12 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
12 Julai merupakan hari ke-193 (hari ke-194 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 172 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Peringatan Perang Boyne (1690) di Ireland Utara (Hari Kedua Belas);
- Hari Kemerdekaan di São Tomé dan Príncipe (1975) dan Kiribati (1979).
Peristiwa
sunting- 1806 - 16 negeri Jerman keluar daripada Empayar Suci Rom dan membentuk Gabungan Rhein.
- 1862 - Pingat ketenteraan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat Medal of Honor (gambar) diluluskan oleh Kongres A.S.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Angkatan Jerman dan Soviet bertembung dalam Pertempuran Prokhorovka, salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah.
- 1967 - Rusuhan kaum bermula di Newark, New Jersey, A.S. mengakibatkan 27 orang maut dalam tempoh empat hari.
- 1971 - Bendera Orang Asli Australia (gambar), salah satu bendera rasmi Australia, dikibarkan buat pertama kali.
- 1975 - São Tomé dan Príncipe mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.
- 1979 - Kepulauan Gilbert memperoleh kemerdekaan dan dikenali sebagai Kiribati.
- 1993 - Gempa bumi bermagnitud 7.8 berhampiran pesisir Hokkaidō, Jepun mencetuskan tsunami yang membunuh 202 orang di pulau kecil Okushiri.
- 2005 - Putera Albert II dinobatkan sebagai pemerintah Monaco.
- 2006 - Hizbullah menyerang kedudukan tentera Israel di sempadan Lubnan di samping melancarkan roket dan mortar ke Israel, mencetuskan Perang Julai.
- 2009 - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- 2010 - Switzerland menolak permintaan ekstradisi Amerika Syarikat terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977.
- 2011 - Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai dibunuh.
- 2012 - Putera Mahkota Tonga Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini Sinaitakala Fakafanua di Nukuʻalofa.
Kelahiran
sunting- 1852 - Hipólito Irigoyen salah seorang presiden Argentina
- 1926 - Siti Hasmah Mohamad Ali, Wanita Pertama Malaysia
- 1976 - Nini Carlina, penyanyi dan pelakon Indonesia
- 1978 - Topher Grace, pelakon Amerika Syarikat
- 1995 - Rizky Billar, penyanyi dan pelakon lelaki Indonesia
Kematian
sunting- 1968 - Hassan Yunus, Menteri Besar Johor ke-10