[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Visoko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan bandar Visoko
Bukit bukau di Visoko

Visoko ialah satu bandar di pertengahan Bosnia dan Herzegovina dengan jumlah penduduk lebih kurang 17,000. Ia terletak di pertengahan jalan di antara Zenica dan Sarajevo. Visoko terletak di sungai Bosna, di mana sungai Fojnička bertemu dengannya. Ia ditadbir sebagai kanton Zenica-Doboj Persekutuan.

Kawasan Visoko pada asalnya merupakan pusat negara Bosnia pada zaman pertengahan. Pada ketika pemerintahan empayar Uthmaniyyah, bandar Visoko diasaskan oleh Ajas-beg. Selepas pengambilalihan pemerintahan oleh empayar Austro-Hungary, Visoko bangunan yang baru tetapi masih bercirikan Uthmaniyah yang bersifat Asia. Pada zaman Yugoslavia, Visoko sebagai bandar tidak mendapat pembangunan yang banyak, dan pada Perang Dunia II bandar itu sendiri tidak mendapat banyak kesan kerosakan. Era pemerintahan komunis di Yugoslavia memperlihat bandar ini semakin berkembang. Perang saudara yang berlaku di Bosnia turut melihat penglibatan bandar ini yang dikawal tentera BiH semasa empat tahun peperangan berlangsung. Pada hari ini, Visoko ialah satu bandar yang mempunyai budaya dan sejarah yang kaya, tetapi ekonominya telah merosot berbanding sebelum era peperangan saudara.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.