991 - "Birmingham Enam" yang salah disabitkan kerana pengeboman kedai minuman keras di Birmingham, England, dibebaskan selepas 16 tahun dalam penjara.
- 1994 - Versi 1.0.0 inti sistem pengendalian Linux dikeluarkan, kini menjadi antara contoh ketara perisian sumber terbuka.
- 1995 – Norman Thagard menjadi angkasawan Amerika Syarikat pertama yang menaiki sebuah kenderaan pelancar Rusia.
- 1998 – Sebuah gempa bumi berukuran 6.9 dalam skala Richter melanda Iran tenggara.
- 2005 – Revolusi Araz, yang menyaksikan ratus-ribuan warga Lubnan mengisi jalanan Beirut untuk menunjuk perasaan menentang kehadiran tentera Syria dalam Lubnan serta menentang kerajaan.
- 2007 – Tabung Alam Sedunia (WWF) mengumumkan penemuan spesies baru di Kepulauan Melayu, Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi).
- 2008 – Tunjuk perasaan sempena Hari Pemberontakan bertukar menjadi satu siri rusuhan dan bantahan di Lhasa dan tempat-tempat lain di Tibet.
- 2011 – Majlis Kerjasama Teluk bersetuju menghantar askar ke Bahrain di tengah-tengah bantahan berterusan.
- 2011 – Dalai Lama ke-14 menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemimpin politik kerajaan Tibet dalam buangan.
- 2012 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuat keputusan pertamanya, mendapati Thomas Lubanga bersalah jenayah perang mengerah kanak-kanak.
Kelahiran
sunting- 1820 - Victor Emmanuel II, Raja Itali.
- 1879 - Albert Einstein, seorang ahli sains berbangsa Jerman.
- 1941 – Wolfgang Petersen, penerbit, pengarah dan penulis lakon layar filem Amerika Syarikat (meninggal 2022)[1]
- 1979 - Nicolas Anelka, pemain bola sepak Chelsea F.C..
- 2001 - Ziva Magnolya, penyanyi, pelakon, dan penyampai televisyen Indonesia.
Kematian
sunting- 1980 - Mohammad Hatta, Timbalan Presiden Indonesia pertama.
- 2017 - Dato' Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad seorang Mufti Negeri Sembilan.
- 2018 - Stephen Hawking, seorang saintis.
Rujukan
sunting- ^ Bock, ans-Michael; Bergfelder, im (2009). The Concise Cinegraph: Encyclopaedia of German Cinema (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 359. ISBN 978-0-85745-565-9. Dicapai pada 5 April 2020.